Katogeri

Tuesday, 21 October 2014

Pengalaman Bersama Mualaaf

Antara pengalaman kerja yang paling bermakna adalah ketika menjadi guru sambilan di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Bertugas bagi aktiviti ko-kurikulum untuk sesi Kelas pengucapan awam pada setiap hari khamis. Sempat bertugas untuk dua semester 2012/2013. Disini dapat berkenalan dengan saudara baru dari pelbagai peringkat umur. Mereka sangat ramah dan saling menghormati antara satu sama lain, walaupun berbeza peringkat umur dan bangsa. Namun, Islam telah menyatukan mereka. Semasa mengajar disini, sempat juga mengadakan suatu program yang diberi nama "Hadiah Terindah Dari Ilahi". Melalui program ini, sikit sebanyak dapat merasai betapa hebatnya perjuangan hidup mereka bagi menggenggam hidayah Islam.Begitu mahal sekali pengorbanan mereka untuk menggapai Islam, berbanding Islam yang diperolehi melalui baka atau keturunan. Pelbagai kisah yang sadis dikongsi oleh mereka untuk menggapai hidayah Allah. Disini, bukan sahaja menambahkan lagi ikatan ukhwah sesama Islam,memberi ilmu dan menambah pengalaman yang baru... malah telah memberi suatu pengajaran dan keinsafan yang sangat bermakna. Tambah menarik, apabila pihak IDIP telah memberi kesempatan untuk menjadi fasilitator di Kursus Pemantapan Sahsiah & Ketetampilan Diri IDIP. Di Kursus ini, dapat melihat lebih dekat cara hidup muaalaf yang begitu kuat hubungan mereka dengan Allah dan sesama muslim yang baru. Suatu pengalaman yang sangat mahal dan bermakna.

feeling meaningful.











No comments:

Post a Comment