Sunday, 19 October 2014
Darling, Sayang, Manja, Awak & Mr. Arrogant
Isteri Pertama : Berumur, kurang menarik dan biasanya kurang diberi perhatian.
Isteri Kedua : Agak menarik dan agak diperhatikan.
Isteri Ketiga : Menarik dan cukup diperhatikan.
Isteri Keempat : Sangat menarik, sangat diperhatikan dan disanjung – sanjung.
Lelaki itu berasa sangat bertuah memiliki empat isteri. Dia merasakan dunia ini, dia yang punya. Kehidupannya penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Dia dikagumi oleh teman dan kenalannya. Ramai yang sering betandang ke rumahnya kerana mahu ‘berguru’ dengannya. Kerana dia bukanlah lelaki yang terkaya di kampungnya. Bukan juga paling kacak apatah lagi yang paling alim. Dia Cuma lelaki biasa. Oleh kerana itu, ramai yang mencemburuinya.
Kerana sering mendapat perhatian dan pujian penduduk kampung, lelaki itu mulai berasa riak dan sombong dengan kelebihannya. Tetapi lelaki itu sangat adil dengan keempat - empat isterinya dari segi zahir dan batin. Semua keperluan isteri – isterinya tidak pernah terabai. Dari segi giliran masa bersama juga memuaskan hati semua isterinya. Namun tetap ada perbezaan, terutama dari segi perasaan, kasih sayang dan layanan.
Memang sudah lumrah manusia. Yang baru, cantik dan menarik akan diberi lebih perhatian dan disanjung – sanjung. Waktu pun berlalu dengan begitu pantas. Lelaki itu jatuh sakit. Lumpuh separuh badan akibat diserang penyakit strok. Ketika lelaki itu berada dalam keadaan nazak, dia memanggil kempat – empat isterinya. Seorang demi seorang.
Dipanggilnya Isteri keempat yang paling disayanginya. Lalu lelaki itu bertanya :
“Sudikah darling menemani abang ke alam kubur...?”
Jawab Isteri Keempatnya :
“Sorry darling... cukup sampai disini sahaja hubungan kita...” Dia beredar dan lansung tidak menoleh lagi.
Dipanggilnya Isteri Ketiga. Lalu lelaki itu bertanya :
“Sudikah sayang menemani abang ke alam kubur...?”
Jawab Isterinya yang Ketiga :
“Sorry abang... sayang hanya akan temani abang dirumah. Paling jauhpun, sayang akan pergi jenguk kat rumah mayat aje...” Dia beredar dan mengangkat tangan sebagai tanda hormat untuk kali yang terakhir.
Dipanggilnya Isteri Kedua. Lalu menanyakan soalan yang sama :
“Sudikah manja menemani abang ke alam kubur...?”
Jawab Isterinya yang Kedua :
“Baik, manja akan temani abang... tapi hanya sampai liang kubur saje. Lepas tu... Good Bye” Dia beredar setelah menoleh beberapa kali.
Lelaki itu berasa sangat kecewa dengan ketiga – tiga isteri yang disayanginya selama ini. Lalu dia menaruh harapan dengan satu – satunya isterinya yang masih ada. Iaitu isterinya yang pertama.
Dipanggilnya Isteri Pertama.Masih menanyakan soalan yang sama,namun dengan panggilan berbeza:
“Sudikah awak menemani saya ke alam kubur...?”
Jawab Isterinya yang Pertama :
“Ya... Saya akan menemani awak... kemanapun awak pergi. Walaupun didalam kubur yang gelap lagi sunyi, saya akan tetap menemani dan mendampingi awak. I love u Mr Arrogant.” Katanya sambil memegang tangan lelaki itu dengan tangan kanan. Manakala tangan kirinya mengusap – ngusap dada lelaki itu. Bibirnya didekatkan dengan telinga lelaki itu, sambil mengajarnya khalimah “LailahaillAllah... Muhammadanrasulrullah...” berulang kali. Dia menitiskan air mata.
Tahukah anda siapakah isteri – isteri lelaki itu tadi...?
Isteri Keempat : “Harta, Pangkat dan Kekayaan” Mereka akan meninggalkan jasad kita saat kita meninggal. Malah secara automatik akan menjadi milik orang lain.
Isteri Ketiga : “ Saudara – mara, kawan dan kenalan” kita. Mereka hanya menghantar jasad kita ke kubur saat jasad kita disemadikan.
Isteri Kedua : “Keluarga, adik beradik dan sahabat akrab” kita. Mereka hanya menghantar kita dikubur. Mereka akan meninggalkan kita setelah kita dimasukkan ke liang lahad dan ditutup dengan tanah. Sekali – sekala,mungkin mereka hanya akan datang melawat.
Isteri Pertama : “Amal Soleh dan Pahala” kita selama kita hidup didunia. Hanya amal soleh kita yang akan menemani kita dialam kubur yang gelita. Hanya amal soleh yang akan menerangi kubur kita. Amal soleh dan pahala jugalah yang akan menyelamatkan kita di Alam Kubur dari siksaan Mungkar Nakir nanti....
*Bersama – samalah kita perbanyakkan amal soleh selagi diberi peluang hidup didunia ini. Agar kita tidak menyesal dan muflis di Akhirat nanti.
Labels:
AGAMAKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment