Disebuah
pinggir bandar, terdapat seorang ustaz muda yang sangat disenangi dan
berpengaruh dikalangan anak muda. Beliau merupakan siswa jurusan syariah
Universiti Al – Azhar di Mesir. Beliau merupakan pemuda contoh, namun beliau
tidak sombong dan suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang beliau
dampingi.
Oleh kerana sikapnya yang “low profil” dan
suka bergaul dengan semua golongan lapisan masyarakat, dia sering didampingi
golongan anak muda. Tambahan pula beliau bukan sahaja pandai mengaji, memberi
ceramah dan berzanji. Malah beliau juga pandai bermain gitar dan pandai
menyanyi.
Beliau
juga sering menghabiskan masa bersama anak – anak muda yang suka bermain gitar
dikampung itu. Oleh kerana sikap dan perwatakannya yang bersahaja, beliau telah
mendapat nama jolokan sebgai “Ustaz Rock”.
Biasanya,
selepas waktu Isyak, Ustaz Rock pasti akan mengisi masa bersama anak – anak
muda yang gemar bermain gitar disebuah pondok. Sekurang – kurangnya, setengah
jam beliau akan bersama – sama dengan anak – anak muda ini.
Pada
suatu ketika, Ustaz Rock bersama sekumpulan remaja yang bermain gitar disebuah
pondok. Sambil bermain gitar, Ustaz Rock mengambil kesempatan untuk
menyampaikan tazkirah kepada mereka. Seorang remaja bernama Remy yang sangat aktif
dan petah berbicara telah mengajukan soalan kepada Ustaz Rock.
Remy : Apa hukum main gitar Ustaz? Adakah dibolehkan
dalam agama Islam?
Ustaz Rock : Hukum bermain alat muzik adalah harus.Tetapi jika terlalu lalai
sehingga meninggalkan solat,ia boleh menjadi haram.Kita mesti berpada – pada dalam mengisi masa lapang kita dengan hobi.Lebihkan masa
untuk akhirat. Kerana kehidupan
di Akhirat adalah lebih penting dan lebih panjang.
Remy : Owh begitu... InsyaAllah Ustaz. Kami
main gitar pun bukan lama. Paling lama pun
sejam dua aje.
Remy menyampuk sambil tersenyum.
Manakala anak muda yang lain hanya tersenyum mendengar perbualan ringkas itu.
Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kerana hanya Remy yang banyak bertanya.
Yang lain pula agak segan untuk bertanya. Jika ada soalan yang ingin ditujukan
kepada Ustaz Rock, pasti Remy yang akan jadi “ Volinteer” kepada mereka.
Ketika mereka sedang asyik bermain
gitar, tiba – tiba mereka didatangi oleh seorang lelaki yang berpewatakan
pelik. Tinggi lampai, bertubuh kurus dan berkulit agak gelap. Dia berbaju
pagoda, berseluar yenki dan menaiki basikal tua. Basikal tua yang sudah buruk.
Basikal itu sangat berkarat. Manakala wajah lelaki itu juga kelihatan sangat
comot. Kelihatan giginya yang kuning kehitaman disaat dia mengukir senyuman
tawar kepada Ustaz Rock dan anak – anak muda itu.
Belum sempat Remy bertanya akan tujuan
kehadirannya, lelaki pelik itu terlebih dahulu menegur mereka dengan suara yang
sangat garau.
Lelaki Pelik : Maaf menggangu kamu semua. Siapa dikalangan kamu semua ini yang dipanggil Ustaz
Rock? Aku dapat tahu dia belajar di Mesir. Tentu ilmu dia tinggi. Aku mahu tanya satu soalan
kepadanya.
Ustaz Rock dan semua anak muda yang
berada disitu terdiam seketika. Ustaz Rock terus bangun dari bangkunya. Dia
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki pelik itu,namun salamnya
tidak bersahut. Ustaz Rock memulakan perbualan dengan punuh sopan dan
ketenangan.
Ustaz Rock : Sayalah yang dipanggil Ustaz Rock oleh semua penduduk kampung
disini. Saya baru
sahaja habis belajar di Mesir. Tapi saya masih terus belajar. Mencari
ilmu takkan habis sehingga akhir hayat. Saya tidaklah pandai sangat. Tapi jika kamu ingin
bertanya, insyaAllah saya akan cuba menjawabnya selagi mampu. Tapi kamu ni dari mana? Siapa nama kamu?
Belum pernah saya tengok
orang seperti kamu sebelum ini.
Lelaki Pelik : Tak perlulah kau tahu aku dari mana dan siapa nama aku. Aku cuma
ingin bertanya satu
soalan kepada kau. Samada kau mampu jawab atau tidak. Atau
aku berpuas hati atau tidak. Aku akan beredar dari sini selepas kau menjawab
soalan aku nanti.
