Kes kemalangan maut yang melibatkan kematian suami isteri dan anak kecil telah mendapat perhatian umum. Kemalangan ini dikatakan berpunca daripada sekumpulan pemandu kereta MyVi yang berlumba haram.
Kemalangan maut ini telah membangkitkan kemarahan umum terhadap ahli kelab FMC Myvi yang terlibat. Tindakan lumba haram dijalan raya dianggap satu tindakan bodoh dan keterlaluan.
Keadaan bertambah panas apabila ahli-ahli kelab FMC Myvi seolah-olah membela ahli mereka yang terlibat dengan kemalangan maut tersebut. Mereka bukan sahaja dianggap tidak prihatin, malah dilabel zalim dan tidak berhati perut oleh sebahagian besar pengguna laman sosial.
Kini, keenam-enam pemandu Myvi itu sedang diburu oleh pihak polis dan juga pengguna laman sosial. Kecaman hebat juga terus meningkat terhadap kelab FMC Myvi oleh sebahagian pengguna laman sosial. Mereka mahu pesalah dibawa ke muka pengadilan.

No comments:
Post a Comment