Katogeri

Tuesday, 2 December 2014

Sabar & Redha Melahirkan Ketenangan



Suatu ketika, Abu Hassan mengerjakan ibadah haji. Dengan secara tidak sengaja dia telah terserempak dan terpandang dengan seorang wanita yang sangat berseri – seri wajahnya. Lalu Abu Hassan nenegur wanita itu dan memulakan bicara. 

Abu Hassan : Demi Allah, aku tidak pernah melihat wajah seorang wanita yang begitu berseri – seri wajahnya sebelum ini. Tentu kamu tidak pernah menghadapi sebarang masalah didalam hidupmu.

Wanita : Apa yang kamu katakan itu dalah tidak benar sama sekali. Aku sedang menanggung penderitaan yang sangat berat. Malah dalam masalah ini tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan.

Abu Hassan : Apa yang telah terjadi didalam hidup mu? Musibah apa yang telah menimpa diri mu?

Wanita : Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan keempat – empat anakku. Yang paling tua sudah berkahwin, dua orang lagi masih kanak – kanak dan yang bongsu masih menyusu. Suatu ketika dua orang anakku yang masih kanak – kanak keluar bermain. Anakku yang kedua bertanya kepada adiknya ‘ kamu nak tahu macam mana ayah sembelih kambing kita? Si adik mengangguk kepala tanda sutuju. Lalu dilentangkan adiknya dan menyembelih adiknya. Apabila melihat darah keluar begitu banyak, dia ketakutan dan melarikan diri ke dalam hutan yang tebal. Dia tidak bernasib baik apabila terserempak dengan serigala, lalu dia diserang serigala dan terbunuh.

Suamiku yang keluar mencarinya didalam hutan juga telah meninggal dunia akibat kehausan yang melampau. Aku pun keluar rumah untuk mencari suamiku. Dalam keadaan yang kelam kabut, aku tertinggal anak bongsuku dirumah sendirian. Anak kecil itu merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk nasi yang sedang mendidih lalu tersimbah air panas kebadannya. Dia terus meninggaldunia akibat kecelakaan itu.

Berita yang menyedihkan ini telah sampai kepada anakku yang paling tua. Oleh kerana terlalu terkejut, dia jatuh pengsan dan terus meninggal dunia. Kini tinggallah aku sebatang kara diantara mereka semua. Yang aku ada sekarang hanya Allah dan Rasul.

Abu Hassan : Bagaimana kamu bersabar dan menghadapi ujian yang sangat berat ini?

Wanita : Tidak mudah untuk seseorang membezakan antara kesabaran dan keluhan. Melainkan ia menemukan di antara keduanya dijalan yang berbeza. Sabar adalah memperbaiki yang zahir dan menerima dengan hati yang redha serta berserah kepada Allah. Manakala mengeluh adalah tidak memperbaiki yang zahir, merintih, menyalahkan diri dan tidak menerima ketentuan Allah. Kita mesti sentiasa sedar bahawa semua yang ada didalam hidup didunia dan diri kita ini adalah pinjaman daripada Allah. Allah yang memberi segalanya, dia berhak untuk mengambilnya semula.

*Kesabaran adalah sangat dituntut didalam Islam. Setiap mukmin akan diuji oleh Allah kerana mahu meningkatkan darjat seseorang mukmin disisi Allah. Setiap musibah yang menimpa akan diberi ganjaran pahala yang sangat besar bagi mereka yang bersabar. Rasullullah pernah bersabda dalam firman Allah dalam hadis Qudsi ‘Tidak ada ganjaran bagi hamba-Ku yang bersabar dari kehilangan sesuatu yang disayanginya melainkan Syurga baginya’. Manakala mengeluh pula adalah satu perbuatan yang dilarang dalam Islam. Hukumnya adalah haram. Rasulullah pernah bersabda mengenai perkara ini. ‘Tiga tanda kekafiran seseorang terhadap Allah iaitu merobek baju, mengeluh dan menghina nasab (keturunan) orang lain’. Mengeluh adalah sifat jahiliah jika matinya seseorang itu sebelum bertaubat, maka nerakalah tempatnya. Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang bersabar dalam menghadapi musibah.

No comments:

Post a Comment