Katogeri

Sunday, 30 November 2014

Qhadi, Orang Kristian & Bangunan Indah


Alkisah disebutkan bahawa di sebuah Kota Array terdapat seorang Qhadi yang kaya – raya. Suatu ketika kebetulan Hari Asyura. Seorang fakir miskin telah datang untuk meminta sedekah. Berkatalah Si Fakir itu.

Si Fakir : Wahai Tuan Qhadi, saya seorang fakir miskin yang mempunyai tanggunggan keluarga. Demi Kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada Tuan. Tolonglah berikan saya sedekah berupa 10 keping roti, 5 potong daging dan duit 2 dirham. 

Tuan Qhadi : Baiklah, nanti kamu datanglah selepas waktu Zohor! 

Selepas solat Zohor, Si Fakir itu menuntut janjinya. Namun sekali lagi Qhadi itu menyuruhnya datang selepas waktu Asar pula. Setelah selesai solat Asar, Si Fakir itu terus mendapatkan Qhadi itu. 

Namun Qhadi yang kedekut itu tidak menunaikan janjinya. Si Fakir itu kecewa. Ketika si Fakir itu berjalan - jalan, ia melintas didepan seorang kristian yang sedang berehat dilaman rumahnya. Lantas, Si Fakir itu terus meminta sedekah dan berlakulah perbualan antara mereka.

Si Fakir : Wahai tuan, saya seorang fakir miskin yang mempunyai tanggunggan keluarga. Demi Kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan drp Tuan.Tolonglah berikan saya sedekah berupa 10 keping roti, 5 potong daging dan duit 2 dirham. ”

Orang Kristian : Kehormatan hari ni...? Hari apakah hari ini? 

Si Fakir : Ya tuan... Hari ini adalah hari Asyura.

Si Fakir juga menceritakan kisah - kisah dan keistimewaan - keistimewaan Hari Asyura. Orang Kristian itu tertarik mendengar cerita Si Fakir itu dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Dengan segera dia telah menyediakan apa yang dihajatkan oleh Si fakir tersebut. Si Fakir itu pulang dengan hati dan berita yang gembira kepada keluarganya.

Manakala Qhadi yang kedekut itu pula telah bermimpi didalam tidurnya. “Angkat kepalamu!” kata suara didalam mimpinya. Sebaik saja dia mengangkat kepalanya, tiba - tiba tersergam dua buah bangunan yang sangat cantik lagi indah. Satunya diperbuat daripada batu-bata yang bersalut emas dan satu lagi diperbuat daripada yakut yang berkilau - kilau warnanya. Lalu Qadhi itu bertanya didalam mimpinya itu.

Tuan Qhadi : Ya Tuhan, untuk siapakah bangunan2 yg sangat cantik ini..?

Terdengar jawapan daripada suara didalam mimpinya itu. 

“Semua bangunan ini adalah untuk kamu seandainya kamu mahu memenuhi kehendak Si Fakir itu. Kini bangunan itu adalah dimiliki seorang kristian”

Apabila Qhadi itu tersedar dari mimpinya, dia terus mendapatkan orang Kristian yang dimaksudkan didalam mimpinya itu. Berlaku perbualan diantara mereka berdua.

Tuan Qhadi : Apakah amalan yang kau buat sehingga kau memperolehi pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?

Orang Kristian : Aku telah menunaikan hasrat seorang fakir miskin yang sangat memerlukan bantuan pada hari Asyura. Aku tidak sampai hati melihat keadaannya pada ketika itu. Lalu aku menunaikan permintaannya.

Tuan Qhadi : Juallah amal mu itu kepadaku dengan harga 100 ribu dirham.

Orang Kristian : Ketahuilah wahai Qhadi, sesungguhnya amal yang baik disisi Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi dan isinya.

Kata Qhadi : kenapa kamu begitu berkira, sedangkan kamu bukan Islam?

Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua khalimah Shahadah serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

*Melalui kisah ini, dapat kita ambil iktibar bahawa sikap pemurah adalah sangat dicintai oleh Allah. Allah akan memberi ganjaran yang sangat besar kepada mereka yang sangat suka bersedekah dan memenuhi kehendak orang lain. Allah akan membalas dengan berlipat kali ganda ganjaran kepada mereka yang bersedekah. Malah Allah akan melimpahkan rezeki kepada hambanya yang bersedekah dari arah yang tidak disangka sangka. 

Selain itu juga, kita juga tidak boleh menolak permintaan orang lain yang sangat memerlukan bantuan, apatah lagi jika kita adalah orang yang berkemampuan. Kisah ini juga mengingatkan kita tentang menunaikan janji kepada orang lain. Jika kita memungkir janji terhadap orang lain, berkemungkinan kita telah menyusahkan orang lain dalam banyak perkara. Jika ini terjadi, tidak mustahil nanti Allah akan menyulitkan pula urusan kita samada didunia mahupun di akhirat nanti.

Saturday, 29 November 2014

ANTARA DUA KAROHMAH



Dikisahkah mengenai seorang pemuda yang warak lagi alim pergi berkunjung ke rumah temannya yang sudah agak lama tidak lama bersua muka. Setelah menjelajah beberapa kawasan dan bukit bakau, akhirnya pemuda itu sampai ke rumah temannya. Sesampai dihadapan rumah, dia terus memberi salam. Salamnya dijawab oleh isteri temannya sambil berkata :

“ Suami aku tak ada di rumah... dia pergi mencari kayu api.... aku harap dia tidak akan pulang lagi. “

Pemuda itu sangat terperanjat dgn perlakuan isteri temannya itu. Malah, isteri temannya itu juga turut mencaci – maki suaminya sendiri. Dia berasa hairan dengan apa yang diperkatakan wanita itu. Kerana sepengetahuannya, temannya itu adalah seorang yang beragama, alim lagi warak.

Setelah beberapa lama, temannya pulang membawa kayu api bersama seekor harimau yang juga turut menggonggong kayu api. Harimau itu berada disebelahnya. Setelah dia memberi isyarat, harimau itu pun meletakkan kayu di kawasan rumah dan terus meninggalkan tempat itu tanpa menoleh lagi. Pemuda itu sangat terkejut dan kagum melihat peristiwa ajaib itu. Dia tertanya - tanya apakah amalan temannya sehingga mendapat darjat karohmah yang sebegitu rupa. Pemuda itu telah dijemput masuk oleh temannya. 

Sepanjang dia berada didalam rumah temannya, isteri temannya itu asyik membebel,memarahi dan mencaci temannya itu. Tetapi temannya itu tetap tenang dan riak wajahnya juga lansung tidak menunjukkan perubahan apatah lagi melinting terhadap isterinya. Setelah itu, temannya mengajak pemuda itu untuk melihat tempat temannya membakar besi untuk dijadikan senjata.

Sekali lagi pemuda itu terperanjat apabila temannya memegang besi panas tanpa memakai sarung tangan atau pengepit. Temannya itu selamba memegang besi panas dan tenang melakukan kerjanya. Setelah temannya menyelesaikan kerjanya, dia bertanya apakah amalan temannya itu sehingga memperolehi karohmah seperti itu. Tetapi temannya hanya tersenyum dan tidak berkata apa - apa. Setelah beberapa lama, pemuda itu meminta diri untuk pulang.

Beberapa tahun selepas itu, Pemuda itu sekali lagi menziarahi temannya itu. Sesampai sahaja di rumah temannya, dia terus memberi salam. Salamnya disambut dengan suara yang lemah – lembut. Isteri temannya memberitahu dengan penuh sopan.

“ Suami saya pergi mencari kayu api, InsyaAllah dia akan pulang tak lama lagi.... maaf saya tak dapat menjemput kamu kerana suami saya tiada dirumah... ” 

terdengar suara yang lembut dan lunak itu disebalik pintu. Pemuda itu menunggu diluar rumah temannya. Seketika kemudian, temannya pulang sambil memikul kayu api. Kali ini temannya hanya berseorangan. 

Tiada lagi ditemani oleh harimau seperti sebelum ini. Temannya itu kelihatan sangat letih dan berpeluh seluruh badan. Dia telah dijemput masuk ke rumah. Isteri baru temannya itu menyambutnya dengan penuh mesra. Dia juga dihidangkan dengan makanan yang banyak dan enak - enak. Selesai makan, dia dijemput temannya dikawasan belakang rumah tempat temannya membakar besi. 

Kali ini temannya mengggunakan penggepit untuk memegang besi yang dipanaskan. Berbeza dengan sebelum ini, temannya itu hanya menggunakan tangan untuk memegang besi yang panas itu. Pemuda itu agak kehairanan dan tertanya - tanya. Selepas beberapa lama sebelum berangkat pulang, pemuda itu bertanya kepada temannya akan keadaannya yang sangat berbeza dengan sebelum ini. Sambil tersenyum, temannya menjawab.

