Katogeri

Monday, 6 April 2015

Ekonomi, Politik & GST


GST masih hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia diseluruh negara. Majoriti rakyat masih tidak berpuas hati dan terus tertekan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara mengejut.
Terbaru, Mufti Kelantan mengeluarkan kenyataannya mengenai GST. Beliau berpendapat bahawa GST adalah hukumnya 'harus'. Menututnya, cukai yang lain adalah harus hukumnya. Begitu juga GST yang baru sahaja dilaksanakan oleh Kerajaan.
Kenyataan Mufti Kelantan ini telah membangkit kemarahan rakyat diseluruh negara. Ramai yang mempertikaikannya. Bukan sahaja mempertikai kenyataannya, malah turut mempertikai kretibiliti dirinya seorang mufti.
Sindiran rakyat terhadap menteri juga masih panas diperkatakan. Kenyataan demi kenyataan menteri menjadi ejekan rakyat. Rakyat kelihatan sudah hilang kepercayaan dan hormat terhadap menteri.
Ini semua kerana kenyataan menteri yang dianggap mereka tidak masuk akal. Hari demi hari mengeluarkan kenyataan yang tidak logik demi mempertahankan GST yang dibenci oleh keseluruhan rakyat marhaien.
Manakala kontroversi yang paling hangat ketika ini mengenai Tun Dr. Mahathir yang terus mendesak PM Najib. Beliau tetap dengan pendirian mahu PM Najib berundur demi menyelamatkan keadaan ekonomi negara yang kian meruncing.
Manakala PM Najib pula terus berdiam tanpa memberi sebarang reaksi. PM tetap berpendirian, bahawa beliau masih mempunyai sokongan kuat daripada ahli umno dan rakyat. Beliau beranggapan "Silent Majority" masih berdiri dibelakangnya.
Isu panas Tun M vs PM ini telah melahirkan pelbagai reaksi dan konflik. Dimana telah melahirkan klik yang pro Tun Mahathir. kemarahan rakyat terus membakar terhadap PM apabila kenyataan daripada Tun Mahathir yang hampir membongkar segala kelemahan dan kepincangan PM.
Sementara klik yang menyokong PM turut melahirkan rasa marah dan tidak senang diatas perlakuan Tun Mahathir. Mereka tetap mahu menyokong dan berdiri dibelakang PM walaupun kemarahan rakyat kian membuak selepas perlaksanaan GST.
GST bukan sahaja membebankan rakyat dari segi ekonomi. Malah, perlaksanaan GST juga menyebababkan ketidakstabilan politik didalam negara. Terbukti, bahawa perlaksanaan GST menyebabkan kerugian kepada ramai pihak. Malah kerugian itu turut melanda kerajaan dan PM sendiri.
— feeling hot.







Sunday, 5 April 2015

Kepanasan Dalam GST




Setelah beberapa hari GST dilaksanakan, telah melahirkan pelbagai reaksi dan kontroversi.Reaksi rakyat yang tidak berpuas hati dan menentang GST dengan membuat demostrasi diseluruh negara.


Kini, reaksi tidak puas hati ini telah berlaku dikalangan pro dan ahli umno sendiri. Mungkin mereka baru sedar akan kenaikan harga barang yang berlaku secara menyeluruh. Mengamuk apabila terkena batang hidung sendiri.


Manakala, dakwaan menteri bahawa banyak barang turun harga selepas GST telah menjadi ejekan rakyat. Mereka selolah-olah tidak berpijak dibumi nyata apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu.


Jika perkara ini berterusan, menteri tidak lagi akan dihormati oleh rakyat. Malah akan terus diejek dan rakyat akan terus hilang kepercayaan terhadap menteri di Malaysia.


Isu panas Tun Dr. Mahathir yang mendesak PM Dato Seri Najib juga turut menjadi perhatian. Malah menjadi isu yang paling panas ketika ini. Tindakan berani Tun telah mengejutkan ramai pihak.


Terbaru, Tun telah mengkritik PM secara terbuka dan mahu PM meletakkan jawatan. Malah, Tun turut mendakwa, Dato Seri Najib adalah PM yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.


GST baru saja terlaksana empat hari. Tetapi sudah berlaku pelbagai kontroversi. Jelas menunjukkan bahawa GST banyak memberi keburukan kepada rakyat dan negara.

