Katogeri

Thursday, 30 October 2014

Bertugas Sebagai Penggerak Rakan Muda Belia & Sukan



Pernah bertugas sebagai Penggerak Rakan Muda S27 pada 01 Ogos 2004 - 31 Disember 2008, dibawah Kementerian Belia & Sukan. Tugas sebagai Penggerak Rakan Muda adalah sebagai perancang, peyelaras dan pelaksana program yang melibatkan kemasyarakatan dan kesukanan di peringkat Parlimen dan Kebangsaan. Sepanjang lebih 4 tahun bertugas, pelbagai program pernah laksanakan. Pelbagai pengalaman yang pernah ditempuhi.
Namun diantara berpuluh-puluh program yang pernah dikendalikan sendiri, Program Talian Kasih Rakan Muda adalah antara program yang paling diingati. Kerana program ini melibatkan masyarakat setempat yang daif dan tidak bernasib baik. 
Program ini berbentuk penyaluran bantuan keperluan dapur untuk 30 buah rumah yang daif dan memerlukan.Program ini telah menemukan sepasang suami isteri OKU yang tinggal bersendirian. Si Suami buta dan si isteri pula lumpuh separuh badan.Mereka saling menjaga antara satu sama lain untuk kehidupan seharian dan mengharap belas ehsan jiran tetangga untuk menampung kos perbelanjaan dapur mereka. 
Selain itu, sempat menemui seorang ibu tunggal yang sudah tua dan uzur tinggal bersendirian kerana diabai oleh anak-anak. Ibu tua ini hidup bersendirian dirumah yang sangat daif. Si ibu tua yang malang ini juga, hanya mengharapkan bantuan dan perhatian daripada jiran tetangganya yang perihatin.
Sepanjang program ini, telah meninggalkan kesan yang mendalam. Kerana dapat melihat sendiri akan kedaifan orang lain. Yang mana, terkadang kita sering lalai dengan nikmat kesenangan yang dipinjamkan. Sehingga kita lupa untuk bertanya khabar, apatah lagi untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

                                      










1 comment:

  1. kemahh demo..gu hok skali nga demo dulu pah mano boh.

    ReplyDelete