“Sebelum ini aku mendapat karohmah kerana aku bersabar dengan karenah bekas isteriku yang sangat teruk. Walaupun dia suka membebel dan mencaci, namun aku diam dan sabar. Allah mengurniakan aku karohmah dengan mendapat pembantu seekor harimau dan tanganku kebal dari kepanasan api. Tetapi, isteriku itu telah meninggal dunia setahun yang lalu. Aku telah berkahwin lagi. Kali ini aku dijodohkan dengan seorang perempuan yang muda, cantik lagi solehah. Tiada lagi bebelan dan celaan tetapi penuh dengan belaian, kelembutan dan layanan yang penuh dengan kasih sayang... Itulah karohmah yang dikurniakan kepadaku sekarang....”

*Iktibar yang boleh diamabil melaui kisah ini... sesungguhnya, ganjaran bagi orang – orang yang sabar sangatlah tinggi. Malah Allah akan meningkatkan darjat seseorang manusia yang bersabar disisi-Nya. Orang – orang yang mampu bersabar adalah daripada kalangan manusia yang terpilih. Jika kita mampu bersabar dengan setiap ujian yang Allah datangkan, nescaya Allah akan gantikan ujian itu dengan ganajaran yang sangat besar dari arah yang tidak disangka – sangka. Jika ganjaran itu tidak kurniakan didunia, nescaya akan dikurniakan semasa di negeri Akhirat. Sepertimana kisah ini, Allah memberi ganjaran dan darjat yang tinggi kepada seorang suami yang dapat bersabar dengan karenah seorang isteri.



Thursday, 27 November 2014

Teguran Dari Seorang Budak Kecil


                                                         

Pada Suatu Ketika Imam Abu Hanifah keluar berjalan – jalan di kawasan kampungnya. Ketika beliau sedang menikmati keindahan alam dikampungnya sambil berjalan – jalan , beliau telah terserempak dengan seorang budak kecil. Budak kecil itu sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau menegur budak kecil itu.

Imam Abu Hanifah : Wahai budak, jaga – jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang kamu akan tergelincir nanti...

Budak kecil itu mengucapkan terima kasih dia atas perhatian Imam Abu Hanifah kepadanya. 
Budak kecil itu tiba – tiba bertanya.

Budak Kecil : Wahai tuan, siapakah nama tuan ini...? 

Imam Abu Hanifah : Namaku Nu’man...

Budak Kecil : Oh... rupa – rupanya tuanlah yang digelar Al-Imam Al-Adzam (Imam yang sangat hebat) itu...?” 

Imam Abu Hanifah : Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun, ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya... 

Budak Kecil : Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu, yang jika aku tergelincir sekalipun hanya didunia semata2.... Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir didalam neraka Allah lantaran angkuh dan berbangga – bangga....

Menangis Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada budak kecil itu. Kerana Akhlak yang baik lagi mulia, Imam Abu Hanifah bukan sahaja menerima teguran anak kecil itu. Malah beliau mengalirkan air mata kerana beliau sangat terharu. Beliau juga sangat takut kalau – kalau tergelincir sepertimana yang diperkatakan oleh budak kecil itu tadi kepadanya.


*Melalui kisah ini dapat kita ambil iktibar, bahawa kita mesti berhati2 dengan pangkat, gelaran atau pujian manusia terhadap kita. Kerana akan menyebabkan penyakit hati yang boleh menyebabkan kita tergelincir ke Neraka Jahanam. Kita juga jangan menilai seseorang dari umurnya. Kita seharusnya menerima teguran atau nasihat yang bermanfaat walaupun dari seorang anak kecil...



Kerana Anjing Bermata Empat


Nama sebenar Nabi Nuh A.S bukanlah Nuh, tetapi suatu nama lain yang tidak diketahui. Walaupun Allah S.W.T menyebut nama Nuh didalam Al – Quran. Dalam Bahasa Arab, “Nuh” bermaksud raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh? Sebenarnya disebalik nama ini terdapat kisahnya yang sangat menarik dan menjadi teladan yang berguna untuk seluruh umat manusia. 

Pada suatu hari, seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapan Nabi Nuh. Rupa anjing itu tidak seperti anjing – anjing biasa yang lain didunia. Anjing itu bermata empat. Sudah tentu keadaan fizikalnya menarik perhatian ramai manusia termasuk Nabi Nuh sendiri pada zaman itu. 

Nabi Nuh pun menyuruh anjing itu berhenti didepannya. Dengan izin Allah, Nabi Nuh boleh bercakap dengan anjing itu. Lalu baginda bertanya.

Nabi Nuh : Wahai anjing, aku lihat wajah kau ini sangat hodoh. Engkau bermata empat tidak seperti anjing – anjing yang lain. Mengapa wajah kau jadi begini wahai anjing yang pelik?” 

Anjing Bermata Empat : Kau tanya siapa yang menjadikan aku dan juga engkau. Kau fikir aku yang mahu muka ku ganjil begini? Bermata empat begini...? Kau tanyalah sendiri kepada Tuhan yang menciptakan aku, kau dan dunia ini....

Setelah mendengar jawapan daripada anjing itu, Nabi Nuh pun terus meraung dan menangis tidak henti – henti. Baginda berasa sangat menyesal kerana menyedari kesalahannya. Baginda telah mengkritik kejadian Allah. Bermakna baginda telah mengkritik Allah itu sendiri. 

Baginda terus memohon ampun diatas pertanyaannya yang tidak sengaja. Oleh kerana penyesalan bainda yang amat sangat dan kerana pertanyaan yang tidak sengaja, lalu Allah mengampunkan dosa baginda. 

Sejak peristiwa itu, baginda dipanggil sebagai Nuh yang bermaksud raungan dan nama baginda sebagai Nabi Nuh terus terpahat dan kekal didalam Al – Quran sehingga kiamat.


*Allah S.W.T telah mencipta makhluknya dalam pelbagai wajah dan bentuk fizikal. Semua adalah kehendakNya. Setiap ciptaanNya mempunyai kelebihan yang tersendiri samada disedari oleh makhluk itu ataupun tidak. Ramai manusia berbangga – bangga dengan rupa paras yang cantik dan menawan. Mereka lupa bahawa itu semua hanyalah pinjaman yang sementara. 
Mereka memandang jelik kepada orang lain yang mempunyai wajah yang hodoh pada pandangan mata mereka. Mereka terlupa bahawa rupa bagaimanapun seseorang itu, samaada cantik, kacak atau hodoh semuanya sama pada pandangan Allah. 
Rupa yang cantik atau tampan tidak akan membatu seseorang orang di Akhirat kelak. Lansung tidak membantu. Kita seharusnya sedar. Rupa yang elok sebenarnya terselindung tengkorak yang hodoh. Kita semuanya sama. Yang membezakan antara kita adalah amalan, pahala dan keikhlasan hati kita menerima setiap ketentuan Allah.

Antara Kemewahan Dunia & Kesenangan Akhirat


Pada suatu ketika, terdapat dua orang nelayan yang sedang berbual. Seorang nelayan beragama Islam dan seorang lagi kafir. 

Nelayan Kafir : Hari ini aku mahu mencabar kamu menjala ikan. Aku mahu tengok, adakah Allah yang kamu katakan Tuhan yang menciptakan alam ini akan membantu kamu. Kita tengok, siapakah antara kita yang dapat menangkap ikan lebih banyak. Kita akan dapat lihat nanti, tuhan siapakah yang lebih benar. Tuhan kamu pasti akan memberi kamu lebih banyak tangkapan nanti, kerana kamu adalah hambanya, begitu jua aku....

Nelayan Islam itu hanya tersenyum sebagai tanda bersetuju. Setelah sampai di sebuah sungai, kedua - dua nelayan itu mengambil tempat masing – masing. Kedudukan antara mereka tidak terlalu jauh. Selepas beberapa ketika, kedua – duanya memulakan aksi mereka memukat jala.

Tidak lama kemudian, si nelayan kafir telah mendapat ikan yang banyak dijalanya. Dia sangat gembira dan ketawa bedekah – dekah. Manakala nelayan Islam itu tidak mendapat apa – apa tangkapan. Tetapi dia masih tersenyum dan didalam hatinya sentiasa berzikir dan memuji – muji Allah S.W.T. Makin lama, makin banyak tangkapan yang diperolehi oleh si nelayan kafir itu. 

Bakul yang di bawa oleh si nelayan kafir itu telah penuh, walaupun tangkapannya belum pun sampai setengah jam. Manakala nelayan Islam itu pula masih belum dapat seekor ikan pun. Setelah sejam masa berlalu, tiba – tiba seekor ikan besar telah masuk ke dalam jaring jala nelayan Islam itu. Nelayan Islam menariknya keatas tanah. Ikan itu sangat besar. 

Hampir sama besar dengan nelayan Islam itu. Di atas darat, nelayan Islam itu terpaksa bergelut dengan tangkapannya. Dia memeluk erat ikan itu. Namun sayangnya pelukannya terlolos kerana ikan itu kuat meronta, tambahan pula badan ikan itu sangat licin.

