Katogeri

Monday, 30 March 2015

Pakej Lambaian Darussalam!!!!



RM 1200 SAHAJA!!!!!

‪#‎FULLPACKAGE‬!!!

‪#‎3Hari‬ 2malam di Brunei

‪#‎Flight‬ bermula dari Kota Bharu

‪#‎Tourist‬ Guide

‪#‎Pengangkutan‬ sepanjang program

‪#‎Makan‬ Minum sepanjang program

‪#‎Hotel‬ bertaraf 3*

‪#‎Tiket‬ Bot merentasi kampung air@Water Village

‪#‎Melawat‬ dan berkenalan dengan keluarga angkat

‪#‎Perkhidmatan‬ Fotografi Percuma

Nice Holidays Together!!!!

Untuk Maklumat Lanjut.... Sila Hubungi :

0111 - 7928707






















































Saturday, 28 March 2015

Non-Muslim Sokong Hudud


Masih ada orang bukan Islam yang menyokong hukum hudud. Mereka lebih faham daripada segolongan orang Melayu-Islam yang ada di Malaysia.
Manakala orang Melayu-Islam bukan sahaja tidak memahami, malah menyindir dan menghina hukum Hudud secara terbuka.
Mereka menerima Hudud sebagai penyelesaian kepada masalah sosial dan jenayah didalam negara.
Kagum dengan pemikiran dan penerimaan mereka terhadap hudud. Walaupun bukan berhubungkait dengan agama mereka, mereka cuba memahami. Malah mungkin sedikit sebanyak cuba mendalami akan kebaikan hudud yang hakiki.
Golongan seperti Abu Talib ( Menyokong Islam walaupun tidak memeluknya ) masih ada dizaman ini. Tidak kurangnya juga masih ramai yang berpewatakan seperti si Abdullah Bin Ubai. ( Berada dibarisan Islam namun menentang perjuangan Islam )
— feeling conscious.





PEMIMPIN & HUKUM HUDUD


Kronologi isu penolakan hudud daripada kalangan pemimpin dan menteri di Malaysia bukanlah perkara asing.
Penolakan hudud berlaku sejak lebih sedekad yang lalu. Malah pelbagai halangan yang pernah dilakukan daripada termaktubnya di bumi Kelantan.
Tidak hairanlah jika ada sebahagian besar daripada kalangan rakyat yang menolak hudud. Samada bukan Islam, mahupun daripada kalangan umat Islam sendiri.
Kerana mereka sudah terdidik dan dimomokkan dengan hudud yang konnonya melampau dan kejam.
Tanpa mendalami hukum hudud dengan sedalamnya, mereka terus menerima momokkan itu dan terus beranggapan ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Momokkan itu terus berakar umbi. Malah lebih menyedihkan, ia berlaku dikalangan sebilangan besar orang-orang Melayu-Islam.
Daripada menolak hukum hudud, akhirnya telah menjadi penghinaan tanpa rasa bersalah. Hari ini mereka tergamak pula melakukannya dengan secara terbuka.
Adakah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah menghina agama sendiri? Telah menghina Nabi sendiri? Dan telah menghina Tuhan mereka sendiri?
Sebelum murka Allah turun ke bumi Malaysia... Bertaubatlah sebelum terlambat. Sesungguhnya siksaan di Neraka tersangatlah pedih.
— feeling conflicted.







Sunday, 22 March 2015

PENGKHIANAT ISLAM & MELAYU


Setelah beberapa hari selepas kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan perlaksanaan hukum Hudud, telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
Ada yang menyokong dengan tidakan kerajaan Negeri Kelantan dan ada juga yang menentang. Malah ada yang memandang sinis akan tindakan berani itu.
Mengejutkan apabila munculnya video yang menghina hukum Allah. Melalui video pendek itu jelas menunjukkan penghinaan melampau kepada Islam dan Negeri Kelantan.
Lebih mengecewakan apabila pelakon yang melakonkan gimik itu adalah wanita melayu yang beragama Islam. Mimik muka dan lakonan yang menunjukkan betapa lekehnya pemikiran rakyat Kelantan yang menerima hukum Allah itu.
Tujuan video ini dibuat jelas untuk menghina hukum Allah dan Kerajaan Kelantan. Mereka beranggapan memajukan ekonomi dan pembangunan negara lebih penting daripada melaksakan hukum Hudud yang dituntut keatas pemimpin dan negara Islam.
Kesal dengan perlakuan wanita bernama Aisyah didalam video tersebut. Tindakan segera mesti diambil terhadap penerbit dan pelakon wanita itu.
Sungguh pelik dan menghairankan. Kenapa invididu yang menghina agama terutama Islam, tidak diambil tindakan. Kalau ada pun, ia agak lambat. Jika melibatkan individu yang melawan atau menentang sistem kehakiman negara, pantas pula pihak berwajib mengambil tindakan.
Orang Melayu yang beragama Islam tetapi sanggup menghina agama sendiri. Perlakuan ini sedikit sebanyak akan mencalarkan kesucian agama Islam. Kerana sememangnya Islam adalah agama yang suci.
Namun yang akan lebih rosak dan 'punah' adalah nama bangsa Melayu itu sendiri. Nama 'Melayu' akan terus layu dikhianat anak nusanya sendiri.
Bangsa lain akan terus memendang serong dan memperlekeh bangsa Melayu. Melayu bukan sahaja akan dianggap ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan, tetapi akan dihina dari segi identiti.
Ini kerana Melayu akan dianggap murah lagi hina kerana boleh dibeli dan sanggup menghina anutan sendiri secara terbuka. Pepatah Melayu ada berbunnyi : "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga." Telah terkena kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Perbuatan wanita Melayu didalam video ini bukan sahaja memberi impak kepada diri dan keluarganya sahaja. Tetapi memberi impak kepada seluruh bangsa Melayu yang beragama Islam di Malaysia.
— feeling punah ranah.


