GST masih hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia diseluruh negara. Majoriti rakyat masih tidak berpuas hati dan terus tertekan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara mengejut.
Terbaru, Mufti Kelantan mengeluarkan kenyataannya mengenai GST. Beliau berpendapat bahawa GST adalah hukumnya 'harus'. Menututnya, cukai yang lain adalah harus hukumnya. Begitu juga GST yang baru sahaja dilaksanakan oleh Kerajaan.
Kenyataan Mufti Kelantan ini telah membangkit kemarahan rakyat diseluruh negara. Ramai yang mempertikaikannya. Bukan sahaja mempertikai kenyataannya, malah turut mempertikai kretibiliti dirinya seorang mufti.
Sindiran rakyat terhadap menteri juga masih panas diperkatakan. Kenyataan demi kenyataan menteri menjadi ejekan rakyat. Rakyat kelihatan sudah hilang kepercayaan dan hormat terhadap menteri.
Ini semua kerana kenyataan menteri yang dianggap mereka tidak masuk akal. Hari demi hari mengeluarkan kenyataan yang tidak logik demi mempertahankan GST yang dibenci oleh keseluruhan rakyat marhaien.
Manakala kontroversi yang paling hangat ketika ini mengenai Tun Dr. Mahathir yang terus mendesak PM Najib. Beliau tetap dengan pendirian mahu PM Najib berundur demi menyelamatkan keadaan ekonomi negara yang kian meruncing.
Manakala PM Najib pula terus berdiam tanpa memberi sebarang reaksi. PM tetap berpendirian, bahawa beliau masih mempunyai sokongan kuat daripada ahli umno dan rakyat. Beliau beranggapan "Silent Majority" masih berdiri dibelakangnya.
Isu panas Tun M vs PM ini telah melahirkan pelbagai reaksi dan konflik. Dimana telah melahirkan klik yang pro Tun Mahathir. kemarahan rakyat terus membakar terhadap PM apabila kenyataan daripada Tun Mahathir yang hampir membongkar segala kelemahan dan kepincangan PM.
Sementara klik yang menyokong PM turut melahirkan rasa marah dan tidak senang diatas perlakuan Tun Mahathir. Mereka tetap mahu menyokong dan berdiri dibelakang PM walaupun kemarahan rakyat kian membuak selepas perlaksanaan GST.
GST bukan sahaja membebankan rakyat dari segi ekonomi. Malah, perlaksanaan GST juga menyebababkan ketidakstabilan politik didalam negara. Terbukti, bahawa perlaksanaan GST menyebabkan kerugian kepada ramai pihak. Malah kerugian itu turut melanda kerajaan dan PM sendiri.

No comments:
Post a Comment