Ikan besar itu berjaya melepaskan diri dan terus hilang didalam sungai itu. Namun nelayan Islam itu lansung tidak menunjukkan riak wajah yang kecewa. Dia tetap tersenyum dan mengucapkan syukur kepada Allah berulang kali didalam hatinya. Manakala si nelayan kafir itu tidak putus – putus ikan masuk ke dalam pukat jalanya. 

Makin waktu berlalu, makin bertambah bilangan ikan yang diperolehinya. Si nelayan kafir itu ketawa berdekah – dekah sebagai tanda gembira dan perli kepada nelayan Islam itu. Akhirnya, waktu pun sudah hampir senja. Kedua – duanya berhenti. Si nelayan kafir itu mendapat tangkapan yang sangat banyak. Dia berasa tersangat puas hati.

Malah dia semakin bertambah yakin dengan kepercayaannya, bahawa pegangannya adalah benar dan pegangan nelayan Islam itu pula batil. Nelayan kafir itu terus memgejek nelayan Islam, dengan mengatakan bahawa tuhannyalah yang benar, kerana dia yang telah mendapat banyak ikan pada hari itu, sambil ketawa berdekah – dekah. 

Manakala nelayan Islam itu tidak mendapat sebarang tangkapan. Dia terpaksa pulang dengan tangan kosong. Namun dia tetap tesenyum dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ tidak henti - henti sebagai tanda syukur kepada Allah.

Pada saat itu seorang Malaikat telah bertanya kepada Allah S.W.T mengenai perkara ini. 

Malaikat : Ya Allah, kenapakah Engkau tidak memberi rezeki kepada nelayan Islam itu...? Kenapa melimpahkan rezeki pula kenapa nelayan kafir itu pula..? Wahai Allah... kenapa terjadi begitu rupa...?

Lalu Allah S.W.T memperlihatkan keadaan kedua – dua nelayan itu apabila di Akhirat. Pada permulaannya Allah menunjukkan keadaan nelayan kafir. Nelayan kafir itu berada didalam neraka yang penuh azab dan siksa.

Manakala, keadaan nelayan Islam itu pula berada didalam syurga yang penuh dengan nikmat. Allah memberi ganjaran kepadanya kerana kesabaran dan sifat syukurnya kepada Allah, walaupun hidup dalam kesempitan dan mengalami pelbagai kesukaran.

Malaikat : Subhanallah... jika beginilah keadaan sebenar yang akan mereka hadapi, sesungguhnya lansung tidak memadai bagi nelayan kafir itu. Sungguhpun dia memiliki dunia dan isinya sekalipun. Kerana balasan neraka tersangatlah azab siksanya. Manakala bagi nelayan Islam itu pula, dia sangat bertuah walaupun hidupnya susah dan kesempitan di dunia. Kerana ganjaran syurga yang bakal dia terima adalah teramat besar dan indah...


*Iktibar yang boleh kita ambil melalui kisah ini adalah mengenai pegangan kita kepada Allah. Pada suatu saat Allah menguji seseorang hambanya yang beriman pada saat kesukaran dan kesempitan. Manakala, manusia yang tidak beriman diberi Nya kemewahan dan kesenangan hidup didunia. Namun, kita jangan sesekali kecewa dengan kesempitan yang kita alami didunia. Sememangnya dunia ini adalah syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang Islam. Sesungguhnya jika dibandingkan Akhirat, nilai dunia ini sebenarnya hanyalah sama nilainya dengan sebelah sayap seekor nyamuk.

Wednesday, 26 November 2014

Antara Miskin & Kaya



Pada suatu ketika di Zaman Nabi Musa A.S, telah datang seorang yang miskin mengadap Nabi Musa. Dia begitu miskin. Pakaiannya compang – camping dan sangat lusuh berdebu. Orang miskin itu kemudian berkata kpd Nabi Musa.

Orang Miskin : Ya Nabi Allah Musa tolong sampaikan permohonanku kpd Allah S.W.T, agar Allah S.W.T menjadikan aku seorang yang kaya. 

Nabi Musa hanya tersenyum dan berkata kepada Orang Miskin itu.

Nabi Musa : Saudaraku banyak - banyaklah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T

Orang miskin itu terkejut dan kecewa, lalu berkata.

Orang Miskin : bagaimana aku mahu banyak bersyukur? Aku makan pun jarang dan pakaian yang aku pakai pun hanya sehelai ini sahaja!

Akhirnya, Orang Miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. 

Beberapa lama kemudian, seorang yang kaya datang mengadap Nabi Musa. Orang Kaya tersebut bersih dan rapi pakaiannya. Lalu dia berkata kepada Nabi Musa.

Orang Kaya : Wahai Nabi Allah Musa, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini agar aku dijadikan seorang yang miskin. Terkadang aku berasa sangat terganggu dengan hartaku itu.

Nabi Musa tersenyum lalu berkata kepadanya. 

Nabi Musa : Wahai Saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T. 

Orang kaya itu terkejut dengan apa yang apa diungkapkan oleh Nabi Musa, lalu dia berkata.

Orang Kaya : Bagaimana pula untuk aku tidak mahu bersyukur kepada Allah S.W.T? Allah telah memberiku mata untuk melihat, Allah telah memberi telinga untuk aku mendengar, Allah telah memberiku tulang empat kerat lagi tenaga untuk aku bekerja dan telah memberiku kaki untuk berjalan diatas muka bumiNya. Bagaimana mungkin untuk aku tidak mensyukurinya....?

Setelah itu, Orang Kaya itu pun pulang ke rumahnya. 

Kemudian yang terjadi adalah, Allah telah menambahkan lagi kekayaan Orang Kaya itu. Ini kerana dia selalu bersyukur kepada Allah. Manakala Orang Miskin itu pula menjadi bertambah miskin. Allah telah menarik segala kenikmatan dari Nya sehingga Orang Miskin itu tidak memiliki sehelai pakaian pun melekat ditubuhnya. Ini semua kerana dia tidak mahu bersyukur kepada Allah malah telah menyalahkan Allah kerana kemiskinannya.

*Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini adalah sifat syukur. Kita mesti sentiasa bersyukur kepada Allah dalam keadaan apa sekalipun. Kita tidak boleh sentiasa merintih akan nasib kita itu. Malah kita mesti berikhtiar dan berusaha, disamping kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kita merubah diri kita. 
Berbanding dengan mereka yang langsung tidak sempat untuk berubah kerana dua perkara. Dua perkara yang menghalang untuk manusia berubah ialah mati. Iaitu mati setelah tiba ajal dan mati sebelum tiba ajal. Lebih malang adalah mati sebelum tiba ajal. Iaitu, hatinya telah mati, hitam dan kotor. Apabila berlaku keadaan seperti ini, seseorang itu tidak lagi menerima perkara-perkara baik didalam hidupnya. Hidupnya hanya menumpukan kepada dunia dan hanya mengumpul dosa semata - mata.



350 Tahun Ibadah Namun Ke Neraka



Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Musa A.S. Suatu ketika, Nabi Musa berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Secara tidak sengaja, Nabi Musa telah terserempak dengan seorang umatnya yang sedang beribadah. Umur orang itu sudah lebih 500 tahun. Orang itu merupakan seorang yang sangat warak dan kuat beribadah. 

Lalu Nabi Musa menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara, Ahli Ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa : “Wahai Nabi Allah, aku telah beribadah selama 350 tahun tanpa melakukan dosa. Di Syurga manakah Allah akan tempatkan aku nanti..? Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa mengabulkan permintaan ahli ibadah itu. 

Setelah itu Nabi Musa telah bermunajat dan bermohon kepada Allah. Kerana ingin mengetahui Syurga manakah Allah akan tempatkan kepada ahli ibadah itu nanti. Allah berfirman, : “Wahai Musa, sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya didasar Neraka Ku yang paling dalam”. 

Nabi Musa kemudiannya mengkhabarkannya kepada ahli ibadah itu apa yang telah difirmankan oleh Allah. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih dia beredar dari hadapan Nabi Musa. Setelah tiba waktu malam, ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaannya. 

Dia juga terfikir akan keadaan saudara – saudaranya, teman – teman dan orang lain yang baru beribadah. Kebanyakan saudara dan teman – temannya baru beribadah 200 tahun, 300 tahun dan mereka belum beribadah sebanyak dirinya. 

Dia mula terfikir akan nasib saudara dan teman – temannya. Bagimanakah kehidupan mereka dan di mana lagi tempat untuk mereka di akhirat kelak. Pada keesokan harinya, ahli ibadah ibu mendatangi Nabi Musa. Dia berkata : “ Wahai Nabi Allah, aku rela Allah memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, tetapi aku ada satu permintaan. Aku mohon agar di akhirat kelak, tubuhku ini dijadikan sebesar – besarnya. 

