Katogeri

Monday, 20 October 2014

Jalan, Pintu & Syarat Ke Syurga....



Selepas waktu kuliah Asar, Ustaz Muda telah didatangi oleh seorang pemuda yang pendiam dan pemalu. Namanya Arbaie. Biasanya sebaik habis kuliah, Arbaie terus pulang tanpa sempat bersalaman dengan Ustaz Muda. Tetapi pada kali ini, Arbaie menunggu Ustaz Muda habis bersalaman dengan ahli jemaah yang lain dan mendapatkan Ustaz Muda setelah jemaah lain bersurai. Setelah bersalaman dengan Ustaz Muda, Arbaie memulakan perbualan.


Arbaie : Maaf tuan Ustaz, saya ada soalan yang ingin bertanya kepada Ustaz.
Itupun kalau Ustaz tidak sibuk dan berkesempatan. Jika tidak, lain kalilah kita berborak

Ustaz Muda : Eh, no problem... Saya tidak sibuk pon. Bukan ada anak bini lagi pun. Apa yang ingin kamu tanyakan kepada saya Arbaie...? 


Arbaie : Soalan ni, sudah lama saya fikirkan. Sudah ramai orang yang saya tanya, tapi mereka hanya diam dan ada yang jawab tak tahu. Malah ada yang cakap‘Alah... tak payah la kau fikir hal – hal yang macam ni, baik kau buat kerja kau sudah la...’ Saya tak puas hati la Ustaz... Sebab tu saya sanggup kerja half day hari ini untuk bertanya soalan ini kepada Ustaz.

Ustaz Muda : Wah... Sampai sanggup ambil kerje half day kerana nak tanya soalan... Dahsyat benar soalan kamu tu... Banyak sangat ke yang kamu nak tanya ni Arbaie..?

Arbaie : Mmm... Satu soalan aje Ustaz. Tapi soalan ni sangat sofisikated. Sangat rumit.


Ustaz Muda : Satu soalan aje...? Baiklah, apa soalan kamu tu...? Kalau boleh jawab, saya jawab. Kalau tidak saya akan rujuk kepada orang yang lebih arif. InsyaAllah.

Arbaie : Adakah orang bukan Islam yang baik akan masuk Syurga...? Mereka sangat baik.Bantu orang miskin, hormat orang tua, suka menolong orang, mesra, amanah dalam berniaga dan ada dikalangan mereka tidak minum arak pun.Jauh sekali mereka mencuri, merompak dan membunuh... Kalau mereka yang bukan Islam seperti ini masuk neraka, maka Tuhan tidak adillah Ustaz. Sebab mereka tidak melakukan kejahatan kepada orang lain dan kerosakan dimuka bumi ini. Apa pandangan Ustaz mengenai perkara ini...?

Ustaz Muda diam seketika mendengar soalan daripada Arbaie yang ditanya dengan penuh kesungguhan. Arbaie bukan sahaja dengan reaksi wajah yang ingin tahu, malah kedua – dua belah tangannya bergerak secara spontan ketika bertanya soalan. Menunjukkan dia benar – benar inginkan jawapan daripada Ustaz Muda. Lalu Ustaz muda memulakan bicaranya kembali.

Ustaz Muda : Sesungguhnya setiap sesuatu atau destinasi ada jalan dan pintu yang betul dan tepat. Bukan sahaja perlukan jalan dan pintu yang betul sahaja, malah mempunyai syarat tertentu untuk sampai ke destinasi dan masuk ke pintu itu.

Arbaie kebingungan apabila mendengar jawapan daripada Ustaz Muda. Dia berasa tidak puas hati kerana tidak memahaminya. Tetapi dia tidak berani untuk bertanya dengan lebih lanjut kerana terlalu menghormati Ustaz Muda yang dianggapnya sebagai idola.

Ustaz Muda : Adakah kamu faham apa yang saya katakan Arbaie...?

Arbaie : Ya Ustaz. Saya faham.

Ustaz Muda : Kalau begitu, boleh tak kamu menemani saya ke Pasar Raya? Saya mahu beli sedikit keperluan dapur. Lagi pun kamu half day hari ni kan...?

Arbaie : Errr... Ya, boleh aje Ustaz... Tak de hallah.

Mereka berdua terus ke Pasar Raya yang berada berdekatan dengan Masjid. Ketika sampai di Pasar Raya itu, Ustaz Muda telah cuba masuk ke pintu yang tertulis ‘Pintu Keluar’. Dengan tiba – tiba, seorang Pak Guard telah menahan Ustaz Muda.

Pak Guard : Maaf encik. Ini pintu keluar... Tidak boleh masuk melalui pintu ini.

Ustaz Muda : Kenapa tidak boleh? Saya mahu memembeli – belah, bukan mahu mencuri. Apa salahnya saya mahu masuk pintu ini? Kan sama saja?

Pak Guard : Saya tahu Encik tiada niat jahat... Tapi pintu ini hanya untuk keluar sahaja. Memang begini syaratnya. Saya minta maaf banyak – banyak, saya tidak izinkan Encik masuk melalui pintu ini. Sila ke pintu masuk disebelah sana.Terima Kasih.

Ustaz Muda : Kalau begitu... Baiklah.

Arbaie : Kenapa Ustaz masuk ke pintu yang salah...? Kan Ustaz tahu kat situ pintu untuk keluar sahaja...? nasib baik Pak Guard tu baik. Kalau Pak Guard botak dah lama kita ditengkingnya tadi.

Ustaz Muda : Mmm... Tengok. Kamu tak faham jawapan yang saya berikan kepada kata tadi rupanya. Ini baru nak masuk Pasar Raya... Dah ada jalan, pintu dan syarat tertentu. Apatah lagi Syurga Allah...? Mesti lebih banyak syaratnya... Mesti ada jalannya yang tertentu... Dan mesti ada pintu khas untuk ke Syurga...Syarat yang paling utama adalah khalimah Syahadah. Sesiapa yang mati dengan khalimah Syahadah, dijamin masuk Syurga... Walaupun seseorang itu dihumban ke Neraka kerana dosa – dosanya. Sebab itu, tugas kita sebagai Mukmin adalah khalifah di muka bumi Allah. Tugas kita bukan sekadar Solat, Puasa, zakat dan menunaikan Haji. Tetapi tugas kita juga adalah berdakwah di Jalan Allah. Menyampaikan Islam kepada semua umat manusia bahawa Islam adalah agama yang benar.

Arbaie : Owh... Begitu... Sekarang baru saya faham dan sangat mengerti. Terima kasih banyak – banyak diatas pencerahan Ustaz. Ustaz mahu beli apa..? Hari ni biar saya yang bayar... Saya belanja Ustaz.

Ustaz Muda : Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment