Katogeri

Thursday, 30 October 2014

Bertugas Sebagai Penggerak Rakan Muda Belia & Sukan



Pernah bertugas sebagai Penggerak Rakan Muda S27 pada 01 Ogos 2004 - 31 Disember 2008, dibawah Kementerian Belia & Sukan. Tugas sebagai Penggerak Rakan Muda adalah sebagai perancang, peyelaras dan pelaksana program yang melibatkan kemasyarakatan dan kesukanan di peringkat Parlimen dan Kebangsaan. Sepanjang lebih 4 tahun bertugas, pelbagai program pernah laksanakan. Pelbagai pengalaman yang pernah ditempuhi.
Namun diantara berpuluh-puluh program yang pernah dikendalikan sendiri, Program Talian Kasih Rakan Muda adalah antara program yang paling diingati. Kerana program ini melibatkan masyarakat setempat yang daif dan tidak bernasib baik. 
Program ini berbentuk penyaluran bantuan keperluan dapur untuk 30 buah rumah yang daif dan memerlukan.Program ini telah menemukan sepasang suami isteri OKU yang tinggal bersendirian. Si Suami buta dan si isteri pula lumpuh separuh badan.Mereka saling menjaga antara satu sama lain untuk kehidupan seharian dan mengharap belas ehsan jiran tetangga untuk menampung kos perbelanjaan dapur mereka. 
Selain itu, sempat menemui seorang ibu tunggal yang sudah tua dan uzur tinggal bersendirian kerana diabai oleh anak-anak. Ibu tua ini hidup bersendirian dirumah yang sangat daif. Si ibu tua yang malang ini juga, hanya mengharapkan bantuan dan perhatian daripada jiran tetangganya yang perihatin.
Sepanjang program ini, telah meninggalkan kesan yang mendalam. Kerana dapat melihat sendiri akan kedaifan orang lain. Yang mana, terkadang kita sering lalai dengan nikmat kesenangan yang dipinjamkan. Sehingga kita lupa untuk bertanya khabar, apatah lagi untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

                                      










Wednesday, 29 October 2014

Memori Sewaktu Kecil Yang Lupus.....

                                                       

     Suatu petang ketika aku menemani rakanku di Pejabat Pendaftaran Negara kerana kehilangan IC nya. Keadaan yang penuh sesak. Hari khamis sememangnya begini. Aku dan rakanku terpaksa berdiri kerana kerusi sudah penuh diisi oleh para pengunjung yang lebih awal. 
     Setelah hampir setengah jam, barulah aku dapat merebahkan diriku disebuah kerusi dibarisan belakang. Manakala temanku berada barisan depan seakan – akan mahu menerima batuan wang ehsan. Aku tidak mempedulikannya. Aku mengaktifkan smart fon ku. Seperti biasa, aku bermain game kegemaranku. Ketika aku sedang asyik bermain game, tetiba terdengar salam dari sisiku. Suaranya sangat halus lagi lunak. 
     Aku menjawab salam dan sangat terkejut apabila mendapati seorang wanita yg sangat cantik. Bertubuh lansing tinggi lampai, berambut panjang sampai ke bahu, berkulit putih kuning langsat, matanya coklat sangat bulat dan giginya putih bersih tersusun rapi saat dia mengukir seyuman yg sangat menawan kepadaku.
     Dia meminta izin untuk berada disebelahku. Aku terus mengizinkannya. Katanya dia kehilangan dompet dan terpaksa buat IC yg baru. Alangkah sangat terkejutnya aku apabila dia berkata,” Syakireen ke nie....? awak masih ingatkan saya....? kita pernah sekelas dulu....” katanya sambil tersenyum manis. “Eerr... ye, saya.... sekelas....?” jawabku teragak – agak kerana terkejut. “Kita pernah sekelas time tadika dulu... awak nakal masa tue... selalu kacau saya... curi pensel saya... pen colour saya... dan conteng buku saya...” katanya. Aku terpinga2.. “Tadika...?” Seakan2 tidak percaya.      Aku memandang wajahnya dan cuba memerah otak untuk mengingati kembali memori silam. 
Aku fokus semasa aku berumur 6 tahun. Tak byk yg aku ingat. Makan dalam talam, menulis,membaca, berwarna dan bernasyid. Hanya beberapa peristiwa yg keluar dikotak mindaku. Lansung tidak ada wajahnya.
     Beberapa kali aku cuba ingat, namun gagal. Jangankan nama, wajahnya pun seakan2 tidak pernah ku jumpa seumur hidupku. “Saya Iqlima. Awak ingat tak nama saya....? masa tue awak nakal sangat2. Selalu kacau saya... saya bg tahu ustazah, awak tak takut pun... nakal sangat... sampailah satu hari, saya tak tahan... saya cium pipi awak... sejak hari tue awak tak ganggu saya lagi. Jumpa saya pun awak lari.... kira awaklah lelaki pertama yg pernah saya cium... hahaha” katanya sambil tergelak.
      Ternganga aku bila terdengar percakapannya.... “Iqlima....? cium di pipi...? Aku cuba mengingat kembali memori silam... namun tetap gagal... Seolah – olah tidak ada lansung nama, wajah dan peristiwa itu dalam hidupku. Setahu aku aku, Iqlima adalah nama seorang gadis jelita yg menyebabkan berlakunya pembunuhan antara Habil dan Qabil. Hanya itu saja nama Iqlima yg aku tahu. 
      Aku memandang disekeliling dan belakang ku. Manalah tahu ini semua adalah “Prank” dari kawan2 aku atau dalam progam Wa Kena Beb atau Bang Bang Boom... sape tahu...? malu besar aku nanti. Tapi tiada pula kamera... atau kru... yang ada hanyalah CCTV... huhu. Iqlima masih disebelahku. Masih tersyum manis dan menunggu bicara dariku. “Masa tu mmg saya nakal... maklumlah budak laki... salah awak jugak... sebab awak comel sangat time tue... mestilah saya kacau... huhu..” Aku cuba control keadaan. 
      Takkan la aku nak bg tahu dia yg aku dah lupa atau tak ingat lansung tentang dia. Walaupun hakikatnya aku lansung tak ingat. Hanya satu je peristiwa yg aku benar2 ingat masa tadika. Iaitu masa persembahan nyanyian nasyid didepan umum. Masa tu, pihak tadika anjurkan persembahan kanak2 disebuah dewan besar yg dihadiri ibubapa dan penduduk kampung. Takutnya aku pada masa tu hanya Allah yg tahu. Yang lain semuanya ingat2 lupa.
      Aku baru saja ingin memulakan perbualan dan membina perhubungan baru. Tiba2, terdengar suara garau dibelakangku memberi salam. Aku menjawab salam dan berdiri di ikuti Iqlima. Seorang lelaki berkulit gelap, rendah dan gempal. Iqlima memperkenalkan lelaki itu adalah tunangnya. Lelaki itu hanya tersenyum tawar kpdku. Katanya dia sudah bosan menunggu Iqlima di Cafe. 
      Dia juga mahu Iqlima dtg semula esok kerana ibunya masih berada di Hospital. Iqlima menggangguk setuju. Aku hanya tersenyum dan tak berkata apa2.
      Iqlima meminta diri dan mengukir senyuman yg sangat manis kpd ku. Ketika berada di pintu, dia sempat menoleh dan melambai mesra kepadaku. Aku tersenyum dan menyambut lambaiannya. Didalam benakku, aku masih terfikir... kenapa aku lansung tidak dapat mengingatinya dan peristiwa yg diberitahunya. Rasa bertuah pun ada... Rasa kecewa pun ada... Iqlima... wanita cantik yg datang menyapa... tanpa disangka.....


