Kisah ini berlaku di Bashrah, seorang kaki botol atau pemabuk telah meninggal dunia. Isterinya telah mengkhabarkan tentang kematiannya kepada jiran tetangganya. Namun mereka langsung tidak mempedulikannya dan tidak mahu mengurus jenazahnya. Akhirnya isterinya terpaksa mengupah empat orang pemuda untuk memandi dan mengkhafankan jenazah kaki botol itu.
Selepas selesai memandi dan mengkhafankan jenazahnya, keempat – empat orang yang diupah isterinya telah membawa jenazahnya ke masjid. Tetapi setelah lama menunggu, tidak ada seorangpun penduduk kampung yang datang untuk menyembahyangkan jenazahnya. Beberapa orang yang mengetahui hanya melihat dan tidak memperdulikannya setelah mengetahui gerangan si mati itu.
Empat orang pemuda yang diupah itu tidak pandai untuk menyembahyangkan jenazah. Mereka menjadi serba salah. Oleh kerana tidak tahu menguruskan jenazah itu, isterinya itu menyuruh keempat – empat orang pemuda itu membawa jenazahnya ke pinggir hutan dan menguburkannya disana.
Tidak jauh dari hutan tersebut, terdapat sebuah bukit. Disana ada seorang yang soleh dan sangat zuhud telah menyendiri untuk beribadah kepada Allah. Dia tidak pernah turun dari bukit itu dan berkumpul dengan masyarakat kecuali untuk solat jumaat.
Entah kenapa, dengan tiba – tiba dia telah turun dan telah menziarahi jenazah pemabuk itu. Pada ketika itu, kubur sedang digali oleh kempat – empat pemuda yang diupah. Orang soleh itu menyembahyangkan jenazah pemabuk itu dan menunggu untuk mengebumikan jenazah.
Turunnya orang soleh itu dari tempat ‘pertapaan’nya telah menjadi berita yang menggemparkan kepada masyarakat sekitarnya. Penduduk kampung berasa hairan dan takjub. Lalu mereka berduyun – duyun pergi ke pinggir hutan itu. Ketua Kampung telah menghampiri dan bertanya kepada orang soleh itu.
Ketua Kampung : Wahai tuan, kenapa kamu menyembahyangkan jenazah orang ini?
Tidakkah kamu tahu bahawa dia ini seorang pemabuk dan begitu banyak dosanya terhadap Allah?
Orang Soleh : Aku telah mendapat ilham supaya turun ke pinggir hutan ini dan
meyembahyangkan jenazah seseorang yang telah diampun dosanya oleh Allah. Malah aku dapat tahu, tidak ada seorang pun yang sudi menguruskan jenazahnya. Hanya isterinya seorang sahaja yang
menguruskan jenazahnya.
Orang – orang kampung terkejut dan kehairanan apabila mendengar jawapan daripada orang soleh itu. Kerana setahu mereka, pemabuk itu tidak pernah melakukan sebarang kebaikan. Mereka tidak pernah melihat pemabuk itu melakukan perkara baik sepanjang mengenali pemabuk itu. Apabila orang soleh itu melihat orang – orang kampung kebingungan, dia memanggil isteri pemabuk itu untuk mendapatkan kepastian.
Orang Soleh : Apakah amalan dan perilaku suamimu yang sebenarnya, sepanjang hidupnya?
Isteri Pemabuk : Seperti semua orang tahu. Dia adalah seorang kaki botol. Dia banyak
membuang masa minum arak di kedai – kedai arak. Apabila pulang kerumah dia dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. Tetapi dia seringkali bangun awal dan solat subuh. Tetapi pada pagi harinya dia akan kembali mabuk di kedai – kedai arak seperti biasa. Tetapi dia sangat menyayangi anak – anak yatim melebihi anaknya sendiri.
Dia selalu membawa pulang anak – anak yatim kerumah. Paling kurang dua orang, untuk diberi makan dan pakaian baru. Sebelum dia meninggaldunia, diwaktu sepertiga malam aku terdengar dia menangis dan merintih kepada Allah. ‘Ya Allah, neraka manakah yang Engkau akan tempatkan manusia yang berdosa dan hina seperti aku Ini...?’
Dia selalu membawa pulang anak – anak yatim kerumah. Paling kurang dua orang, untuk diberi makan dan pakaian baru. Sebelum dia meninggaldunia, diwaktu sepertiga malam aku terdengar dia menangis dan merintih kepada Allah. ‘Ya Allah, neraka manakah yang Engkau akan tempatkan manusia yang berdosa dan hina seperti aku Ini...?’
Orang Seleh : Sungguh Maha Luas Kasih Sayang Allah. Mungkin kerana sedikit kebaikan yang dilakukannya, tetapi penuh dengan ketelusan. Serta merasa rendah diri dan hina dihadapan Allah. Malah berkat kesabarannya menanggung penghinaan dan sindiran dari masyarakat telah mengundang rahmat dan keampunan dari Allah!!
Setelah mendengar penjelasan daripada orang soleh itu, mereka berasa sangat malu dan bersalah. Mereka beramai – ramai memohon maaf daripada isteri si mati. Malah semua penduduk kampung bekerjasama untuk menyembahyang dan menguburkan jenazah.
*Kita tidak boleh menilai atau menghukum seseorang dari segi luaran semata – mata. Kerana kita tidak tahu semua amalan dan perbuatan seseorang disepanjang hidupnya. Walau sejahat manapun tingkah laku seseorang itu, kita tidak berhak menghinanya. Kerana Rahmat Allah adalah kehendak Allah semata – mata. Hanya Allah yang mengetahui siapa yang berhak menerimanya. Sebagai salah seorang ahli didalam masyarakat juga, kita seharusnya menjadi seorang yang prihatin. Kita seharusnya sentiasa bersedia memberi bantuan kepada sesiapa sahaja, tanpa memilih keturunan, pangkat dan nama.
No comments:
Post a Comment