KAWAN ADALAH REZEKI


Ada yang bertanya:
"Kenapa hubungan kita dengan seseorang kawan ada yang tidak kekal? Walapun tak bergaduh atau 'lost contact'? Kenapa boleh jadi renggang tanpa ada masalah pun???"
Jawapannya :
Hubungan dengan seseorang yang bukan pertalian darah atau kawan juga adalah rezeki. Rezeki bukan hanya berbentuk wang, harta dan kebendaan semata-mata.
Rezeki boleh datang dan pergi. Ia boleh datang bersebab dan juga boleh datang tanpa bersebab. Begitu juga apabila ia hilang. Boleh bersebab dan juga tidak bersebab.
Adakala kita kehilangan kawan kerana bergaduh, salah faham, difitnah, diadu domba dan mungkin juga kerana hasad dengki sesama sendiri.
Ada juga kita kehilangan kawan, mungkin kerana kita menyakitkan hatinya tanpa kita sedari. Dia pula hanya memendam rasa dan terus menyendiri. Malah terus menyepi tanpa berita.
Tetapi, ada juga kehilangan kawan kerana tidak bersebab. Mungkin kerana jarak dan masa. Masa sekarang berlari terlalu pantas. Menyebabkan kemesraan semakin hilang dan terus lupus.
Apapun alasannya, hakikatnya adalah kerana rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Sememangnya dia bukan rezeki kita untuk terus berkawan rapat dengannya.
Jadi, kita tidak perlulah terlalu memikirkannya. Apatah lagi bersedih apabila seseorang kawan terus menyepi tanpa berita dan sebab yang munasabah.
Anggaplah seperti kita kehilangan wang. Kerana terjatuh. Bukan kerana dicuri atau dirompak. Ia berlaku kerana bukan rezeki kita yang telah ditetapkan.
Namun, percayalah. Setiap yang hilang pasti akan berganti. Malah ia lebih baik, mungkin juga jauh lebih baik. Allah akan datangkannya dengan tidak disangka-sangka. Syaratnya mestilah redha dan sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang berlaku didalam hidup kita.
— feeling conscious.


Terlaksananya Hudud Di Kelantan

Alhamdulillah... Akhirnya hukum hudud diluluskan di Kelantan. Semoga negeri serambi makkah ini sentiasa dibawah Rahmat Allah.
Penguguman hukum hudud ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menentang, dengan dakwaan "tikam dari belakang".
Ada pula yang terharu dengan menyatakan sokongannya kerana Allah, bukan kerana politik. Telah melahirkan pelbagai reaksi dan gimik.
Tidak hairan bagi pihak yang menentang. Kerana mereka bukan beragama Islam. Mereka tidak faham akan kepentingan hukum Allah bagi umat Islam.
Manakala bagi pihak yang menyatakan sokongan kerana Allah bukan kerana politik, amat dihargai sekali. Namun, kenapa baru sekarang menyatakan sokongan? Kenapa dulu bukan main lantang menentang? Kenapa dulu bersuara sinis penuh sindiran?
Tahniah kepada kerajaan Negeri Kelantan. Nampaknya, hasrat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak disia-siakan. Perjuangannya terus disambung untuk menegakkan hukum Allah di bumi Kelantan bertuah ini.
— feeling alhamdulillah.




Sunday, 15 March 2015

Pakej Istanbul Mu Tunggu Aku Datang!!!



Marhaien Solution-Travel Department...


Memperkenalkan pakej Istanbul Tours!!!

Pakej Menjelajah Keindahan Sejarah Islam!!!

    ‪#‎RM5800‬.00!!!
    ‪#‎FullPackage‬!!!
    ‪#‎7Hari‬ 6 Malam di Turki!!!
    ‪#‎Hotel‬ bertaraf 4*
    #‎Flight‬ bermula dari Kota Bharu!!!
    #‎Merentasi‬ Laut Marmara!!!
    ‪#‎Menaiki‬ Bosphorous Cruise!!!
    ‪#‎Persembahan‬ Kebudaan Turki!!!
    #‎Belon‬ Udara Panas!!!
    ‪#‎Menjejaki‬ Istana & Bandar Bersejarah!!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami...

Ditalian 0111-7928707 @ 0111-7930249...
https://www.facebook.com/MarhaienSolution

#NiceHolidaysTogether!!!!