Katogeri

Sunday, 22 March 2015

KAWAN ADALAH REZEKI


Ada yang bertanya:
"Kenapa hubungan kita dengan seseorang kawan ada yang tidak kekal? Walapun tak bergaduh atau 'lost contact'? Kenapa boleh jadi renggang tanpa ada masalah pun???"
Jawapannya :
Hubungan dengan seseorang yang bukan pertalian darah atau kawan juga adalah rezeki. Rezeki bukan hanya berbentuk wang, harta dan kebendaan semata-mata.
Rezeki boleh datang dan pergi. Ia boleh datang bersebab dan juga boleh datang tanpa bersebab. Begitu juga apabila ia hilang. Boleh bersebab dan juga tidak bersebab.
Adakala kita kehilangan kawan kerana bergaduh, salah faham, difitnah, diadu domba dan mungkin juga kerana hasad dengki sesama sendiri.
Ada juga kita kehilangan kawan, mungkin kerana kita menyakitkan hatinya tanpa kita sedari. Dia pula hanya memendam rasa dan terus menyendiri. Malah terus menyepi tanpa berita.
Tetapi, ada juga kehilangan kawan kerana tidak bersebab. Mungkin kerana jarak dan masa. Masa sekarang berlari terlalu pantas. Menyebabkan kemesraan semakin hilang dan terus lupus.
Apapun alasannya, hakikatnya adalah kerana rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Sememangnya dia bukan rezeki kita untuk terus berkawan rapat dengannya.
Jadi, kita tidak perlulah terlalu memikirkannya. Apatah lagi bersedih apabila seseorang kawan terus menyepi tanpa berita dan sebab yang munasabah.
Anggaplah seperti kita kehilangan wang. Kerana terjatuh. Bukan kerana dicuri atau dirompak. Ia berlaku kerana bukan rezeki kita yang telah ditetapkan.
Namun, percayalah. Setiap yang hilang pasti akan berganti. Malah ia lebih baik, mungkin juga jauh lebih baik. Allah akan datangkannya dengan tidak disangka-sangka. Syaratnya mestilah redha dan sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang berlaku didalam hidup kita.
— feeling conscious.


No comments:

Post a Comment