Seorang Pemuda, Perempuan & Botol Arak





     Suatu ketika, Hassan Al – Basri keluar berjalan – jalan melihat kecantikan alam sekeliling ciptaan Allah sambil memuhasabah diri. Beliau melalui sebuah jalan yang berhampiran dengan sebuah sungai yang sangat cantik. 


     Ketika beliau berjalan sambil menikmati keindahan disungai itu, beliau terlihat seorang pemuda sedang duduk ditepi jalan. Pemuda itu bersama dengan seorang perempuan yang memakai selendang. Malah pemuda itu sedang memegang botol arak ditangannya.

     Hassan Al-Basri berkata didalam hatinya, “Alangkah baiknya jika pemuda itu ditarbiahkan awal – awal lagi. Tentunya dia tidak duduk bersama dengan seorang perempuan ditepi jalan dan tidak meminum air yang terlarang itu...” sambil beliau berasa sangat kesal. Hassan Al-Basri berasa kesal kerana dia tidak sempat untuk mentarbiah pemuda itu.

     Tiba – tiba, Hassan Al-Basri ternampak sebuah perahu yang melebihi muatannya. Sebuah perahu kecil yang ditumpangi oleh enam orang. Perahu itu agak senget. Semua penumpang didalam perahu itu kelihatan sangat cemas. 

     Secara perlahan – lahan perahu itu tumbang. Semua penumpang kelihatan terkapai – kapai dan menjerit meminta tolong. Hassan Al-Basri baru sahaja hendak terjun, tetapi pemuda yang bersama dengan perempuan itu terlebih dahulu terjun ke sungai itu.

     Pemuda itu sangat cekap dan pantas berenang. Hassan Al-Basri sangat kagum dengan pemuda itu. Dia menyelamatkan seorang demi seorang penumpang. Pemuda itu mengheret penumpang yang lemas ke tebing seorang demi seorang. Apabila menyelamatkan penumpang yang kelima, pemuda itu kelihatan sangat letih. “Tuan, saya sudah tidak larat. Tolong selamatkan seorang lag mangsa itu. Saya takut dia akan lemas nanti...” Kata pemuda itu.

