Katogeri

Sunday, 22 March 2015

Terlaksananya Hudud Di Kelantan

Alhamdulillah... Akhirnya hukum hudud diluluskan di Kelantan. Semoga negeri serambi makkah ini sentiasa dibawah Rahmat Allah.
Penguguman hukum hudud ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menentang, dengan dakwaan "tikam dari belakang".
Ada pula yang terharu dengan menyatakan sokongannya kerana Allah, bukan kerana politik. Telah melahirkan pelbagai reaksi dan gimik.
Tidak hairan bagi pihak yang menentang. Kerana mereka bukan beragama Islam. Mereka tidak faham akan kepentingan hukum Allah bagi umat Islam.
Manakala bagi pihak yang menyatakan sokongan kerana Allah bukan kerana politik, amat dihargai sekali. Namun, kenapa baru sekarang menyatakan sokongan? Kenapa dulu bukan main lantang menentang? Kenapa dulu bersuara sinis penuh sindiran?
Tahniah kepada kerajaan Negeri Kelantan. Nampaknya, hasrat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak disia-siakan. Perjuangannya terus disambung untuk menegakkan hukum Allah di bumi Kelantan bertuah ini.
— feeling alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment