Katogeri

Saturday, 28 March 2015

PEMIMPIN & HUKUM HUDUD


Kronologi isu penolakan hudud daripada kalangan pemimpin dan menteri di Malaysia bukanlah perkara asing.
Penolakan hudud berlaku sejak lebih sedekad yang lalu. Malah pelbagai halangan yang pernah dilakukan daripada termaktubnya di bumi Kelantan.
Tidak hairanlah jika ada sebahagian besar daripada kalangan rakyat yang menolak hudud. Samada bukan Islam, mahupun daripada kalangan umat Islam sendiri.
Kerana mereka sudah terdidik dan dimomokkan dengan hudud yang konnonya melampau dan kejam.
Tanpa mendalami hukum hudud dengan sedalamnya, mereka terus menerima momokkan itu dan terus beranggapan ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Momokkan itu terus berakar umbi. Malah lebih menyedihkan, ia berlaku dikalangan sebilangan besar orang-orang Melayu-Islam.
Daripada menolak hukum hudud, akhirnya telah menjadi penghinaan tanpa rasa bersalah. Hari ini mereka tergamak pula melakukannya dengan secara terbuka.
Adakah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah menghina agama sendiri? Telah menghina Nabi sendiri? Dan telah menghina Tuhan mereka sendiri?
Sebelum murka Allah turun ke bumi Malaysia... Bertaubatlah sebelum terlambat. Sesungguhnya siksaan di Neraka tersangatlah pedih.
— feeling conflicted.







No comments:

Post a Comment