     Hassan Al – Basri terus terjun dan menyelamatkan seorang mangsa yang tertinggal. Setelah berjaya mengheret penumpang yang terakhir ke tebing, Hassan terus mendapatkan pemuda itu. “Hati kamu sangat mulia wahai orang muda. 
Kamu sanggup menyelamatkan mereka tanpa memikirkan diri kamu. Tetapi kenapa kamu berdua-duaan dengan perempuan ditepi jalan. Malah kamu juga minum minuman terlarang. Kenapa kamu sampai tahap itu wahai pemuda..?” Tanya Hassan Al-Basri.

     “Wahai tuan yang mulia, perempuan yang tuan lihat itu adalah ibuku. Kami tidak ada tempat tinggal yang tetap. Kami menunggu kalau – kalau ada kenderaan yang lalu. Kami mahu tumpang untuk ke tempat yang lain. Sebab itulah kami berada ditepi jalan itu. Botol yang saya pegang tadi memang botol arak. Tetapi isinya hanyalah air biasa. Saya tidak ada botol untuk mengisi air bagi bekalan minuman untuk kami. Lalu saya mengambil botol arak itu, membersihkannya dan mengisinya dengan air biasa wahai tuan.” Kata pemuda itu.

     Terkejut bercampur malu Hassan Al-Basri apabila dia mendengar kata – kata pemuda itu. “Sesungguhnya aku telah buruk sangka terhadapmu wahai anak muda. Aku terlalu cepat membuat andaian dan terlalu cepat menghukum orang lain sebelum merisiknya dahulu. Sebenarnya akulah orang yang paling lemas dikalangan mangsa tadi. Akulah orang patut kamu selamatkan. Maafkan aku wahai anak muda...” Kata Hassan Al-Basri sambil bercucuran air mata.


    *Melalui kisah ini dapat kita mengambil iktibar bahawa kita tidak boleh buruk sangka terhadap orang lain. Kita tidak boleh cepat membuat andaian terhadap orang lain yang kita anggap tidak elok didepan mata kita. Terkadang, orang yang kita anggap berpewatakkan buruk adalah mulia hatinya. Hanya Allah yang tahu akan isi hati manusia sepenuhnya. Kita mesti bersangka baik terhadap orang yang kita tidak kenali. Sesungguhnya sifat buruk sangka bukan sahaja akan merosakkan diri sendiri tetapi akan merosakkan hubungan kita dengan orang lain.


Tuesday, 28 October 2014

Andai Ku Tahu...



Suatu ketika, Rasulrullah S.A.W telah melawat salah seorang sahabat Baginda yang telah meninggaldunia. Setelah menghantar jenazah ke kubur, Baginda melawat ahli keluarga Almarhum untuk menenangkan keadaan mereka yang masih bersedih. Tujuan baginda adalah supaya ahli keluarga bersabar dan menerima ketentuan daripada Allah S.W.T. Kemudian Baginda bertanya kepada isteri Almarhum mengenai beberapa perkara.


Rasulrullah : Adakah Almarhum sempat mengucapkan wasiat sebelum ajalnya..?

Isteri Almarhum : Saya terdengar kata – katanya yang tersekat – sekat menjelang ajalnya wahai Rasulrullah.

Rasulrullah : Apa yang Almarhum suami kamu katakan?

Isteri Almarhum : Saya tidak pasti wahai Rasulrullah. Kata – katanya mungkin sekadar rintihan sebelum mati.Mungkin kerana menahan sakit sakaratulmaut. Kata – katanya sukar difahami. Percakapannya tersekat – sekat wahai Rasulrullah.

Rasulrullah : Bagaimana bunyi percakapannya itu..? 

Isteri Almarhum : Saya sempat mendengar suami saya berkata, ‘Andainya lebih panjang lagi...’ ‘Andainya aku beri yang masih baru...’ dan akhir sekali katanya ‘Andainya aku beri semua...’ Hanya itulah percakapannya wahai Rasulrullah. Saya lansung tidak faham. Adakah ia sekadar kata – kata rintihan atau sesuatu yang bermakna wahai Rasulrullah...?

Mendengar pertanyaan itu, Rasulrullah tersenyum. Lalu Rasulrullah menyambung kata – kata baginda.

Rasulrullah : Apa yang diungkapkan oleh suamimu itu mempunyai makna yang tersendiri. Suatu ketika, Almarhum bergegas mahu pergi ke masjid untuk solat jumaat.Pertengahan jalan, dia tersempak dengan orang buta yang juga mahu ke masjid. Orang buta itu berseorangan tanpa bantuan sesiapa. Dia berasa sangat simpati kepada si buta itu, lalu memimpin si buta itu sehingga sampai ke masjid. Ketika dia berada disaat skaratulmaut,telah diperlihatkan pahalanya yang sangat besar.Lalu dia berkata ‘andainya lebih panjang lagi perjalanan ke masjid, pasti pahala ini lebih besar’.