Sehingga tertutupnya pintu – pintu Neraka oleh tubuhku supaya tidak ada seorangpun yang masuk ke dalamnya...” Nabi Musa menyampaikan permohonan ahli ibadah itu kepada Allah SWT. Setelah itu, Allah SWT berfirman, : Wahai Musa, sampaikanlah kepada umat mu itu bahawa sekarang Aku akan tempatkan dia di Syurga-Ku yang paling tinggi...” 


*Iktibar daripada kisah ini... Masuknya ke Syurga seseorang manusia bukanlah kerana amalan atau pahalanya. Tetapi kerana Rahmat Allah. Oleh sebab itu, kita tidak boleh bermegah – megah dengan amalan yang kita lakukan. Kerana perasaan yang bermegah – megah akan lahirnya penyakit hati. Iaitu Riak dan Sum’ah. Apabila hadirnya kedua – dua sikap ini didalam hati manusia, maka segala amalannya akan terlupus. Sepertimana daun kering yang dibakar api. 

Monday, 24 November 2014

Ulamak, Paderi Kristian & Penjual Kacang


Disebuah kampung kecil terdapat penduduk yang hidup secara serba sedarhana. Ramai dikalangan mereka yang bekerja sebagai nelayan dan petani. Terdapat juga segolongan kecil dari kalangan mereka mencari rezeki dengan berniaga. Mereka sangat kuat dengan berpegang kepada ajaran Islam yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Pada suatu ketika, kampung mereka telah dikunjungi oleh sekumpulan paderi Kristian. Tujuan kedatangan kumpulan paderi Kristian itu adalah bertujuan untuk menyampaikan kepercayaan mereka kepada penduduk kampung. Mereka juga bersedia untuk berdialog secara aman dengan ulamak, ustaz atau penduduk kampung yang berminat. Kumpulan paderi itu telah menyiapkan pentas yang lengkap dengan khemah untuk penduduk kampung yang akan hadir nanti.

Mereka juga menwar – warkan program mereka diseluruh kampung melalui risalah yang mereka edar dari pintu ke pintu. 


Perkara ini telah sampai kepada seorang ulamak yang disegani dikampung itu. Ulamak itu telah berjumpa dengan salah seorang paderi dan memberitahu bahawa dia sangat berminat untuk berdialog dengan kumpulan paderi itu. Wakil paderi itu menyambutnya dengan baik. Mereka telah bersetuju untuk berdialog apabila hari yang ditetapkan itu tiba.

Setelah beberapa hari berlalu,hari yang telah ditetapkan telah pun tiba. Kelihatan penduduk kampung telah memenuhi setiap ruang yang telah disediakan. Namun, ulamak yang dimaksudkan masih belum tiba. Wakil kumpulan paderi itu telah memulakan ceramahnya. Dia menyampaikan mengenai agama kristian dengan baik kepada penduduk kampung yang telah berkumpul.

Pada saat itu, Ulamak itu sedang berlari – lari anak. Dia melalui kawasan lorong peniaga untuk melalui ke tempat ceramah paderi Kristian itu. Semasa melalui lorong itu, Ulamak tadi telah di tegur oleh seorang penjual kacang.

Penjual Kacang : Assalamualaikum Sheikh... nampak macam nak cepat aje... nak kemana?

Ulamak :Waalaikummussalam... saya mahu ke tempat ceramah yang paderi Kristian anjurkan. Saya mahu berdialog dengannya. Saya agak lambat sedikit kerana merawat ibu saya yang sedang sakit.

Penjual Kacang : Owh... nak kesana. Sekejap. Saya nak tutup gerai dan mahu bersama sheikh kesana nanti. Tetapi, biar saya yang bertanya kepada mereka dahulu. Selepas saya bertanya, barulah Tuan Sheikh berdialog dengan mereka.

Ulamak : Apa yang awak mahu tanya mereka nanti? Mereka itu bukan orang kristian biasa. Mereka adalah paderi. Berhati – hati bila bertanya nanti. Bimbang kamu yang akan emosi nanti. Jaga akhlak kamu sebagai orang mukmin.

Penjual Kacang :Tuan Sheikh tunggu sahaja nanti. Soalan saya biasa – biasa sahaja. InsyaAllah, saya akan jaga akhlak saya. Lagipun, Tuan Sheikh ada bersama saya. Jangan bimbang. Jom kita pergi. Saya dah tutup gerai ni.

Mereka berdua pun berjalan bersama – sama menuju ke tempat ceramah yang dianjurkan oleh kumpulan paderi itu. Sesampainya mereka disitu,mereka telah disambut oleh beberapa orang paderi. Manakala wakil paderi itu terus berhenti berucap. Paderi itu terus mengalu – alukan kedatangan Ulamak itu. Ulamak telah meminta maaf diatas kelewatan beliau.

Ulamak terus memberitahu bahawa sebelum dialognya antara beliau dan wakil paderi itu bermula, beliau mahu memberi peluang kepada penjual kacang. Ulamak telah memberitahu bahawa penjual kacang itu mahu bertanya beberapa soalan terlebih dahulu. Wakil paderi membenarkannya. Bermulalah dialog antara penjual kacang dan wakil paderi itu.

Penjual Kacang : Maaf, saya inginkan sedikit pencerahan tentang agama kamu. Adakah benar
Menurut agama kamu, Tuhan itu ada isteri dan anak?

Wakil Paderi : Terima kasih kerana bertanya. Iya, menurut agama kami Tuhan mempunyai
Isteri dan anak.

Penjual Kacang : Berapa orang isteri yang Tuhan kamu ada? Berapa ramai pula anak yang
Tuhan kamu ada?

Wakil Paderi : Tuhan kami hanya ada seorang isteri dan seorang anak.

Penjual Kacang : Biar betol? Hanya seorang isteri dan seorang anak? Sheikh(Ulamak) ada dua orangIsteri. Saya pula ada sepuluh orang anak. Walaupun saya hanya ada seorang isteri. Takkan Tuhan kamu bersifat kurang daripada makhluk? Tuhan kami adalah Allah. Dia adalah Yang Maha Esa. Tiada dua bagi Nya. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Malah tiada seorang pun yang setara dengan Nya.

Wakil paderi itu hanya membisu seribu bahasa. Manakala paderi yang lain mengemaskan barangan mereka. Setelah mereka bersalaman dengan Ulamak, mereka meninggalkan tempat dan kampung itu tanpa sebarang jawapan. Semua penduduk kampung saling berpandangan dan berbisik antara satu sama lain. Setelah itu, mereka melaungkan takbir dengan kuat secara serentak sehingga bergema kampung itu dengan khalimah “Allahhuakbar!” berulang kali.

*Kita hendaklah sentiasa kuat dengan tauhid kita kepada Allah S.W.T. Kerana dengan tauhidlah yang akan menyelamatkan akidah kita. Akan menyelamatkan iman kita sebagai seorang muslim. Malah akan menyelamatkan kita didunia dan di akhirat kelak. Manakala soal agama bukan hanya menjadi tanggungjawab ulamak, pak ustaz dan pak imam semata – mata. Walauapapun karier atau pekerjaan kita, soal agama tetap menjadi tanggungjawab kita. Kerana setiap daripada kita adalah khalifah yang dilantik oleh Allah di muka bumi Nya ini.

Sunday, 23 November 2014

Pak Mat Beruk & Anak Tunggalnya



Pak Mat merupakan seorang guru pelatih beruk yang terkenal dikampungnya. Semua penduduk kampung mengenali Pak Mat. Penduduk kampung menggelarkan Pak Mat sebagai Pak Mat ‘Beruk’ kerana Pak Mat sangat senonim dengan beruk kesayangannya. 

Kemana sahaja Pak Mat pergi, beruknya akan menemani Pak Mat. Beruk itu akan berada didepan basikal yang dibawa oleh Pak Mat. Namun, panggilan Pak Mat Beruk itu kurang disenangi oleh anak Pak Mat, iaitu Dollah.

Dollah akan mengamuk apabila dia terdengar orang kampung memanggil bapaknya dengan panggilan ‘beruk’ dibelakang nama bapaknya. Bagi Dollah, ia adalah gelaran yang sangat memalukan. 

Gelaran seperti itu juga adalah penghinaan kepada bapaknya. Banyak kali Dollah melarang orang kampung daripada memanggil gelaran seperti itu. Namun masih ada yang tetap memanggil gelaran itu, malah ada yang memperlinya. 

Apabila orang mempermainkan nama bapaknya, Dollah akan menumbuk muka orang itu. Yang terbaru, anak Tok Penghulu menjadi mangsa Dollah. Dollah telah menumbuknya kerana anak Tok Penghulu mempermainkan nama bapaknya. 

Baginya, dia akan mempertahankan nama bapaknya selagi dia masih hidup. Baginya, itulah tangggungjawab dan perjuangannya sebagai seorang anak.
Suatu petang dikawasan padang, Dollah keluar bermain wau bersama seorang kawannya. Ketika Dollah sedang asyik memegang tali waunya, dia telah disapa oleh seorang budak kecil.

