Setelah beberapa hari selepas kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan perlaksanaan hukum Hudud, telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
Ada yang menyokong dengan tidakan kerajaan Negeri Kelantan dan ada juga yang menentang. Malah ada yang memandang sinis akan tindakan berani itu.
Mengejutkan apabila munculnya video yang menghina hukum Allah. Melalui video pendek itu jelas menunjukkan penghinaan melampau kepada Islam dan Negeri Kelantan.
Lebih mengecewakan apabila pelakon yang melakonkan gimik itu adalah wanita melayu yang beragama Islam. Mimik muka dan lakonan yang menunjukkan betapa lekehnya pemikiran rakyat Kelantan yang menerima hukum Allah itu.
Tujuan video ini dibuat jelas untuk menghina hukum Allah dan Kerajaan Kelantan. Mereka beranggapan memajukan ekonomi dan pembangunan negara lebih penting daripada melaksakan hukum Hudud yang dituntut keatas pemimpin dan negara Islam.
Kesal dengan perlakuan wanita bernama Aisyah didalam video tersebut. Tindakan segera mesti diambil terhadap penerbit dan pelakon wanita itu.
Sungguh pelik dan menghairankan. Kenapa invididu yang menghina agama terutama Islam, tidak diambil tindakan. Kalau ada pun, ia agak lambat. Jika melibatkan individu yang melawan atau menentang sistem kehakiman negara, pantas pula pihak berwajib mengambil tindakan.
Orang Melayu yang beragama Islam tetapi sanggup menghina agama sendiri. Perlakuan ini sedikit sebanyak akan mencalarkan kesucian agama Islam. Kerana sememangnya Islam adalah agama yang suci.
Namun yang akan lebih rosak dan 'punah' adalah nama bangsa Melayu itu sendiri. Nama 'Melayu' akan terus layu dikhianat anak nusanya sendiri.
Bangsa lain akan terus memendang serong dan memperlekeh bangsa Melayu. Melayu bukan sahaja akan dianggap ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan, tetapi akan dihina dari segi identiti.
Ini kerana Melayu akan dianggap murah lagi hina kerana boleh dibeli dan sanggup menghina anutan sendiri secara terbuka. Pepatah Melayu ada berbunnyi : "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga." Telah terkena kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Perbuatan wanita Melayu didalam video ini bukan sahaja memberi impak kepada diri dan keluarganya sahaja. Tetapi memberi impak kepada seluruh bangsa Melayu yang beragama Islam di Malaysia.

No comments:
Post a Comment