Isteri Almarhum terpegun mendengar penjelasan daripada Rasulrullah. Dia mula tertarik untuk mengetahui maksud wasiat Almarhum suaminya yang lain. Lalu menyambung pertanyaannya.

Isteri Almarhum : Bagaimana pula dengan kata – kata Almarhum yang lain pula wahai Rasurullah...?

Rasulrullah : Mengenai kata – katanya yang kedua pula adalah hasil daripada amalannya yang lain diperlihatkan. Pada suatu awal pagi Almarhum telah keluar untuk ke masjid. Ketika itu suasana sangat sejuk. Dia telah terlihat seorang tua berada ditepi jalan sambil menggigil kesejukan. Dia berasa sangat kesian. Lalu dia berpatah balik mengambil baju sejuk yang baru. Baju sejuk yang lama, dia berikan kepada orang tua itu. Manakala baju sejuk yang baru dipakainya pada ketika itu.Menjelang saat – saat kematiannya,suami mu diperlihatkan betapa besarnya ganjaran pahala amal kebajikannya. Dia berasa menyesal, lalu berkata ‘andainya aku beri baju sejuk yang baru pasti pahalanya jauh lebih besar lagi’. Itulah yag dikata oleh suamimu selengkapnya.

Isteri Almarhum : Oh, begitu rupanya. Bagaimana pula dengan kata – katanya yang ketiga pula wahai Rasulrullah..?

Rasulrullah : Ingatkah kamu pada suatu ketika, suami kamu pulang dalam keadaan lapar dan meminta kamu menyediakan makanan? Kamu telah menghidangkan sekeping roti yang dicampur dengan daging. Namun ketika dia hendak makan, tiba – tiba datang seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu terus memotong roti itu dan diberikannya separuh kepada musafir itu. Ketika didalam keadaan nazak, dia diperlihatkan betapa besar pahala dari amalannya itu. Dia pun berasa menyesal lalu berkata ‘Kalaulah aku tahu begini besar ganjarannya, pasti aku memberi kesemua rotiku kepada musafir itu. Sudah tentu ganjarannya berlipat ganda lagi....’

*Begitulah besarnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambanya yang melakukan kebaikan. Setiap amal soleh atau kebaikan yang kita lakukan sebenarnya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk melakukan sebanyak yang boleh kebaikan sepanjang hidup kita. Sesungguhnya salah satu amalan yang akan kekal walaupun seseorang hamba Allah itu sudah mati adalah sedekah. 




Monday, 27 October 2014

HARAM MENJADI HALAL


     Pada suatu ketika di Zaman Rasulrullah S.A.W. ada seorang pencuri yg mahu bertaubat. Dia telah pergi ke Masjid Nabawi. Pada ketika itu Rasurllah sedang menyampaikan kuliahnya kepada sahabat dan haidirin yang memenuhi masjid. 


     Dia telah memegang kata2 Rasulrullah iaitu "Sesiapa yang meninggalkan yang haram kerana Allah, suatu ketika dia akan memperoleh yang haram itu dalam keadaan yang halal...." Dia tidak berapa faham akan pengertian yang sebenarnya disebalik ungkapan emas Rasulrullah itu. Selepas selesai kuliah itu, para Sahabat sedang berbincang mengenai isi - isi tersirat yang disampaikan oleh Rasulrullah.

     Bekas pencuri itu berasa segan untuk bertanya kepada para Sahabat kerana merasa terlalu rendah diri, maklumlah dia bekas pencuri. Sedangkan Para Sahabat dekat dengan Allah dan RasulNya. Setelah itu, dia bermalam di Masjid Nabawi. Ketika waktu hampir sepertiga malam, dia tersedar kerana kelaparan. 

     Disebelahnya terdapat seorang pemuda sedang membaca Al - Quran dengan kusyuk. Dia tidak berani untuk mengganggu pemuda itu. Setelah itu, dia keluar untuk mencari sedikit makanan atau buah - buahan yang dapat mengisi perutnya yang kosong.

     Ketika dia berjalan, dia terlihat sebuah rumah yang tidak rapat pintunya dibahagian belakang. Dia terus pergi kedepan pintu untuk memberitahu tuan rumah itu. Tetapi niatnya terhenti kerana bimbang salamnya nanti akan mengejutkan tuan rumah itu dan berlaku salah faham nanti. 

     Jadi dia terus masuk kerumah itu untuk memberitahu tuan rumah tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila memasuki belakang rumah itu apabila dia mendapati begitu banyak makanan. Dia cuba mengambilnya. 

     Tetapi kata - kata hikmah Rasulrullah tadi tergiang - ngiang di kepalanya. Dia tidak jadi untuk mencuri. Setelah itu, dia pun keruang tamu untuk membritahu tuan rumah akan perkara yang sebenar.

     Sekali lagi dia ternampak pintu bilik yang tidak berkunci dan sedikit terbuka. Dia terus dekat dengan daun pintu bilik itu. Sekali lagi dia terperanjat apabila mendapati seorang perempuan yang cantik dan berpakaian tidur. 