Budak Kecil : Abang Dollah, Pak Mat Beruk ada kat rumah tak? Ayah saya mahu mengupah
beruknya petik buah kelapa petang karang.

Dollah yang mendengar budak kecil itu memanggil bapaknya seperti itu, dia terus terasa marah. Mukanya merah kemerahan menandakan hatinya sedang membara. Tangannya pula melepaskan tali wau perlahan – lahan tanpa dipedulikannya. Dollah menatap tajam budak kecil itu. Kawannnya yang ada bersama Dollah terus memeluk belakang Dollah kerana bimbang Dollah akan mengapa – apakan budak kecil itu. Lalu Dollah berkata.

Dollah : Woi budak! Kurang ajar kau nie! Panggil nama bapak aku elok – elok.
Pecah kepala kau aku kerjakan nanti!

Budak Kecil : Kenapa Abang Dollah marah? Memang itulah nama Pak Dollah. Semua orang 
panggil Pak Dollah Beruk kepadanya. Sebab dia cikgu beruk yang hebat. 

Dollah : Aku pantang orang panggil bapak aku macam tu! Aku tak suka! Hanya aku 
Sorang saja yang boleh panggil macam tu! Sebab dia bapak aku! Aku sanggup 
mati pertahankan nama bapak aku!

Budak Kecil : Kenapa Abang Dollah hanya sanggup pertahankan namanya sahaja? Kenapa
Tidak taat kepada perintahnya pula? Semua orang tahu Pak Mat Beruk 
Sanggup menjual tanahnya supaya Abang Dollah sambung belajar. Tapi 
Abang Dollah buat hal sampai kena buang Kolej. Selalu melawan cakap Pak 
Mat. Selalu tengking – tengking dia. Kesian orang tua tu. Tapi bila orang 
panggil nama panggilannya mengamuk pulak. Kononnya mahu pertahankan
namanya. Abang Dollah dah besar. Fikirlah sikit... jangan ikut hati aje.

Setelah mendengar kata – kata budak kecil itu Dollah terdiam dan terpaku. Dia mula menyedari kesilapan dan dosanya terhadap bapaknya selama ini. Dia hanya berlagak menjadi anak yang baik. Padahal semua orang tahu bahawa dia bukanlah seorang anak yang baik. Dia sudah banyak menyusahkan hidup bapaknya yang ibarat kais pagi makan pagi untuk menanggung perbelanjaan semasa dia belajar di kolej. Dollah terus berlari pulang ke rumahnya sambil menangis.

Sesampai sahaja dirumah dia terlihat bapanya yang sedang mengajar seekor beruk memetik kelapa. Dia terus memeluk bapanya dengan erat. Dollah meminta maaf berulang kali sambil menangis teresak – esak. Pak Mat hanya tersenyum dan menggosok kepala anak tunggalnya itu. Pak Mat menitiskan air mata tanda terharu dan gembira. Pak Mat berasa sangat bersyukur kepada Allah kerana doanya selama ini telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

*Kita hendaklah sentiasa menjaga hati orang tua kita. Kerana redha Allah adalah bergantungnya redha orang tua terhadap kita. Manakala kita juga harus sedar akan setiap perlakuan kita. Kerana terkadang, kita ego dengan pendirian yang salah menyebabkan kita berada dilandasan munafik. Jika ini terjadi, kita akan sentiasa berada dalam keadaan rugi didunia mahupun di Akhirat.







Saturday, 22 November 2014

Disangka Syahid Rupanya Dihumban Neraka




Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. Ketika barisan perang Islam berehat dari sebuah medan pertempuran, Rasulrullah dan para sahabat telah berkumpul. Mereka berbincang mengenai strategi seterusnya dan juga tentang peristiwa – peristiwa dahsyat yang telah berlaku disepanjang peperangan itu. Didalam perbincangan itu,mereka begitu kagum dengan salah seorang sahabat mereka iaitu Qotzman. Qozman dianggap seorang perwira yang sangat berani. Semasa dimedan tempur beliau seperti singa lapar yang mnyerang mangsanya.

“Tidak ada seorang pun dikalangan kita yang dapat menandingi kehebatan dan keberanian Qotzman.” Kata salah seorang sahabat. Tiba – tiba Rasurullah berkata, “ Sebenarnya, dia itu adalah golongan penduduk neraka.” Para sahabat berasa hairan dan sangat terkejut mendengar kata – kata yang diungkapkan oleh baginda. 

Kerana apa yang mereka tahu, Qotzman adalah seorang pejuang Islam yang telah mengorbankan nyawanya untuk menegakkan syiar Islam. Bagaimana pula dia telah ditempatkan ke neraka. Para Sahabat saling berpandangan antara satu sama lain. Rasulrullah sedar bahawa para Sahabat sangat terkejut dengan apa yang telah diungkapkan oleh baginda. 

Lalu baginda berkata, “ Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama – sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya berlumuran darah. Dengan segera Qoztman meletakkan pedangnya ke atas tanah, mata pedangnya pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu kedalam dadanya.”

“Qotzman melakukan perkara sebegitu kerana dia tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi dia telah membunuh diri. Apabila orang lain melihat keadaannya yang parah, ramai yang menyangka dia telah syahid. Tetapi hakikatnya dia adalah salah seorang penghuni neraka.”

Kata Rasurullah. Semua para Sahabat terdiam dan terpaku apabila mendengar ungkapan Rasulrullah. Rasurullah berkata lagi, “Sebelum Qotzman mati dia pernah memberitahu aku...” kata – katanya berbunyi, “ Demi Allah, aku berperang bukan kerana agama tetapi semata - mata mahu menjaga kehormatan Kota Madidah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraiys. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

*Melalui kisah ini dapat kita ambil iktibar mengenai niat kita dalam sesebuah perjuangan. Kita mesti berhati – hati akan niat kita, apabila mahu berada dilandasan sesebuah perjuangan. Jika kita berjuang kerana mahu menegakkan agama Allah. Kita akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan ditempatkan di Syurga. Namun jika kita berjuang hanya kerana kaum atau bangsa, kita belum tentu akan mendapat pertolongan daripada Allah. Kita juga tidak boleh berjuang kerana bangsa melebihi agama. Apabila ini terjadi, mungkin kita akan melakukan perkara yang sia –sia. Kita bukan sahaja tidak mendapat tempat di sisi Allah, malah kita akan dihumban ke dalam Neraka.



Wednesday, 19 November 2014

Rasulrullah, Jin Islam & Berhala Yang Bercakap



Diriwayatkan bahawa semasa dizaman Rasulrullah terdapat seorang lelaki yang bernama Al-Wahid ibnul-Harits. Dia adalah seorang kafir Quraiys yg kaya raya. Dia mempunyai 2 patung berhala yg dibuat daripada campuran emas dan perak. Berhala tersebut juga telah dihias dengan intan dan mutiara sehingga kelihatan indah lagi mewah.

Al-Wahid telah meletakkan berhalanya itu berdekatan dengan rumahnya. Suatu ketika, Al-Wahid telah menyembah berhala itu selama 3 hari berturut – turut tanpa makan dan minum. Dia telah menyembah berhala itu dengan penuh harapan supaya dapat berbicara dan memberitahu tentang persoalan Muhammad dengan sebenarnya. “Aku telah menyembahmu selama 3 hari berturut – turut. Maka, aku sangat berharap kamu dapat memberitahu mengenai Muhammad!” katanya.

Kesempatan itu telah dipergunakan oleh jin kafir untuk merasuk kedalam tubuh berhala itu dan menggerakkan mulut berhala itu lalu bercakap. “Sesungguhnya Muhammad itu bukanlah seorang nabi maka kamu jangan membenarkan apa yg dia katakan!!!” Al-Wahid sangat terperanjat dan menyangka berhalanya benar – benar telah mampu bercakap.

Dia sangat gembira sehingga terus keluar dan berteriak untuk memberitahu tentang apa yg diperkatakan oleh berhala itu mengenai Muhammad. Al-Wahid telah menwarwarkan perkara itu kepada kaum Quraisy. Setelah mendengar apa yg diperkatan oleh Al-Wahid, mereka turut bersukaria kerana telah berjaya menemukan bukti kebohongan Muhammad melalui mulut Tuhan mereka sendiri. Mereka telah merancang supaya perkara ini didengari oleh Muhammad sendiri.

Mereka telah bersepakat untuk mengatur hari untuk menjemput Rasulrullah. Mereka telah berkumpul beramai – ramai. Mereka menghias berhala mereka dengan pakaian yg begitu mewah dan cantik sekali. Mereka juga menembah berhala itu beramai – ramai. Secara kebetulan Rasulrullah yg lalu dikawasan rumah berhala bersama Abdullah Bin Mas’ud telah telihat telatah orang – orang kafir Quraiys itu.

