Isu GST masih panas diperkatakan sejak hari pertama perlaksanaannya. Rakyat marhaien yang paling merasai beban GST yang menyusahkan.
Namun, individu yang popular sebagai pejuang GST tetap tidak berputus asa walaupun dikecam dan dicemuh kerana mempertahankan GST.
Kali ini individu ini beranggapan mantan PM, Tun Mahathir sendiri masih tidak faham akan GST yang dilaksanakan olah kerajaan. Beliau tetap dengan pendiriannya, bahawa GST tidak membebankan rakyat.
Satu persatu kenyataannya yang mempertahankan GST telah memakan dirinya sendiri. Kenyataan harga barang akan turun selepas GST telah memberi impak yang besar terhadap dirinya.
Namun, beliau terus mengeluarkan kenyataan yang telah membangkitkan kemarahan rakyat. Kenyataannya juga telah melahirkan sentimen kebencian rakyat terhadap dirinya.
Malah, beliau telah dilabelkan sebagai "kurang cerdik" atau bodoh (dengan bahasa yang lebih mudah) oleh segolongan besar rakyat Malaysia.
Langkah silapnya berterusan apabila mengkritik Tun M sendiri masih belum faham akan GST. Kenyataan ini terus memakan dirinya sendiri. Sehinggakan beliau dianggap individu yang sinonim dengan perkataan BODOH.

No comments:
Post a Comment