     Nafsunya terus mengelojak untuk melakukan perkara mungkar. Tetapi sekali lagi kata - kata Rasulrullah tergiang - ngiang dikepalanya. Dia terus keluar dari rumah itu dan menutup rapat - rapat pintu bilik serta pintu belakang rumah itu.

     Dia pun terus kembali ke Masjid Nabawi. Dia mendapati Rasulrullah sedang bersolat, manakala lelaki yang sedang mengaji Al - Quran tadi terlena. Dia terus menjatuhkan badannya di sebelah pemuda itu. 

     Tiba – tiba terdengar suara seorang perempuan bersama seorang lelaki tua memberi salam. Rasulrullah yg baru sahaja selesai solat terus menyapa dan menyambut mereka. Dia mendapati wanita itu adalah tuan rumah yang dia masuki secara senyap – senyap tadi.

     Dia mula ketakutan dan mengggigil. Wanita itu yang datang bersama pakciknya yang berjiran dengannya. Wanita itu memberitahu bahawa, dia telah bermimpi seorang lelaki telah masuk mencuri dirumahnya dan cuba merogolnya. Wanita itu meminta Rasulrullah mencari seorang lelaki yang boleh dijadikan suami untuknya. 

    Pada ketika itu, Rasurullah berpaling dan memandang kerahnya. Kerana pada ketika itu hanya dia seorang yang tidak tidur, Rasulrullah terus bertanya dan menawarkan lamaran itu kepadanya. Lalu bekas pencuri itu terus bersetuju. Setelah peristiwa itu, barulah dia (bekas pencuri) memahami akan kata - kata Rasulrullah. "Sesiapa yg meninggalkan yg haram kerana Allah, suatu ketika dia akan memperoleh yg haram itu dalam keadaan yg halal...."

Thursday, 23 October 2014

"I Want To Touch A Dog" Suatu Agenda


Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai program sentuh anjing dikalangan umat Islam. Program itu dinamakan "I Want To Touch A Dog". Apa yang mengejutkan, ia telah mendapat sambutan baik daripada orang Melayu Islam. Mereka seolah - olah mengenepikan soal hukum menyentuh anjing didalam Islam. Lebih mengejutkan, Program ini telah cuba menarik minat anak - kecil. Mereka seolah - olah membuat perancangan untuk merosakkan akidah umat Islam. Sebahagian orang Islam yang cetek ilmu Islam atau jahil, menerimanya sebagai suatu pembaharuan yang positif. Bermacam alasan yang mereka berikan untuk menolak fatwa ulamak. Ini sangat menyedihkan. Jika perkara ini dibiarkan, ia akan terus merebak dan merosakkan pemikiran orang Islam. Malah budaya ini akan menyebabkan lebih ramai yang cenderung kearah kerosakan akidah......

Kerana, didalam hukum Islam, seseorang tidak boleh menyentuh anjing dan babi sesuka hati. Anjing hanya boleh dibela untuk memburu, menjaga ladang atau menjaga halaman rumah untuk keselamatan. Ia tidak boleh dibela didalam rumah seperti kucing.Kita hidup menumpang dimuka bumi Allah sebagai hamaba. Kita tidak berhak mempertikai arahan darinya. Jika seorang pekerja tidak berhak untuk pertikai arahan daripada majikannya. Apatah lagi arahan daripada Tuhan. Jika kita faham konteks ketuhanan yakni Tauhid, kita tidak akan sesekali ingkar apatah lagi pertikai larangannya.

Apa yang boleh disimpulkan, program "I Want To Touch A Dog" adalah suatu agenda halus untuk merosakkan pemikiran umat Islam, sekaligus merosakkan akidah mereka tanpa sedar.
                                      

                                      






Tuesday, 21 October 2014

Pengalaman Bersama Mualaaf

Antara pengalaman kerja yang paling bermakna adalah ketika menjadi guru sambilan di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Bertugas bagi aktiviti ko-kurikulum untuk sesi Kelas pengucapan awam pada setiap hari khamis. Sempat bertugas untuk dua semester 2012/2013. Disini dapat berkenalan dengan saudara baru dari pelbagai peringkat umur. Mereka sangat ramah dan saling menghormati antara satu sama lain, walaupun berbeza peringkat umur dan bangsa. Namun, Islam telah menyatukan mereka. Semasa mengajar disini, sempat juga mengadakan suatu program yang diberi nama "Hadiah Terindah Dari Ilahi". Melalui program ini, sikit sebanyak dapat merasai betapa hebatnya perjuangan hidup mereka bagi menggenggam hidayah Islam.Begitu mahal sekali pengorbanan mereka untuk menggapai Islam, berbanding Islam yang diperolehi melalui baka atau keturunan. Pelbagai kisah yang sadis dikongsi oleh mereka untuk menggapai hidayah Allah. Disini, bukan sahaja menambahkan lagi ikatan ukhwah sesama Islam,memberi ilmu dan menambah pengalaman yang baru... malah telah memberi suatu pengajaran dan keinsafan yang sangat bermakna. Tambah menarik, apabila pihak IDIP telah memberi kesempatan untuk menjadi fasilitator di Kursus Pemantapan Sahsiah & Ketetampilan Diri IDIP. Di Kursus ini, dapat melihat lebih dekat cara hidup muaalaf yang begitu kuat hubungan mereka dengan Allah dan sesama muslim yang baru. Suatu pengalaman yang sangat mahal dan bermakna.

feeling meaningful.











