Perlaksanaan GST pada 1 April 2015 adalah satu mimpi buruk buat rakyat Malaysia. Ramai yang takut dan bimbang. Terutama bagi para peniaga barangan dan perkhidmatan.
Ada yang berpandangan para peniaga yang paling untung. Namun hakikatnya, merekalah yang paling terbeban. Kerana kenaikan harga barang daripada pembekel, mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka.
Risiko kekurangan dan kehilangan pelanggan tersangat tinggi. Ini akan memberi tamparan dan tekanan yang hebat kepada peniaga. Terutama bagi peniaga kecil dan yang baru memulakan perniagaan.
Selain itu juga, GST ini akan memberi tekanan besar kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sedarhana. Ini kerana hampir semua harga barangan dan perkhidmatan mengalami kenaikan.
Dengan pendapatan yang sama, tetapi terpaksa mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan harga yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan rakyat yang miskin akan bertambah miskin.
Tidak mustahil, perlaksanaan GST ini akan meningkatkan lagi jumlah kemiskinan didalam negara. Akan meningkatkan lagi kes jenayah seperti kecurian, ragut dan rompakan. Malah, mungkin juga akan meningkatkan jumlah pesakit mental didalam negara.
Semua perkara itu tidak mustahil. Ini kerana, seseorang akan sanggup berbuat apa saja apabila berada didalam keadaan yang terdesak dan tertekan. Jika tidak, seseorang itu akan menghadapi tekanan yang melampau yang akan menyebabkan masalah mental.
Semua orang mesti bersedia sebaiknya untuk menghadapi perubahan yang baru ini. Langkah penjimatan semata-mata tidak memadai. Seseorang harus mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis sumber pendapatan pada masa yang sama.
—
feeling conflicted.

No comments:
Post a Comment