Dikesempatan itu, Jin Kafir tadi tidak melepaskan peluang untuk bercakap dan mengulangi percakapannya menegenai Rasulrullah. Semua orang yg berada dirumah berhala termasuk Rasulrullah dan Abdullah Bin Mas’ud mendengar percakapan berhala itu. Abdullah terkejut dan terus bertanya kepada Rasulrullah mengenai perkara itu. “Wahai Abdullah, janganlah kamu takut, kerana yang bercakap itu adalah jin kafir(setan)” jawab Rasulrullah.

Pada hari yang lain, Rasulrullah pun berangkat menuju ke tempat rumah berhala Al-Wahid itu, kerana kaum kafir Quraisy telah berkumpul beramai – ramai untuk membuktikannya kepada Rasulrullah. Di tengah perjalanan, baginda telah terserempak dengan seorang lelaki berkuda dan berjubah hijau.

Lelaki itu terus memberi salam dan hormat kepada baginda. Setelah baginda menjawab salam, baginda terus bertanya siapakah gerangan lelaki berkuda itu kerana baginda hairan mendengar salam daripada lelaki itu. “Aku adalah anak keturunan jin. Namaku Muhair Bin Habbar. Aku telah masuk Islam sejak zaman Nabi Nuh a.s...” kata lelaki berkuda itu.

“Aku tinggal di Bukit Thursina, tetapi telah lama aku mengembara. Ketika aku pulang, aku dapati isteri ku sedang menangis. Dia telah menberitahuku bahawa jin kafir telah berbuat dusta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Lalu aku terus mencari jin kafir itu dan menemuinya di antara bukit syafa dan marwa.

Setelah menemuinya, aku telah berkelahi dan berjaya membunuhnya wahai Rasulrullah. Jin kafir(setan musfir) itu berbentuk anjing dan aku berjaya mematahkan kepalanya!” kata Jin Islam itu panjang lebar. Setelah mendengar apa yg diperkatan, Rasulrullah terus mendoakannya dengan kebaikan.

Jin Islam itu telah meminta izin daripada Rasulrullah untuk merasuk ke dalam tubuh patung itu dan mahu mengejek orang2 kafir Quraisy. “Baiklah, kalau itu mahu mu dan cara yg terbaik untuk menyedarkan mereka.” Jawab Rasulrullah. Setelah itu, Rasulrullah pun sampai dirumah berhala milik Al-Wahid.

Ketika itu mereka berkumpul beramai – ramai dan menghias berhala itu dengan penuh barangan yg cantik dan mewah. Mereka menyembah berhala itu beramai – ramai dengan penuh kusyuk. Lalu mereka meminta berhala itu bercakap dan memberitahu sekali lagi bahawa Muhammad adalah pembohong.

Tiba2, patung itu bercakap, “Wahai penduduk Mekah! Ketahuilah bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad adalah benar dan Nabi Muhammad mengajak kepada kalian untuk melakukan kebenaran. Sedangkan kalian semua serta berhala yg kalian sembah ini adalah batil belaka.

Jika kalian tidak beriman kepada Nabi Muhammad, maka kalian akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam selamanya!!!” Terkejut semua orang – orang kafir yg berkumpul distu kerana berhala itu telah mengucapkan kata2 yg diluar dugaan mereka.

Kejadian tersebut membuatkan ramai dikalangan mereka bimbang, malah beberapa diantara mereka mulai percaya kepada kenabian Rasulrullah. Kebetulan, Abu Jahal juga berada disitu pada ketika itu. Dia berasa sangat marah dan geram. Dia segera mendekati berhala itu dan membantingnya sehingga pecah berhala itu.

Tidak puas dengan itu, Abu Jahal memijak cebisan berhala yg pecah itu dan membakarnya. Rasulrullah pulang dengan perasaan lega. Rasulrullah telah menukarkan nama Jin Islam itu daripada namaya Muhair Bin Habbar kepada Abdullah Bin Abar. Rasulrullah pun segera meninggalkan tempat itu.


*Daripada kisah ini dapat kita ambil iktibar mengenai betapa susahnya seseorang sudah gelap lagi hitam hatinya untuk menerima kebenaran. Walaupun kebenaran itu telah dibuktikan dengan jelas lagi nyata, mereka tetap menolaknya. Semoga kita dipelihara oleh Allah daripada tergolong dari kalangan manusia2 yang sebegini... amin.

Monday, 17 November 2014

Antara Lidah & Hati



Kisah ini berlaku semasa zaman Luqman Al-Hakim. Beliau telah didatangi oleh seorang ibu tua yang dermawan. Ibu tua itu telah menghadiahkan beliau seekor kambing. “Sembelihlah kambing ini dan berikan bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan....” Kata si ibu tua itu. Setelah disembelih, dikirimkan kepada si ibu tua itu berupa lidah dan hati.

Beberapa hari kemudian, ibu tua itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan bersepesan supaya mengirimkan sebahagian daripadanya. Kali ini bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesannya. 

Tetapi si ibu tua itu mahukan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. Setelah kambing disembelih, Luqman mengirimkan hati dan lidah juga kepada ibu tua yang dermawan itu.

“Kenapa tuan mengirimkan bahagian yang sama kepada saya? Bukankah ketika saya meminta bahagian yang terburuk, tuan juga memberikan saya lidah dan hati...? Kata ibu tua itu. Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik keadaannya. Apabila keduanya buruk maka amatlah buruk keadaannya.”

Mendengar jawapan itu, mengertilah si ibu tua dermawan itu akan maksud Luqman. Kerana hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya daripada hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.


*Melalui kisah ini, iktibar yang dapat kita ambil bahawa kita hendahlah sentiasa berhati – hati dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut. Kerana apa yang kita ungkapkan akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah. Mulut juga akan terkunci. Bahagian badan yang lain pula yang akan menjadi saksi terhadap segala perbuatan kita nanti. 

Manakala hati pula adalah raja segala anggota badan. Jika hati kita bersih, maka eloklah segala perlakuan anggota badan yang lain. Begitulah jua sebaliknya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjaga hati daripada kekotoran dengan menghindarkan diri dari segala maksiat. Hati juga akan bersih dengan selalu zikrullah, selawat dan membaca Al – Quran.


Monday, 10 November 2014

Made In Allah



Pada suatu petang di sebuah kedai kopi, tempat penduduk kampung berkumpul. Disitulah tempat mereka memenuhi masa lapang, menyampai dan mendapatkan maklumat. Pada hari itu terdapat sekumpulan pemuda yang melepak. Mereka adalah anak orang berada, kacak dan bergaya. Kebetulan disitu terdapat seorang pemuda yang bernama Mamat.

Mamat adalah seorang pemuda yang miskin dan buruk rupa. Rupa bentuk fizikalnya yang gemuk, pendek dan berkulit hitam menjadi bahan ejekan dan hinaan kepada sekumpulan pemuda itu. Diantara sekumpulan pemuda itu, terdapat seorang pemuda yang paling kerap menghina Mamat. Namanya Ray. Dia merupakan pemuda yang paling kaya dan bergaya distu. Mamat sedang mendengar perbualan antara Ray dengan kawan – kawannya yang kaya itu.

Ray : Kau orang tengok pakaian baru aku ni. Semuanya berjenama. Kasut aku made
in Japan, seluar aku made in Italy, kemeja aku made in Jerman dan
tali pingggang aku made in USA. Semua ni dah bernilai hampir 10 ribu. Ni
baru pada pakaian aku. Belum lagi kereta dan motor aku.

Ray bercakap dengan penuh rasa sombong dan bongkak. Dia merasa bangga dengan pakaian yang berjenama dan berharga tinggi terlekat ditubuhnya. Pada ketika itu, Ray menoleh ke belakang dan terpandang Mamat yang dihina setiap hari berada belakangnya. Dia terus mengutuk Mamat didepan kawan – kawannya dan semua pelanggan yang memenuhi kedai kopi pada hari itu.

Ray : Oh, si busuk hapak lagi hodoh ada juga disini!. Hoi busuk! Kau sudah la
Miskin, hodoh dan busuk pulak tu. Kau ni merosakkan ‘mood’ aku ajelah!
Kau tengok pakaian aku ni? Semua berjenama. Aku rasa sampai mati
pun kau takkan mampu pakai pakaian yang bejenama macam aku ni! Hahaha.

Mamat dihina sedemikian rupa dihadapan khalayak. Namun Mamat masih tetap tersenyum. Mamat lansung tidak menunjukkan reaksi yang negetif. Malah sebaliknya, Mamat tersenyum seolah – olah senang hati dengan penghinaan itu. Kawan – kawan Ray ketawa berdekah – dekah. Manakala Pelanggan yang lain hanya diam dan menjadi penonton. Mereka lansung tidak menegur sikap Ray yang melampau terhadap Mamat itu. Kemudian Mamat bangun dari tempat duduknya dan menghampiri Ray. Dia mula berbicara dengan penuh ketenangan dan berseri – seri wajahnya.