Pengalaman Sebagai Guru Besar Tadika


Antara pengalaman kerja yang paling sukar dilupakan adalah ketika menjadi guru besar di Tadika Anak Kreatif, Telipot Kota Bharu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Empat tahun sudah berlalu. Pengalaman bersama kanak - kanak sangat menghiburkan. Telatah mereka yang lucu dan comel menjadi kenangan manis sampai bila - bila. Bekerja di tadika ini memberi pengalaman lain dari yang lain. Kerana setiap hari berada di alam dan dunia kanak - kanak. Disini dapat melihat dunia kanak - kanak yang penuh ceria, seolah - olah dunia ini hanayalah tempat bermain. Malah bersama mereka, akan mengimbau kembali kenanagan manis ketika menjadi kanak - kanak seperti mereka. Mudah - mudahan,anak - anak ini membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat, negara dan agama.
 — feeling sweet memory's.

                 


                     

                                         
                                       
                                         










Monday, 20 October 2014

Jalan, Pintu & Syarat Ke Syurga....



Selepas waktu kuliah Asar, Ustaz Muda telah didatangi oleh seorang pemuda yang pendiam dan pemalu. Namanya Arbaie. Biasanya sebaik habis kuliah, Arbaie terus pulang tanpa sempat bersalaman dengan Ustaz Muda. Tetapi pada kali ini, Arbaie menunggu Ustaz Muda habis bersalaman dengan ahli jemaah yang lain dan mendapatkan Ustaz Muda setelah jemaah lain bersurai. Setelah bersalaman dengan Ustaz Muda, Arbaie memulakan perbualan.


Arbaie : Maaf tuan Ustaz, saya ada soalan yang ingin bertanya kepada Ustaz.
Itupun kalau Ustaz tidak sibuk dan berkesempatan. Jika tidak, lain kalilah kita berborak

Ustaz Muda : Eh, no problem... Saya tidak sibuk pon. Bukan ada anak bini lagi pun. Apa yang ingin kamu tanyakan kepada saya Arbaie...? 


Arbaie : Soalan ni, sudah lama saya fikirkan. Sudah ramai orang yang saya tanya, tapi mereka hanya diam dan ada yang jawab tak tahu. Malah ada yang cakap‘Alah... tak payah la kau fikir hal – hal yang macam ni, baik kau buat kerja kau sudah la...’ Saya tak puas hati la Ustaz... Sebab tu saya sanggup kerja half day hari ini untuk bertanya soalan ini kepada Ustaz.

Ustaz Muda : Wah... Sampai sanggup ambil kerje half day kerana nak tanya soalan... Dahsyat benar soalan kamu tu... Banyak sangat ke yang kamu nak tanya ni Arbaie..?

Arbaie : Mmm... Satu soalan aje Ustaz. Tapi soalan ni sangat sofisikated. Sangat rumit.


Ustaz Muda : Satu soalan aje...? Baiklah, apa soalan kamu tu...? Kalau boleh jawab, saya jawab. Kalau tidak saya akan rujuk kepada orang yang lebih arif. InsyaAllah.

Arbaie : Adakah orang bukan Islam yang baik akan masuk Syurga...? Mereka sangat baik.Bantu orang miskin, hormat orang tua, suka menolong orang, mesra, amanah dalam berniaga dan ada dikalangan mereka tidak minum arak pun.Jauh sekali mereka mencuri, merompak dan membunuh... Kalau mereka yang bukan Islam seperti ini masuk neraka, maka Tuhan tidak adillah Ustaz. Sebab mereka tidak melakukan kejahatan kepada orang lain dan kerosakan dimuka bumi ini. Apa pandangan Ustaz mengenai perkara ini...?

Ustaz Muda diam seketika mendengar soalan daripada Arbaie yang ditanya dengan penuh kesungguhan. Arbaie bukan sahaja dengan reaksi wajah yang ingin tahu, malah kedua – dua belah tangannya bergerak secara spontan ketika bertanya soalan. Menunjukkan dia benar – benar inginkan jawapan daripada Ustaz Muda. Lalu Ustaz muda memulakan bicaranya kembali.

Ustaz Muda : Sesungguhnya setiap sesuatu atau destinasi ada jalan dan pintu yang betul dan tepat. Bukan sahaja perlukan jalan dan pintu yang betul sahaja, malah mempunyai syarat tertentu untuk sampai ke destinasi dan masuk ke pintu itu.

