Katogeri

Monday, 8 June 2015

Tok Guru & Tok Sami


Disebuah desa, terdapat seorang guru agama yang sangat dihormati dan disayangi oleh penduduknya. Beliau menjadi bahan rujukan tentang agama oleh semua penduduk kampung yang beragama Islam disitu. Tok Guru adalah panggilan terhadap dirinya oleh semua penduduk kampung tanpa mengira peringkat umur mahupun kedudukan.

Namun, pada suatu ketika, terdapat seorang sami tua yang juga merupakan ketua daripada kalangan sami Buddha. Dia sangat dihormati oleh penganutnya. Dia telah mendatangi Tok Guru. Tujuan Tok Sami ini adalah ingin bertanyakan sesuatu perihal agama kepada Tok Guru itu.

Setelah tiba dirumah Tok Guru itu, dia disambut dengan baik dan dijemput ke ruang tamu dirumah Tok Guru itu. Tok Sami berasa senang hati apabila dia disambut dengan baik oleh Tok Guru. Setelah mereka berdua duduk dan bertentang mata, maka berlakulah dialog diantara mereka berdua.

Tok Guru : Alhamdulillah, sudah agak lama kita tidak berjumpa. Nampaknya kamu semakin sihat dan tubuhmu semakin berisi.

Tok Sami : Eh, Tok Guru pun apa kurangnya... Saya tengok wajah Tok Guru pun semakin cerah dan manis... Tenang sekali saya melihatnya. Apa rahsianya ya...?

Tok Guru tidak menjawab pertanyaan itu. Beliau hanya tersenyum dan meneruskan perbualan diantara mereka dengan penuh tertib dan saling menghormati.

Tok Guru : Apa hajat yang sebenarnya ni.... Nampak seperti ada perkara penting dan mustahak aje? Biasanya kamu akan ke pondok saya aje. Tapi hari ini kamu terus datang ke rumah saya.

Tok Sami : Sebenarnya saya datang ni mahu melawat dan bertanya satu soalan penting kepada Tok Guru. Dah lama saya mahu tanya. Tapi kebetulan Tok Guru tengah sibuk dan selalu dikelilingi anak murid semasa dipondok. Sebab itulah saya datang kerumah. Barulah lebih “privacy” kata orang putih. 

Mereka berdua sedikit tertawa dan tersenyum apabila Tok Sami berkata sedemikian. Setelah itu, isteri Tok Guru telah menghidangkan kopi dan setandan pisang untuk mereka berdua. Perbualan mereka terus bersambung sambil menghirup kopi.

Tok Guru : Terima kasih kerana sudi bertandang. Saya sangat menghargainyaApa yang ingin kamu tanyakan kepada saya?

Tok Sami : Sama – sama Tok Guru. Soalan saya mungkin agak sensitif. Saya harapTok Guru tidak akan memarahi saya nanti. Sebab itulah saya terus bertandang ke rumah Tok Guru, tidak ke pondok Tok Guru itu.

Tok Guru : Macam serius aje bunyi nye... InsyaAllah saya tidak akan marah jika soalan kamu itu tidak keterlaluan. Saya akan cuba jawab setakat yang termampu. Rasulullah kami sering menesihati kami umatnya supaya jangan cepat marah. Tetapi mesti berhikmah. Jadi, apa yang ingin kamu tanyakan kepada saya sebenarnya?

Tok Sami : Mmmm... Begini Tok Guru. Kenapa didalam agama Islam banyak sangat larangannya? Itu tak boleh, ini tak boleh... kenapa sampai begitu sekali Tok Guru? Tidak seperti agama kami... Semua boleh aje.. Tak banyak larangan kepada penganutnya.

Tok Guru hanya tersenyum dan menghirup kopinya dengan tenang. Manakala Tok Sami tadi terus menatap dan menanti jawapan daripada Tok Guru dengan penuh kesungguhan. Perasaan Tok Sami bercampur baur antara takut, pelik dan ingin tahu. Namun perasaan takutnya hilang apabila melihat wajah Tok Guru yang tenang itu. Tok Guru pun memulakan percakapannya dengan penuh hikmah dan ketenangan.

Tok Guru : Sebelum saya jawab soalan kamu, apa kata kamu makan dulu pisang yang isteri saya hidangkan. Sejak tadi asyik minum kopi saja.

Tok Sami : Baiklah Tok Guru....

Tok Sami terus mengambil pisang yang berada diatas meja diruang tamu itu. Dia mengoyak kulit pisang itu dengan penuh tertib. Ketika itu jugalah Tok Guru menegurnya sambil tersenyum.

Tok Guru : Kenapa kamu mengoyak kulit pisang itu? Makan terus aje lah...

Tok Sami : Makan terus??? Mana boleh Tok Guru... Kalau mahu makan pisang mesti la koyak kulitnya dulu, takkan mahu makan dengan kulitnya terus Tok Guru....

Tok Guru : Hah... Tahu pulak kamu... Tadi kamu kata... Agama kamu semuanya boleh? Dah semuanya boleh kan...? Jadi, kamu makanlah pisang itu tanpa mengoyak kulitnya. Ingat... Dalam hidup ni tidak semua perkara kita boleh buat sesuka hati kita. Nak makan pisang pon kamu mesti koyak kulitnya. Inikan pula perkara lain yang lebih besar. Sebelum kamu datang kerumah saya, tentunya kamu minta izin dahulu bukan? Apabila kamu masuk rumah saya, kamu juga duduk dengan sopan... tidak pula kamu meniarap sesuka hati... tidak pula kamu membuka pakaian kamu sesuka hati kan..? Begitu juga hidup didalam dunia ini... Dunia ini punya tuannya sendiri... Kita mesti ikut pantang larang yang tuan empunya dunia ini tentukan.

Tok Sami itu terus membisu seribu kata. Dia sangat terkejut dengan jawapan Tok Guru. Jawapan itu sangat ringkas namun meninggalkan kesan yang sangat mendalam untuk dirinya. Dengan hanya seulas pisang, Tok Guru telah merungkai soalan yang bermain difikirannya selama ini. Jika sebelum ini, ramai muslim yang menjawab soalannya dengan pelbagai hujah yang panjang lebar. Malah ada yang bernada lantang seperti mahu mengajaknya berperang. Tetapi, jawapan – jawapan itu lansung tidak terkesan dihatinya. Namun, jawapan Tok Guru itu tadi telah menyedarkan dirinya akan hakikat seorang hamba dengan Tuhan yang menciptanya. Setelah itu, Tok Sami terus menyampaikan hasratnya kepada Tok Guru, bahawa dia mahu memeluk agama Islam dan mahu mendalami Islam dengan menjadi murid Tok Guru.

*Keadaan dan suasana kisah ini diubahsuai sedikit daripada kisah yang pernah diceritakan mengenai pertemuan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan seorang Tok Sami.

#‎AlFatihah‬ kepada Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang – orang yang beriman dan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. Amin.

*Gambar Sekadar Hiasan

No comments:

Post a Comment