Mamat : Kau bermegah – megah dengan ciptaan manusia. Kau sangat berbangga
dengan barangan kau dari luar negara. Tetapi kau telah menghina ciptaan
Allah Yang Maha Mulia, iaitu aku. Aku adalah ciptaan Allah. Ini bermakna
Kau telah menghina Allah itu sendiri. Tidakkah kau sedar yang aku ini made
in Allah? Berani kau mengkritik dan menghina ciptaan Allah.... Lebih baik kau
bertaubat sebelum terlambat. Kerana perbuatan kau ini akan menyebabakan
kau di humban ke dalam Neraka nanti....

Ray, kawan –kawannya dan semua pelanggan yang ada di kedai kopi itu sangat terkejut. Sebelum ini Mamat hanya diam dan beredar setelah dihina. Tetapi kali ini dia mengeluarkan kata – kata yang benar dan bermakna. Ray kelihatan kaku. Dahinya mula berpeluh. Dia mula menyedari kesilapannya. Saat itu juga dia menitiskan air matanya. Tanpa rasa segan dihadapan kawan – kawan dan semua pelanggan, Ray telah memeluk Mamat dengan erat dan meminta maaf berulang kali. Kawan – kawannya dan semua pelanggan terkesima melihat adengan yang tidak disangka – sangka itu. Lalu Mamat meneruskan kata – katanya.

Mamat : Sebenarnya sejak dulu lagi aku sudah memaafkan segala dosa kau pada aku.
Malah aku sentisa berdoa kepada Allah agar membuka pintu hati kau supaya
berubah. Ingatlah, bahawa perbuatan mencela orang lain adalah sangat
besar dosanya. Kau akan muflis di Akhirat nanti jika tidak mendapat maaf
daripada orang yang kau hina. Bertaubatlah kepada Allah....

*Kita mesti sentiasa menjaga tutur kata kita semasa berbicara. Kerana perbicaraan kita mungkin akan menghina orang lain, samada sengaja atau tidak. Apabila ini terjadi, kita sebenarnya sedang menanam benih – benih dosa. Jika ia dibiarkan, sifat ini akan menjadi kebiasaan. Jika mati didalam keaadan sifat yang tercela seperti ini akan menyebabkan murka Allah. Apabila murka Allah terjadi, maka Nerakalah tempatnya.




Thursday, 6 November 2014

Panggilan Yang Sering Diabaikan



Suatu petang disebuah pejabat yang sentiasa sibuk. Semua stafnya sangat berkomitmen dengan kerja mereka. Bos memberitahu semua stafnya supaya menghadiri mesyuarat tepat jam 4.40 petang tanpa pengecualian. Bos membuat penguguman.

Bos : Sesiapa yang tidak hadir atau lewat akan dikenakan tindakan yang berat. Kerana
Mesyuarat ini melibatkan projek puluhan juta ringgit. Saya tidak akan berkompromi
Kepada sesiapa yang tidak berdisiplin dan berkomitmen. Saya tidak mahu dengar 
Sebarang alasan. Sesiapa yang tidak boleh bekerja dengan saya, boleh berambus!.
Pergi berniaga saja di pasar malam.

Kata Bos dengan penuh tegas. Semua staf diam dan menganggukkan kepala mereka. Mereka memang sangat arif dengan perangai Bos mereka yang tidak suka mendengar sebarang alasan. Malah mereka akan dimarahi dan dimaki jika menjampuk ketika Bos memberi sebarang penguguman. Sudah tiga orang staf dibuang kerja kerana lewat hadir mesyuarat dan seorang staf digantung kerja kerana menjampuk percakapan Bos semasa sesi penguguman. Mereka sangat menjaga etika ketika bercakap atau berurusan dengan Bos. 

Jam sudah menunjukkan pukul 4.35 petang. Semua staf sudah berada ditempat masing – masing didalam bilik mesyuarat. Kecuali seorang sahaja yang tidak kelihatan, iatu Ali. Ali merupakan staf yang baru sebulan bekerja di syarikat itu. 
Beberapa rakan sepejabat yang rapat denggannya mulai resah. Mereka menghubungi Ali beberapa kali, namun pangggilan mereka lansung tidak dijawab Ali. Seteleh beberapa minit berlalu, Bos muncul untuk mempengerusikan mesyuarat. Jam menunjukkan jam 4.40 petang. 

Setiausaha melaporkan kepada Bos bahawa hanya Ali sahaja yang belum hadir mesyuarat. Mendengar sahaja laporan daripada setiausahanya, Bos terus mengamuk. Semua staf terdiam. Mereka sangat takut. Mereka juga bimbang Ali akan dikenakan tindakan nanti. Namun mereka tidak mampu membantu Ali. Walaupun mereka tahu Ali merupakan seorang pemuda yang baik dan staf yang sangat berkebolehan.

Mesyuarat dieteruskan walaupun ketiadaan Ali. Bos berasa sangat tercabar kerana dia hadir lebih awal berbanding Ali. Sedangkan dia adalah pemegang saham terbesar syarikat itu. Manakala Ali hanyalah staf biasa yang baru sahaja bekerja tetapi sudah membuat perangai. 
Masa pun terus berlalu. Jam menunjukkan 4.55 petang. Tiba - Tiba terdengar orang mengetuk pintu dan memberi salam. Bos menjawab salam dan mengarahkan orang itu masuk. Semua terkejut apabila melihat kelibat orang itu adalah Ali. Ali kelihatan tenang dan lansung tidak menunjukkan rasa bersalah atau takut. Berlakulah dialog antara Bos dan Ali.

Bos : Kenapa kau lewat!? Bukankah awal – awal lagi aku sudah memaklumkan kepada kau,
Aku pantang orang lewat! Aku siap bagi penguguman lagi! kau ni pekak ke 
Bodoh!!!?

Ali : Maaf Bos. Saya ada urusan yang lebih penting. Saya pergi menyahut panggilan yang 
jauh lebih penting daripada mesyuarat ini....

Bos : Apa yang kau cakap ni bodoh!!!? Apa yang lebih penting daripada mesyuarat yang 
Melibatkan projek puluhan juta ringgit ini! Panggilan siapa yang lebih penting
daripada arahan aku? Hah!!!

Ali : Maaf bos... Saya pergi mengadap Pemilik dunia ini terlebih dahulu. Saya pergi solat
Asar di Masjid. Solat adalah perkara yang paling penting daripada segala urusan
dunia. Jangankan projek puluhan juta, dunia dan isinya pun tak ada nilai sedikitpun
kalau dibandingkan dengan Solat Asar. Manakala panggilan yang paling penting di
dunia ini adalah azan. Kerana azan adalah panggilan daripada Allah kepada semua 
hamba Nya yang menumpang dibumi Nya ini.

Bos terdiam dan terkesima. Manakala semua staf yang lain sangat terperanjat dengan jawapan daripada Ali yang bukan sahaja berani tetapi sangat benar lagi soheh. Bos lansung tidak menyangka Ali akan menjawab soalannya sedemikian rupa. Bos berasa malu dan bersalah. Dia mula sedar akan sikap sombongnya selama ini adalah silap. Kata – kata Ali telah menyedarkannya dari sikap angkuhnya. 
Selepas hari itu, Bos telah menukar jadual waktu mesyuarat di pejabatnya. Mesyuarat diadakan selepas waktu solat. Malah dia telah menetapkan bahawa semua stafnya diwajibkan solat berjemaah. Diwaktu pagi sebelum memulakan kerja, Bos menyuruh Ali memberi tazkirah terlebih dahulu. Manakala Ali pula dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus

*Ramai antara kita hari ini mengabaikan Panggilan Ilahi iaitu Azan. Mereka lebih mengutamakan urusan dunia daripada solat. Disebabkan perkara inilah ramai umat Islam hari ini tersasar jauh daripada kehidupan Islam yang sebenar. Mereka telah memgabaikan ‘mutiara’ yang Allah kurniakan kepada mereka. 
Sedangkan orang lain terpaksa berkorban dan menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai ‘mutiara’ itu. Oleh itu, marilah kita bersama – sama memuhasabah diri dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Bukan hanya mengejar dunia semata – mata. Kerana apa yang kita kejarkan untuk kesenangan dunia tanpa mempedulikan Akhirat, akan menyebabkan kita rugi di Mahsyar nanti dan akan menyesal tidak berpenghujung.






Pencuri Kantoi Di Telanjang Bogel


Kes kecurian di Pauh Lima, Kota Bharu telah mengejutkan ramai pihak. Kes ini berlaku selepas waktu insyak malam semalam. Dua pencuri yang ditangkap bukan sahaja dibelasah, malah dibogel bulat. Tindakan ini sangat melampau. Tidak salah memberi 'pengajaran' tetapi tidak boleh 'mengaibkan'. Sudah tiba masanya hudud dilaksnakan didalam negara. Hukum yang adil untuk manusia sejagat.



Wednesday, 5 November 2014

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Berzina & Membunuh

 
                                              

Seorang wanita yang cantik telah berkunjung ke rumah Nabi Musa A.S. Ketika sampai dihadapan rumah Nabi Musa, dia telah memberi salam beberapa kali. Setelah salam yang ketiga, salamnya disahut oleh Nabi Musa. Setelah dijemput masuk, wanita tadi kelihatan sangat sedih dan hampir berputus asa. Berlakulah perbualan antara Nabi Musa dan wanita itu.

Wanita : Wahai Nabi Allah Musa, saya telah melakukan dosa yang sangat besar, akibat dosa ini saya telah dibuang keluarga, teman dan masyarakat. Tolonglah berdoa kepada Allah agar segala dosa saya diampunkan.

Nabi Musa : Apakah dosa yang telah kamu lakukan...?

Wanita itu tidak terus menjawab pertanyaan Nabi Musa. Dia menangis teresak – esak kerana tidak dapat menahan sebak. Nabi Musa hanya terdiam melihat keadaan wanita itu. Baginda sangat memahami akan keadaan wanita itu, lalu baginda hanya menanti jawapan daripada wanita itu dengan penuh sabar. Setelah tenang kembali, wanita itu mula berbicara semula namun air matanya bercucuran.

Wanita : Saya telah berzina dengan seorang lelaki. Saya telah mengandung akibat perzinaan itu. Setelah melahirkan anak itu, saya telah menanam anak itu hidup – hidup. Saya telah membunuhnya wahai Nabi Allah....

Setelah mendengar jawapan daripada wanita itu, Nabi Musa sangat terkejut dan marah. Tidak pernah ada orang yang datang menemuinya sebelum ini mengakui telah berlaku kejam seperti itu. Lalu Nabi Musa berkata dengan suara yang lantang.

Nabi Musa : Keluarlah kau dari sini wahai wanita jahat! Jangan membakar kami dengan api neraka mu itu! Jangan sampai api dari langit keluar membakar kami kerana kezalimanmu!!!

Wanita itu keluar dari rumah Nabi Musa dengan penuh kesedihan, penyesalan dan kebuntuan. Kerana dia tidak ada tempat lagi untuk mengadu dan meminta pertolongan. Seorang Nabi telah menolak permintaannya agar dia diberi peluang untuk bertaubat kepada Allah. Wanita itu berjalan dengan perlahan dan lemah sekali.

Setelah itu, Malaikat Jibril telah turun dan mendatangi Nabi Musa untuk menyampaikan Wahyu daripada Allah. Lalu Malaikat Jibril terus berkata kepada Nabi Musa.

Malaikat Jibril : Wahai Nabi Allah Musa, Tuhan Sekelian Alam telah berkata kepadamu. Kenapa engkau menolak oarang yang datang untuk bertaubat kepada Allah dengan bersungguh – sungguh? Tahukah engkau bahawa masih ada dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh..?

Nabi Musa : Masih ada dosa yang lebih besar daripada apa yang telah dilakukan oleh wanita itu wahai Jibril? Apakah dosa itu wahai Jibril?

Malaikat Jibril : Ya, Wahai Nabi Allah Musa. Sesungguhnya dosa yang lebih besar daripada berzina dan membunuh adalah dosa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja!

Mendengar jawapan daripada Malaikat Jibril, Nabi Musa terus ke depan pintu rumahnya. Masih kelihatan wanita itu berjalan. Baginda terus memanggil wanita itu dan baginda megangkat tangan baginda berdoa kepada Allah, supaya mengampunkan dosa wanita itu.

*Dosa berzina dan membunuh sememangnya dosa yang sangat besar disisi Allah. Namun hakikatnya dosa meninggalkan solat dengan sengaja adalah lebih besar daripada itu. Berikut adalah azab dan pembalasan terhadap orang yang meningggalkan solat dengan sengaja.

Subuh : Sekali meninggalkan solat subuh, akan dihumban kedalam neraka selama 30 tahun di Akhirat. Satu tahun di Akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia.

Zohor : Sekali meninggalkan solat zohor, dosanya sama seperti telah membunuh 1000 orang umat Islam.

Asar : Sekali meninggalkan solat Asar, dosanya sama seperti orang yang telah meruntuhkan Kaabah (Baitullah)

Maghrib : Sekali meninggalkan solat Maghrib, dosanya sama seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki. Seperti berzina dengan bapanya sendiri bagi perempuan.


Isyak : Sekali meninggalkan solat Isyak, Allah tidak redha dia tinggal dibumi dan tinggal dibawah langit Nya serta makan dan minum dari nikmat Nya.




Sunday, 2 November 2014

Segala Amalan Terlupus Kerana Sekelumit Sombong


Pada zaman Nabi Musa A.S, ada seorang pencuri yang ingin bertaubat kepada Allah. Dia mencuri bukan kerana suka – suka. Tetapi kerana terpaksa dan desakan hidup yang melampau akibat kemiskinan serta tanggunggannya yang ramai. Malahan pada ketika itu, orang – orang kaya langsung tidak membantu golongan miskin. Malah golongan miskin pula yang tertindas.

Akibat daripada tekanan ini, lelaki ini sudah mencuri selama 40 tahun. Setiap kali selepas dia mencuri, dia akan merasa cukup menyesal dan terseksa. Namun, hari itu dia telah benar – benar bertekad mahu berhenti mencuri. Kerana dia tidak mahu lagi hidup dengan dosa dan mahu memulakan penghidupan yang baru.

Suatu ketika, ketika dia sedang berjalan sambil memikirkan dosa – dosanya dan beristigfar kepada Allah, dia terserempak dengan Nabi Musa A.S. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama dengan Nabi Musa. Sambil mengharap mendapat keberkatan daripada Nabi pilihan Allah itu.

Namun, setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi menunaikan hasratnya. “Aku ini seorang pencuri. Sudah 40 tahun aku mencuri. Manalah layak seorang yang banyak dosa macam aku berjalan dengan seorang Nabi pilihan Allah...” Kata lelaki itu.

Seberapa ketika, dia terlihat seorang lelaki yang soleh yang kuat ibadah yang turut berjalan dikawasan itu. Lelaki soleh itu sedang lari – lari anak mengejar Nabi Musa dari belakang. “Lebih baik aku ikut lelaki soleh ini.

Mudah – mudahan dia sudi berteman dengan aku dan mendapat berkat darinya.” Kata Lelaki itu. Namun, semakin dia dekat dengan lelaki soleh itu, semakin laju lelaki soleh itu melangkah ke depan. Lelaki soleh itu kelihatan sangat terkejut melihat lelaki itu.

Dia terus mempercepatkan langkahannya mengejar Nabi Musa. “Kalau aku berjalan bersama dengan si pencuri ini, takut – takut nanti habis rosak segala kebaikan dan amalan aku...” Kata lelaki soleh itu. Lelaki soleh itu merupakan ahli ibadah yang istiqamah.

Dia telah menjaga ibadah dan amalan solehnya selama 40 tahun. Setelah berlari – lari anak, mereka berdua akhirnya sampai serentak kepada Nabi Musa.

Nabi Musa terus berpaling dan bersabda kepada kedua – dua lelaki itu. “Aku baru saja terima Wahyu daripada Allah SWT supaya memberitahu kamu berdua. Segala amalan baik dan buruk kamu telah dimansuhkan oleh Allah SWT...” Terkejut lelaki soleh itu mendengar kata – kata Nabi Musa. Dia berasa sangat kecewa lagi berdukacita.

Manakala lelaki bekas pencuri itu berasa sangat lega dan berbahagia. Segala dosa mencurinya selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Manakala Lelaki soleh itu pula, mula meyedari kesalahannya. Kerana selama ini, dia beranggapan dia sangat baik lagi soleh dan dekat dengan Allah. Dia amat yakin yang ibadahnya mampu menyelamatkannya.

Malah dia merasakan dia mampu membeli Syurga Allah dengan amalannya yang banyak dan istiqamah itu. Setiap kali dia beribadah, dia berasa dirinya bertambah baik dan mulia. Sehingga suatu ketika, dia merasa dirinya tidak layak untuk bergaul dengan orang yang banyak dosa apatah lagi mahu berjalan bersama. Dia berasa malu dan hina jika bersama mereka. Dia merasakan orang sepertinya hanya layak berjalan bersama Nabi.

Allah Maha Mengetahui akan isi hati manusia. Dia tidak melihat amalan – amalan zahir manusia semata – mata, tetapi lebih kepada apa yang tersirat dihati seseorang hambanya itu. Dia hanya menilai apa yang termampu oleh hambanya tidak lebih daripada itu.

Dia menguji manusia dengan kesusasahan dan kenikmatan untuk mengetahui siapakah dikalangan hamba – hamba Nya yang benar – benar berjiwa hamba dan merasakan Allah itu Tuhan yang menciptakannya.