Arbaie kebingungan apabila mendengar jawapan daripada Ustaz Muda. Dia berasa tidak puas hati kerana tidak memahaminya. Tetapi dia tidak berani untuk bertanya dengan lebih lanjut kerana terlalu menghormati Ustaz Muda yang dianggapnya sebagai idola.

Ustaz Muda : Adakah kamu faham apa yang saya katakan Arbaie...?

Arbaie : Ya Ustaz. Saya faham.

Ustaz Muda : Kalau begitu, boleh tak kamu menemani saya ke Pasar Raya? Saya mahu beli sedikit keperluan dapur. Lagi pun kamu half day hari ni kan...?

Arbaie : Errr... Ya, boleh aje Ustaz... Tak de hallah.

Mereka berdua terus ke Pasar Raya yang berada berdekatan dengan Masjid. Ketika sampai di Pasar Raya itu, Ustaz Muda telah cuba masuk ke pintu yang tertulis ‘Pintu Keluar’. Dengan tiba – tiba, seorang Pak Guard telah menahan Ustaz Muda.

Pak Guard : Maaf encik. Ini pintu keluar... Tidak boleh masuk melalui pintu ini.

Ustaz Muda : Kenapa tidak boleh? Saya mahu memembeli – belah, bukan mahu mencuri. Apa salahnya saya mahu masuk pintu ini? Kan sama saja?

Pak Guard : Saya tahu Encik tiada niat jahat... Tapi pintu ini hanya untuk keluar sahaja. Memang begini syaratnya. Saya minta maaf banyak – banyak, saya tidak izinkan Encik masuk melalui pintu ini. Sila ke pintu masuk disebelah sana.Terima Kasih.

Ustaz Muda : Kalau begitu... Baiklah.

Arbaie : Kenapa Ustaz masuk ke pintu yang salah...? Kan Ustaz tahu kat situ pintu untuk keluar sahaja...? nasib baik Pak Guard tu baik. Kalau Pak Guard botak dah lama kita ditengkingnya tadi.

Ustaz Muda : Mmm... Tengok. Kamu tak faham jawapan yang saya berikan kepada kata tadi rupanya. Ini baru nak masuk Pasar Raya... Dah ada jalan, pintu dan syarat tertentu. Apatah lagi Syurga Allah...? Mesti lebih banyak syaratnya... Mesti ada jalannya yang tertentu... Dan mesti ada pintu khas untuk ke Syurga...Syarat yang paling utama adalah khalimah Syahadah. Sesiapa yang mati dengan khalimah Syahadah, dijamin masuk Syurga... Walaupun seseorang itu dihumban ke Neraka kerana dosa – dosanya. Sebab itu, tugas kita sebagai Mukmin adalah khalifah di muka bumi Allah. Tugas kita bukan sekadar Solat, Puasa, zakat dan menunaikan Haji. Tetapi tugas kita juga adalah berdakwah di Jalan Allah. Menyampaikan Islam kepada semua umat manusia bahawa Islam adalah agama yang benar.

Arbaie : Owh... Begitu... Sekarang baru saya faham dan sangat mengerti. Terima kasih banyak – banyak diatas pencerahan Ustaz. Ustaz mahu beli apa..? Hari ni biar saya yang bayar... Saya belanja Ustaz.

Ustaz Muda : Alhamdulillah....

Sunday, 19 October 2014

Darling, Sayang, Manja, Awak & Mr. Arrogant




Isteri Pertama : Berumur, kurang menarik dan biasanya kurang diberi perhatian.
Isteri Kedua : Agak menarik dan agak diperhatikan.
Isteri Ketiga : Menarik dan cukup diperhatikan.
Isteri Keempat : Sangat menarik, sangat diperhatikan dan disanjung – sanjung.

Lelaki itu berasa sangat bertuah memiliki empat isteri. Dia merasakan dunia ini, dia yang punya. Kehidupannya penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Dia dikagumi oleh teman dan kenalannya. Ramai yang sering betandang ke rumahnya kerana mahu ‘berguru’ dengannya. Kerana dia bukanlah lelaki yang terkaya di kampungnya. Bukan juga paling kacak apatah lagi yang paling alim. Dia Cuma lelaki biasa. Oleh kerana itu, ramai yang mencemburuinya.

Kerana sering mendapat perhatian dan pujian penduduk kampung, lelaki itu mulai berasa riak dan sombong dengan kelebihannya. Tetapi lelaki itu sangat adil dengan keempat - empat isterinya dari segi zahir dan batin. Semua keperluan isteri – isterinya tidak pernah terabai. Dari segi giliran masa bersama juga memuaskan hati semua isterinya. Namun tetap ada perbezaan, terutama dari segi perasaan, kasih sayang dan layanan.

Memang sudah lumrah manusia. Yang baru, cantik dan menarik akan diberi lebih perhatian dan disanjung – sanjung. Waktu pun berlalu dengan begitu pantas. Lelaki itu jatuh sakit. Lumpuh separuh badan akibat diserang penyakit strok. Ketika lelaki itu berada dalam keadaan nazak, dia memanggil kempat – empat isterinya. Seorang demi seorang.