‪#‎diGigitSampaiTulang‬
‪#‎KontroversiMakinPanas‬
#‎SepanasCuacadiMalaysia‬

feeling conflicted.
























Friday, 3 April 2015

Tun Dr. M Desak PM Najib


Tun Dr. Mahathir semakin lantang mengkritik Dato Seri Najib. Tun Dr. Mahathir terus mendesak PM. Tengku Razaliegh juga nampaknya memberi sokongan dan berdiri dibelakang Tun Dr. Mahathir dalam perkara ini.
Ada yang menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir, kerana menyifatkan PM sudah keterlaluan terhadap rakyat diatas tindakannya.
Ada pula yang menyokong PM Dato Seri Najib. Kerana mereka beranggapan Tun Mahathir keterlaluan. Tindakan yang boleh merosakkan parti dan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan. Mereka turut berpandangan, Tun Mahathir mahu mengangkat anaknya sendiri sebagai PM.
Namun, ada juga yang menyifatkan perkara ini seperti hukum karma. Mereka berpendapat, semua kepincangan yang dilakukan oleh Dato Seri Najib adalah berasal daripada Tun Dr. Mahathir sendiri.
Mereka mengatakan, kini Allah telah menunjukkan kepada Mahathir akan kesilapannya yang lalu telah menghukum rakyat dan memakan dirinya sendiri.
- rasa panas. 


Rakyat & GST


Secara keseluruhan dapat dilihat, bahawa masih ramai yang tidak faham akan GST. Sebahagian besar rakyat masih keliru dan kebingungan.
Namun, rakyat terpaksa akur dengan keputusan kerajaan yang melaksanakannya. Semua golongan, samada kaya, miskin, pengguna atau peniaga merasai bebannya.
Sebagai pengguna, bebannya sangat dirasai. Walaupun diwar-warkan didalam TV, harga barang tidak naik. Namun hakikatnya hampir semua harga barang keperluan dan perkhidmatan naik mendadak.
Begitu juga berperanan sebagai peniaga. Peniaga yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Secara lansung merasai bebanan yang berat. Ini kerana harga barangan daripada pembekal semuanya naik selepas GST.
Perubahan harga terpaksa dibuat, jika tidak syarikat akan menanggung kerugian. Namun, adakalanya terpaksa juga menggunakan harga yang sama. Walaupun keuntungan yang diperolehi sangat kecil.
Kenapa peniaga menaikkan harga kepada pengguna? Kerana pembekal yang menaikkan harga. Kenapa pembekal menaikkan harga kepada peniaga? Kerana pembekal atau pengeluar dikenakan GST oleh kerajaan.
- perasaan meh. 


                                                                                   
                                                                                






Wednesday, 1 April 2015

GST Oh GST....


Perlaksanaan GST pada 1 April 2015 adalah satu mimpi buruk buat rakyat Malaysia. Ramai yang takut dan bimbang. Terutama bagi para peniaga barangan dan perkhidmatan.
Ada yang berpandangan para peniaga yang paling untung. Namun hakikatnya, merekalah yang paling terbeban. Kerana kenaikan harga barang daripada pembekel, mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka.
Risiko kekurangan dan kehilangan pelanggan tersangat tinggi. Ini akan memberi tamparan dan tekanan yang hebat kepada peniaga. Terutama bagi peniaga kecil dan yang baru memulakan perniagaan.
Selain itu juga, GST ini akan memberi tekanan besar kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sedarhana. Ini kerana hampir semua harga barangan dan perkhidmatan mengalami kenaikan.
Dengan pendapatan yang sama, tetapi terpaksa mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan harga yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan rakyat yang miskin akan bertambah miskin.
Tidak mustahil, perlaksanaan GST ini akan meningkatkan lagi jumlah kemiskinan didalam negara. Akan meningkatkan lagi kes jenayah seperti kecurian, ragut dan rompakan. Malah, mungkin juga akan meningkatkan jumlah pesakit mental didalam negara.
Semua perkara itu tidak mustahil. Ini kerana, seseorang akan sanggup berbuat apa saja apabila berada didalam keadaan yang terdesak dan tertekan. Jika tidak, seseorang itu akan menghadapi tekanan yang melampau yang akan menyebabkan masalah mental.
Semua orang mesti bersedia sebaiknya untuk menghadapi perubahan yang baru ini. Langkah penjimatan semata-mata tidak memadai. Seseorang harus mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis sumber pendapatan pada masa yang sama.
— feeling conflicted.