Katogeri

Monday, 24 February 2014

Aku Di Kota Singa




Pada Trip kali ini aku mewakili Fez Travel ke Singapura bagi mengiringi rombongan lawatan sambil belajar pelajar ting 4 bersama guru SMK A Naim Lilbanat. Rombongan ini adalah seramai 38 orang termasuk aku. 32 orang pelajar perempuan, 3 orang guru perempuan dan dua orang guru lelaki. Trip ke Singapura kali ini adalah selama 5 hari 4 malam (24 Mac – 28 Mac 2014) dengan menggunakan jalan darat.

Antara tempat – tempat yang dikunjungi adalah Universal Studio Singapore (USS), National Technology Of Singapore dan Madrasah Al-Juned Victoria Land. Kesemua temopat ini adalahperancanagan daripada pihak sekolah sebelum bertolak lagi. Aku memfokus tiga tempat ini kerana ia adalah destinasi utama yang menjadi matlamat rombongan sekolah. Malah banyak yang aku dapat kongsi mengenai ketiga – tiga tempat yang dikunjungi ini.

Tempat pertama, aku bersama rombongan ke USS. Sudah agak lama aku tidak ke tempat hiburan santai seperti ini. Setelah sampai disini, USS sangat mengujakan. Pelbagai bangsa dari pelbagai negara ada disini. USS menjadi tumpuan mereka. Pada awalnya aku agak janggal kerana tidak faham akan tempat hiburan ini. Didalam USS ini terdapat 7 destinasi utama untuk dikunjungi. Namun aku ingin berkongsi tiga tempat yang menjanjikan hiburan yang maksima. Iaitu Far Far Away, Ancient Egypt dan Sci-Fi City.

Di Far Far Away aku merasakan berasa didalam dunia Shrek. Teknologi 4D yang sangat mengkagumkan. Semua watak – watak didalam movie itu berada bersama aku. Sungguh memukau. Tempat kedua adalah Ancient Egypt. Ia seperti rumah hantu biasa pada pandangan awal aku. Namun, setelah berada didalamnya, ia sangat mengkagumkan. Semua watak mumia seolah – olah hidup mengejar pegunjung. Namun, yang paling menarik adalah di Sci-Fi City. Watak – watak Tranformers sedang berperang didepan mata anda dan anda adalah sasaran Dicepticon!. Sangat mengujakan dan hiburan mencapai ditahap yang maksima.

Seharian berada di USS langsung tidak merasa kebosanan atau kepenatan. Selain daripada hiburan disini, aku masih dapat mempelajari sesuatu disini. Walaupun di USS terdiri dari latar belakang bangsa, negara dan agama yang berbeza namun mereka menghormati anta satu sama lain. Mereka tetap beratur mengikut giliran masing – masing untk masuk ke sesebuah tempat tanpa berebut – rebut. Keadaan juga terkawal dengan baik dan teratur. Pengunjung juga menjaga kebersihan dengan begitu baik, seolah – olah mereka adalah warga Singapura.

Tempat kedua pula aku bersama rombongan ke National Technology Of Singapore. Disini rombongan disambut oleh dua orang wakil dari pihak Universiti. Mereka memperkenalkan sistem pembelajaran yang begitu canggih disana. Ia bukan sahaja informasi yang bermanfaat kepada para pelajar, diri aku sendiri yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan. Sistem pembelajaran yang begitu canggih dan bersistemaik memberi pendedahan yang baru kepada aku.

Para pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara menarik minat aku. Mereka bergaul bersama seolah – olah mereka sebangsa. Disini, mereka lansung tidak memandang perbezaan bangsa dan agama. Layanan dan perhatian terhadap semua bangsa adalah sama. Para pelajarnya juga sangat berdisiplin dan komited semasa belajar dan mereka menyediakan ruang untuk bersantai yang sangat bersistematik.

Tempat terakhir adalah di Madrasah Al-Junied Victoria Land. Pada awalnya, aku beranggapan Madrasah ini adalah sama seperti di kebanyakan sekolah pondok di Malaysia. Namun tanggapanku meleset jauh. Keadaannya sama seperti di Universiti Malaysia. Disini rombongan bukan sahaja diberi pendedahan penubuhan awal madrasah ini, tetapi perkembanagan Islam di Singapura.

Wakil daripada Madrasah ini begitu mesra dan ringan mulut menjadikanb suasana tidak begitu janggal walaupun pertama kali menjejakinya. Aku berasa sangat kagun dengan ulamak dan muslim di Singapura. Walaupun mereka golongan minoriti, namun mereka begitu aktif melebarkan sayap khalimah syahadah di Singapura. Di Al-Junied, para pelajarnya diwajibkan berbahasa arab untuk komunikasi didalam kawasan Madrasah. Sistem ini telah melahirkan anak Singapura yang belajar di Al-junied fasih berbahasa Arab.

Kinjungan kali ini agak meriah apabila pelajar SMK A Naib Lilbanat dan pelajar Madrasah Al-Junied mempersembahkan persembahan Choral Speaking dan Public Speaking didalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Sangat mengkagumkan. Walaupun umur mereka masih muda, namun mereka sangat berilmu, berbakat, matang dan aktif. Terasa diri jauh ketinggalan semasa aku berumur sama seperti mereka. Namun berasa syukur lebih menebal kerana masih ramai umat Islam dari kalangan orang muda yang hebat – hebat. Alhamdulillah.


Dalam botol diisi cuka,
Jarum emas didalam peti,
Jika ada yang terluka,
Jangan disimpan didalam hati...

Kerbau hitam didalam bendang,
Mengunyah rumput dengan gigi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...

Puteri cantik bertandang sudi,
Raja berdaulat datang bertanya,
Segala jasa dan baik budi,
Hanya Tuhan yang membalasnya....











No comments:

Post a Comment