Trip ke Kemboja kali ini bersama dengan rombongan Sek Men Keb Tok Bachok, Kelantan. Misi mereka adalah mengkaji kehidupan masyarakat di Phnom Pehn, terutama komuniti Islam.
Misi Menjejaki Islam Di Tanah Kemboja telah melawat, menjalinkan hubungan antarabangsa dan melakukan kajian tentang cara hidup umat Islam di Kemboja. Jumlah umat Islam di Kemboja hanyalah 700 ribu berbanding 15 juta penduduk keseluruhannnya. Rombongan melawat dua komuniti umat Islam Kemboja iaitu di Phnom Pehn dan di Wilayah Kampot. Melalui penjelajahan ini, sedikit sebanyak dapat melihat dan mengkaji kehidupan umat Islam disini. Walaupun hidup dalam keadaan serba daif, mereka tetap berpegang teguh dengan Islam. Mereka tidak meminta sedekah dijalanan walaupun hidup serba kekurangan. Malah, masih terdapat umat Islam di Phnom Pehn berumah didalam bot. Anak-anak pula tidak bersekolah kerana tidak mampu membiayainya. Manakala umat Islam di Kampot, mereka mempunyai persatuan yang tersendiri. Mereka mempunyai Akedemi Imam Syafie, dimana telah melahirkan ribuan tahfiz disana. Malah, walaupun dalam keadaaan yang daif. Mereka masih mampu memberi pendidikan termasuk bahasa Melayu, bahasa Arab, Inggeris, Matematik dan beberapa subjek lain. Semasa penjelajahan ini juga, sempat menemui sepasang suami isteri berketurunan Melayu berasal dari Pasir Mas, Kelantan yang telah menetap di Kemboja. Setelah 10 tahun menetap di Kemboja, pasangan ini telah berjaya membuka sebuah restoren besar di Phnom Pehn yang dinamakan Restoren Wau. Selain itu, rombongan mengambil kesempatan untuk menaiki bot di Kampot untuk melihat keindahan alam disana dan menaiki cruise untuk menikmati keindahan suasana Kota Phnom Penh di waktu senja. Suatu pengalaman yang sangat bermakna dan mengujakan.
Sempat bergambar sebelum shopping
Rombongan bersama dengan komuniti Islam Kampot
Menaiki bot ketika melawat komuni Islam di Kampot
Ketika melawat di Penjara Kematian
Ketika bersama dgn komuniti Islam di Bandar Phnom Penh
Kenangan bersama ketika diatas cruise





























No comments:
Post a Comment