Ketika beliau berjalan sambil menikmati keindahan disungai itu, beliau terlihat seorang pemuda sedang duduk ditepi jalan. Pemuda itu bersama dengan seorang perempuan yang memakai selendang. Malah pemuda itu sedang memegang botol arak ditangannya.
Hassan Al-Basri berkata didalam hatinya, “Alangkah baiknya jika pemuda itu ditarbiahkan awal – awal lagi. Tentunya dia tidak duduk bersama dengan seorang perempuan ditepi jalan dan tidak meminum air yang terlarang itu...” sambil beliau berasa sangat kesal. Hassan Al-Basri berasa kesal kerana dia tidak sempat untuk mentarbiah pemuda itu.
Tiba – tiba, Hassan Al-Basri ternampak sebuah perahu yang melebihi muatannya. Sebuah perahu kecil yang ditumpangi oleh enam orang. Perahu itu agak senget. Semua penumpang didalam perahu itu kelihatan sangat cemas.

Secara perlahan – lahan perahu itu tumbang. Semua penumpang kelihatan terkapai – kapai dan menjerit meminta tolong. Hassan Al-Basri baru sahaja hendak terjun, tetapi pemuda yang bersama dengan perempuan itu terlebih dahulu terjun ke sungai itu.
Pemuda itu sangat cekap dan pantas berenang. Hassan Al-Basri sangat kagum dengan pemuda itu. Dia menyelamatkan seorang demi seorang penumpang. Pemuda itu mengheret penumpang yang lemas ke tebing seorang demi seorang. Apabila menyelamatkan penumpang yang kelima, pemuda itu kelihatan sangat letih. “Tuan, saya sudah tidak larat. Tolong selamatkan seorang lag mangsa itu. Saya takut dia akan lemas nanti...” Kata pemuda itu.
Hassan Al – Basri terus terjun dan menyelamatkan seorang mangsa yang tertinggal. Setelah berjaya mengheret penumpang yang terakhir ke tebing, Hassan terus mendapatkan pemuda itu. “Hati kamu sangat mulia wahai orang muda. Kamu sanggup menyelamatkan mereka tanpa memikirkan diri kamu. Tetapi kenapa kamu berdua-duaan dengan perempuan ditepi jalan. Malah kamu juga minum minuman terlarang. Kenapa kamu sampai tahap itu wahai pemuda..?” Tanya Hassan Al-Basri.

“Wahai tuan yang mulia, perempuan yang tuan lihat itu adalah ibuku. Kami tidak ada tempat tinggal yang tetap. Kami menunggu kalau – kalau ada kenderaan yang lalu. Kami mahu tumpang untuk ke tempat yang lain. Sebab itulah kami berada ditepi jalan itu. Botol yang saya pegang tadi memang botol arak. Tetapi isinya hanyalah air biasa. Saya tidak ada botol untuk mengisi air bagi bekalan minuman untuk kami. Lalu saya mengambil botol arak itu, membersihkannya dan mengisinya dengan air biasa wahai tuan.” Kata pemuda itu.
Terkejut bercampur malu Hassan Al-Basri apabila dia mendengar kata – kata pemuda itu. “Sesungguhnya aku telah buruk sangka terhadapmu wahai anak muda. Aku terlalu cepat membuat andaian dan terlalu cepat menghukum orang lain sebelum merisiknya dahulu. Sebenarnya akulah orang yang paling lemas dikalangan mangsa tadi. Akulah orang patut kamu selamatkan. Maafkan aku wahai anak muda...” Kata Hassan Al-Basri sambil bercucuran air mata.
*Melalui kisah ini dapat kita mengambil iktibar bahawa kita tidak boleh buruk sangka terhadap orang lain. Kita tidak boleh cepat membuat andaian terhadap orang lain yang kita anggap tidak elok didepan mata kita. Terkadang, orang yang kita anggap berpewatakkan buruk adalah mulia hatinya. Hanya Allah yang tahu akan isi hati manusia sepenuhnya. Kita mesti bersangka baik terhadap orang yang kita tidak kenali. Sesungguhnya sifat buruk sangka bukan sahaja akan merosakkan diri sendiri tetapi akan merosakkan hubungan kita dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment