Katogeri

Wednesday, 30 October 2013

Lamunanku di Tangkuban Perahu,Bandung Indonesia

Coretan Memori  Trip Jakarta – Bandung SMS Faris Petra 3 Hari 2 Malam...

Trip Fez Travel & Tours Sdn Bhd kali ini ke Jakarta-Bandung bersama para pelajar tingkatan 4, guru iringan dan beberapa orang ahli keluarga guru SMS Faris Petra. Jumlah keseluruhan rombongan kami seramai 39 orang termasuk dua orang wakil dari Merak Kayangan. Perjalanan kami bermula dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur melalui jalan darat dengan menaiki bas SMS Faris Petra. Kami mula bertolak pada jam 5.30 petang dan sampai ke Kuala Lumpur pada jam 4.00 pagi. Setelah berehat, membersihkan diri dan solat subuh kami, bertolak ke Jakarta pada jam 8.00 pagi.
Kami tiba di Lapangan Terbang Jakarta pada jam 11.00 pagi. Setiba disana, kami disambut oleh Pemandu Pelancong Jakarta iaitu Pak Toto dan Pak Agus. Sebelum menaiki bas, kami seperti biasa mengambil gambar beramai – ramai dan sempat juga merakam gelagat adik – adik SMS Faris Petra yang begitu ceria lagi teruja apabila menjejakkan kaki ke Indonesia. Apabila di interview, ada dikalangan mereka sudah berkali – kali ke Jakarta – Bandung, ada yang pertama kali, malah ada yang pertama kali menaiki kapal terbang.
Semasa didalam bas, Pak Toto menyampaikan sedikit taklimat tentang perjalan kami dari Jakarta-Bandung. Pak Toto juga sempat bercerita tentang asal – usul nama tempat yang menarik di Jakarta-Bandung kepada rombongan. Celoteh Pak Toto yang agak lucu mewujudkan suasana yang ceria didalam bas. Namun, perjalanan yang agak panjang menybabkan adik  - adik SMS Faris Petra tertidur keletihan, sehingga ada yang ternganga dan berdengkur semasa tidur. Gelagat mereka ini juga sempat dirakam secara curi. ;-)
Setelah itu, kami berhenti di Padang Rest untuk makan petang dan solat. Disini juga sempat merakam gelagat meraka yang ceria dan cukup berselera bersantap, maklumlah setelah melalui perjalanan yang agak panjang.
Rombongan terus ke destinasi yang dinamakan sebagai Tangkuban Perahu. Semasa didalam perjalanan, Pak Toto sempat bercerita tentang asal – usul Tangkuban Perahu kepada rombongan. Setelah sampai disana, kami diarahkan memakai jaket, penutup mulut dan juga penutup kepala. Ini kerana kawasan Tangkuban Perahu adalah sangat sejuk dan berkabus. Bagi menjaga kesihatan kepada mereka yang tidak biasa dengan keadaan sejuk dan yang ada masalah kesihatan sangat digalakkan supaya mematuhi arahan. Sesampai sahaja disana, rombongan kelihatan sangat ceria dan teruja. Maklumlah, Tangkuban Perahu bukan sahaja suatu tempat yang sejuk cuacanya malah sangat menarik dan cantik. Mereka tidak melepaskan peluang untuk merakam memori indah mereka disana. Namun keceriaan kami agak terganggu dengan telatah peniaga jalanan yang seakan – akan memaksa kami untuk membeli barangan mereka. Malah harga yang mereka tawarkan juga tidak masuk akal. Akibat terlalu rimas dengan telatah peniaga - peniaga jalanan itu, kami meneruskan perjalanan.
Kami berhenti di Belacan Rest untuk makan malam dan membeli sedikit barangan yang dijual disana. Malah kami juga sempat bergambar bersama dan juga merakam suasana yang indah di waktu malam di sana. Setelah itu kami terus ke Hotel Andelir untuk bermalam.
Pada Keesokannya, kami bersiap sedia untuk ke SMA Negeri Bandung 2, bagi melaksanakan misi Program Pengantarabangsaan Badan Pemimpin Pelajar antara dua negara Malaysia – Indonesia. Rombongan SMS Faris Petra disambut baik oleh Para Guru dan Para Pelajar SMA Negeri Bandung 2. Wakil guru dari SMS Faris Petra iaitu Cikgu Faizah telah menyampaikan kata – kata aluan, manakala bagi pihak pelajar pula telah diwakili oleh Al - Wafeek sebagai ketua rombongan pelajar. Setelah itu,Pihak SMS Faris Petra telah menyampaikan cenderamata kepada Pihak SMA Negeri Bandung 2. Selesai bergambar bersama sebagai tanda kenanagan, Pelajar SMA Negeri Bandung 2 telah membawa rombongan untuk melawat sekolah mereka yang seluas 12 hektar. Sekolah ini bukan sahaja cantik, tetapi juga mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pelajarnya termasuklah sebuah ‘mini hospital’ bagi memberi khidmat kesihatan kepada pelajar disana.
Hubungan antara Para Pelajar Faris Petra dan SMA Negeri Bandung 2 begitu cepat mesra. Mereka seolah – olah sepuluh tahun tidak berjumpa. Mereka bertukar – tukar pendapat, bermesra, melawat dikawasan sekolah dan bergambar bersama sebagai tanda kenangan. Setelah beberapa jam di SMA Negeri 2, rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


















No comments:

Post a Comment