Katogeri

Wednesday, 6 May 2015

Pembela GST Memakan Diri

Isu GST masih panas diperkatakan sejak hari pertama perlaksanaannya. Rakyat marhaien yang paling merasai beban GST yang menyusahkan.
Namun, individu yang popular sebagai pejuang GST tetap tidak berputus asa walaupun dikecam dan dicemuh kerana mempertahankan GST.
Kali ini individu ini beranggapan mantan PM, Tun Mahathir sendiri masih tidak faham akan GST yang dilaksanakan olah kerajaan. Beliau tetap dengan pendiriannya, bahawa GST tidak membebankan rakyat.
Satu persatu kenyataannya yang mempertahankan GST telah memakan dirinya sendiri. Kenyataan harga barang akan turun selepas GST telah memberi impak yang besar terhadap dirinya.
Namun, beliau terus mengeluarkan kenyataan yang telah membangkitkan kemarahan rakyat. Kenyataannya juga telah melahirkan sentimen kebencian rakyat terhadap dirinya.
Malah, beliau telah dilabelkan sebagai "kurang cerdik" atau bodoh (dengan bahasa yang lebih mudah) oleh segolongan besar rakyat Malaysia.
Langkah silapnya berterusan apabila mengkritik Tun M sendiri masih belum faham akan GST. Kenyataan ini terus memakan dirinya sendiri. Sehinggakan beliau dianggap individu yang sinonim dengan perkataan BODOH.
— feeling conflicted.







Mangsa Kemalangan Maut Lumba Haram

Kes kemalangan maut yang melibatkan kematian suami isteri dan anak kecil telah mendapat perhatian umum. Kemalangan ini dikatakan berpunca daripada sekumpulan pemandu kereta MyVi yang berlumba haram.
Kemalangan maut ini telah membangkitkan kemarahan umum terhadap ahli kelab FMC Myvi yang terlibat. Tindakan lumba haram dijalan raya dianggap satu tindakan bodoh dan keterlaluan.
Keadaan bertambah panas apabila ahli-ahli kelab FMC Myvi seolah-olah membela ahli mereka yang terlibat dengan kemalangan maut tersebut. Mereka bukan sahaja dianggap tidak prihatin, malah dilabel zalim dan tidak berhati perut oleh sebahagian besar pengguna laman sosial.
Kini, keenam-enam pemandu Myvi itu sedang diburu oleh pihak polis dan juga pengguna laman sosial. Kecaman hebat juga terus meningkat terhadap kelab FMC Myvi oleh sebahagian pengguna laman sosial. Mereka mahu pesalah dibawa ke muka pengadilan.
— feeling emotional.






Tuesday, 5 May 2015

Filem Hollywood Di Persada Dunia

Filem Hollywood sememangnya sering mendapat perhatian peminat filem diseluruh dunia. Filem yang pasti akan mendapat sambutan "Box Office".
Kehebatan filem Hollywood tidak dapat ditandingi oleh mana-mana filem lain didunia. Kesan khas mereka sangat hebat dan filem seloah-oleh "real" dengan suasana dan keadaan yang digambarkan.
Namun, kehebatan sebenar mereka adalah terletak pada pelakon yang memainkan watak didalam sesebuah filem. Pelakon terpaksa berimigenasi dengan skrip dan arahan pengarah yang penuh dengan dunia maya ciptaan mereka.
Pelakon hanya berada diset pengambaran yang kosong. Namun mereka tetap membawa watak dengan baik. Mimik muka dan bahasa badan mereka seolah-olah benar-benar berada didalam dunia maya yang penuh fantasi.

— feeling amazing.