Katogeri

Tuesday, 28 October 2014

Andai Ku Tahu...



Suatu ketika, Rasulrullah S.A.W telah melawat salah seorang sahabat Baginda yang telah meninggaldunia. Setelah menghantar jenazah ke kubur, Baginda melawat ahli keluarga Almarhum untuk menenangkan keadaan mereka yang masih bersedih. Tujuan baginda adalah supaya ahli keluarga bersabar dan menerima ketentuan daripada Allah S.W.T. Kemudian Baginda bertanya kepada isteri Almarhum mengenai beberapa perkara.


Rasulrullah : Adakah Almarhum sempat mengucapkan wasiat sebelum ajalnya..?

Isteri Almarhum : Saya terdengar kata – katanya yang tersekat – sekat menjelang ajalnya wahai Rasulrullah.

Rasulrullah : Apa yang Almarhum suami kamu katakan?

Isteri Almarhum : Saya tidak pasti wahai Rasulrullah. Kata – katanya mungkin sekadar rintihan sebelum mati.Mungkin kerana menahan sakit sakaratulmaut. Kata – katanya sukar difahami. Percakapannya tersekat – sekat wahai Rasulrullah.

Rasulrullah : Bagaimana bunyi percakapannya itu..? 

Isteri Almarhum : Saya sempat mendengar suami saya berkata, ‘Andainya lebih panjang lagi...’ ‘Andainya aku beri yang masih baru...’ dan akhir sekali katanya ‘Andainya aku beri semua...’ Hanya itulah percakapannya wahai Rasulrullah. Saya lansung tidak faham. Adakah ia sekadar kata – kata rintihan atau sesuatu yang bermakna wahai Rasulrullah...?

Mendengar pertanyaan itu, Rasulrullah tersenyum. Lalu Rasulrullah menyambung kata – kata baginda.

Rasulrullah : Apa yang diungkapkan oleh suamimu itu mempunyai makna yang tersendiri. Suatu ketika, Almarhum bergegas mahu pergi ke masjid untuk solat jumaat.Pertengahan jalan, dia tersempak dengan orang buta yang juga mahu ke masjid. Orang buta itu berseorangan tanpa bantuan sesiapa. Dia berasa sangat simpati kepada si buta itu, lalu memimpin si buta itu sehingga sampai ke masjid. Ketika dia berada disaat skaratulmaut,telah diperlihatkan pahalanya yang sangat besar.Lalu dia berkata ‘andainya lebih panjang lagi perjalanan ke masjid, pasti pahala ini lebih besar’.

Isteri Almarhum terpegun mendengar penjelasan daripada Rasulrullah. Dia mula tertarik untuk mengetahui maksud wasiat Almarhum suaminya yang lain. Lalu menyambung pertanyaannya.

Isteri Almarhum : Bagaimana pula dengan kata – kata Almarhum yang lain pula wahai Rasurullah...?

Rasulrullah : Mengenai kata – katanya yang kedua pula adalah hasil daripada amalannya yang lain diperlihatkan. Pada suatu awal pagi Almarhum telah keluar untuk ke masjid. Ketika itu suasana sangat sejuk. Dia telah terlihat seorang tua berada ditepi jalan sambil menggigil kesejukan. Dia berasa sangat kesian. Lalu dia berpatah balik mengambil baju sejuk yang baru. Baju sejuk yang lama, dia berikan kepada orang tua itu. Manakala baju sejuk yang baru dipakainya pada ketika itu.Menjelang saat – saat kematiannya,suami mu diperlihatkan betapa besarnya ganjaran pahala amal kebajikannya. Dia berasa menyesal, lalu berkata ‘andainya aku beri baju sejuk yang baru pasti pahalanya jauh lebih besar lagi’. Itulah yag dikata oleh suamimu selengkapnya.

Isteri Almarhum : Oh, begitu rupanya. Bagaimana pula dengan kata – katanya yang ketiga pula wahai Rasulrullah..?

Rasulrullah : Ingatkah kamu pada suatu ketika, suami kamu pulang dalam keadaan lapar dan meminta kamu menyediakan makanan? Kamu telah menghidangkan sekeping roti yang dicampur dengan daging. Namun ketika dia hendak makan, tiba – tiba datang seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu terus memotong roti itu dan diberikannya separuh kepada musafir itu. Ketika didalam keadaan nazak, dia diperlihatkan betapa besar pahala dari amalannya itu. Dia pun berasa menyesal lalu berkata ‘Kalaulah aku tahu begini besar ganjarannya, pasti aku memberi kesemua rotiku kepada musafir itu. Sudah tentu ganjarannya berlipat ganda lagi....’

*Begitulah besarnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambanya yang melakukan kebaikan. Setiap amal soleh atau kebaikan yang kita lakukan sebenarnya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk melakukan sebanyak yang boleh kebaikan sepanjang hidup kita. Sesungguhnya salah satu amalan yang akan kekal walaupun seseorang hamba Allah itu sudah mati adalah sedekah. 




No comments:

Post a Comment