Dipanggilnya Isteri keempat yang paling disayanginya. Lalu lelaki itu bertanya :
“Sudikah darling menemani abang ke alam kubur...?”
Jawab Isteri Keempatnya :
“Sorry darling... cukup sampai disini sahaja hubungan kita...” Dia beredar dan lansung tidak menoleh lagi.
Dipanggilnya Isteri Ketiga. Lalu lelaki itu bertanya :
“Sudikah sayang menemani abang ke alam kubur...?”
Jawab Isterinya yang Ketiga :
“Sorry abang... sayang hanya akan temani abang dirumah. Paling jauhpun, sayang akan pergi jenguk kat rumah mayat aje...” Dia beredar dan mengangkat tangan sebagai tanda hormat untuk kali yang terakhir.
Dipanggilnya Isteri Kedua. Lalu menanyakan soalan yang sama :
“Sudikah manja menemani abang ke alam kubur...?”
Jawab Isterinya yang Kedua :
“Baik, manja akan temani abang... tapi hanya sampai liang kubur saje. Lepas tu... Good Bye” Dia beredar setelah menoleh beberapa kali.
Lelaki itu berasa sangat kecewa dengan ketiga – tiga isteri yang disayanginya selama ini. Lalu dia menaruh harapan dengan satu – satunya isterinya yang masih ada. Iaitu isterinya yang pertama.
Dipanggilnya Isteri Pertama.Masih menanyakan soalan yang sama,namun dengan panggilan berbeza:
“Sudikah awak menemani saya ke alam kubur...?”
Jawab Isterinya yang Pertama :
“Ya... Saya akan menemani awak... kemanapun awak pergi. Walaupun didalam kubur yang gelap lagi sunyi, saya akan tetap menemani dan mendampingi awak. I love u Mr Arrogant.” Katanya sambil memegang tangan lelaki itu dengan tangan kanan. Manakala tangan kirinya mengusap – ngusap dada lelaki itu. Bibirnya didekatkan dengan telinga lelaki itu, sambil mengajarnya khalimah “LailahaillAllah... Muhammadanrasulrullah...” berulang kali. Dia menitiskan air mata.
Tahukah anda siapakah isteri – isteri lelaki itu tadi...?

Isteri Keempat : “Harta, Pangkat dan Kekayaan” Mereka akan meninggalkan jasad kita saat kita meninggal. Malah secara automatik akan menjadi milik orang lain.

Isteri Ketiga : “ Saudara – mara, kawan dan kenalan” kita. Mereka hanya menghantar jasad kita ke kubur saat jasad kita disemadikan.

Isteri Kedua : “Keluarga, adik beradik dan sahabat akrab” kita. Mereka hanya menghantar kita dikubur. Mereka akan meninggalkan kita setelah kita dimasukkan ke liang lahad dan ditutup dengan tanah. Sekali – sekala,mungkin mereka hanya akan datang melawat.

Isteri Pertama : “Amal Soleh dan Pahala” kita selama kita hidup didunia. Hanya amal soleh kita yang akan menemani kita dialam kubur yang gelita. Hanya amal soleh yang akan menerangi kubur kita. Amal soleh dan pahala jugalah yang akan menyelamatkan kita di Alam Kubur dari siksaan Mungkar Nakir nanti....

*Bersama – samalah kita perbanyakkan amal soleh selagi diberi peluang hidup didunia ini. Agar kita tidak menyesal dan muflis di Akhirat nanti.


Bodoh sombong....


Isu kenaikan harga minyak semakin panas diperkatakan. Begitu ramai yg post di FB masing2 mengenai perkara ini. Sudah menjadi adat apabila terjadinya sesuatu isu, pasti ada pro dan kontra nya. Tapi agak2 la kalau nak defend pon... Ada sampai menghina kemiskinan org lain sehingga lupa Allah boleh menariknya bila2 masa. Malah lebih melampau, ada yg mengganggap sesebuah parti pula yg memberi kehidupan di Malaysia. Ini sudahpun membelakangkan Allah... Mungkin, boleh terbatal akidah. Memalukan lagi menyedihkan!!!







Thursday, 16 October 2014

Subsidi Minyak Turun Lagi Der!!!!



Semenjak kenaikan harga minyak@pengurangan subsidi minyak diumumkan, kemarahan rakyat diseluruh negara meningkat 200%. Ketidakpuasan hati rakyat dizahirkan dgn pelbagai cara tanpa mengikut peringkat umur, bangsa, agama dan pandangan politik. Malah, ada yg sangat berani sehingga post ke laman sosial PM secara peribadi. Didalam kemelut ini, munculnya juga mesej bergambar yg kreatif dan melucukan. Kita boleh marah, bangkang dan protes. Tetapi jgn sampai melakukan perkara yg diluar batasan agama