Semua yang berada disitu kehairanan
apabila lelaki pelik itu berbicara. Ada yang kebingungan, ada yang tersenyum
dan ada yang takut. Takut seperti melihat hantu jembalang dihadapan mereka.
Namun Ustaz Rock tetap tenang berhadapan dengan lelaki pelik itu. Beliau
menyambung bicara sambil memandang wajah lelaki pelik itu dengan tenang.
Ustaz Rock : Baiklah, apakah soalan yang ingin kamu tanya itu? Saya sedia
menjawabnya.
Lelaki Pelik : Dalam banyak – banyak makhluk didunia ini... Apakah bukan ciptaan
daripada Tuhan?
Semua yang berada disitu sangat
terkejut dengan soalan yang dikemukakan oleh lelaki pelik itu. Ada yang naik
darah. Tertamanya Remy. Dia mula menggengam erat buku lima dan memandang tepat
kemuka lelaki pelik itu.
Namun, Ustaz Rock sempat menenangkan
keadaannya dan menyuruhnya beristigfar. Ustaz Rock berpaling kearah semua anak
muda yang berada dibelakangnya. Beliau berpesan supaya semua beristigfar,
bersabar dan jangan bertindak melulu.
Lelaki pelik itu pula masih menunggu
dan raut wajahnya lansung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Cuma cara duduknya
diatas basikal tua buruknya itu sedikit berubah. Dia menungkatkan dagu dengan
tangan dan siku menungkat pula dilututnya. Lagaknya itu seperti warden penjara
yang sedang memerhati pesalah banduan yang dikurung ketat.
Setelah keadaan kembali tenang, Ustaz
Rock mula bangun dan mendekati lelaki pelik itu. Dengan wajah yang jernih dalam
ketenanagan, Ustaz Rock mula berbicara semula.
Ustaz Rock : Saya akan menjawab soalan kamu. Tapi dengan syarat kamu jangan sesakali
menjampuk sewaktu saya bercakap. Jika tidak, saya tidak akan menjawab
soalan kamu. Setuju?
Lelaki Pelik : Baik... Aku setuju.
Ustaz Rock : Saya akan ceritakan sebuah cerita kepada kamu. InsyaAllah, dengan
cerita ini akan menjawab pertanyaan kamu itu nanti.
Lelaki Pelik : Baik.... Aku sedia
mengarnya.
Lelaki pelik itu menjawab dengan nada
yang perlahan sambil terseyum sinis. Dia seolah – olah memperlekeh akan cerita
yang akan didengarinya itu. Ustaz Rock memulakan bicaranya dengan tenang dan
nada suaranya didengari oleh semua orang yang berada disitu.
Cerita Ustaz Rock bermula :
Pada
suatu ketika, terdapat seorang ulamak yang berdakwah sambil mengembara. Ulamak
ini akan berhenti disesebuah kampung atau penempatan untuk berteduh dan beliau
akan mengambil kesempatan untuk berdakwah. Ulamak ini berdakwah mengenai
tauhid. Supaya orang ramai tahu dan faham siapa itu Tuhan, sifat – sifat Tuhan
dan peranan kita sebagai hamba kepada Tuhan.
Ulamak
ini telah menjelajah dari segenap kampung dan kota. Setiap kali dia terjumpa kelibat
manusia walaupun didalam hutan belantara, pasti beliau akan menyampaikan
dakwahnya. Beliau tidak pernah kenal akan putus asa. Kerana bagi beliau, hidup
dan matinya adalah untuk agama Allah semata – mata.
Sehinggalah
pada suatu hari, Ulamak ini telah sampai disebuah perkampungan ditepian pantai.
Kampung itu sangat cantik dan indah. Orang – orangnya juga sangat baik dan
peramah. Ulamak ini sempat berdakwah kepada penduduk kampung disitu. Mereka
bukan sahaja menyambut kedatangan Ulamak, malah mereka menerima agama Islam
dengan hati yang terbuka.
Ulamak berasa senang hati dan
bersyukur kepada Allah. Kerana disepanjang perjalanannya berdakwah disetiap
genap penempatan, inilah kali pertama dia disambut dengan baik dan paling ramai
memeluk Islam. Ulamak itu telah didatangi oleh seorang yang paling tua
dikampung itu. Berlakulah perbualan diantara mereka.
Orang Tua : Terima kasih kerana tuan sudi datang ke tempat kami dan
menyampaikan
sesuatu
yang sangat mahal lagi indah untuk kami. Jasa dan budi tuan, hanya Allah
sahaja yang mampu membalasnya. Jika bukan kerana tuan, kami tidak akan
kenal siapakah Tuhan yang sebenar – benarnya.
Ulamak : Bersyukurlah kepada Allah. Kerana Allah lah yang memberi
hidayah kepada sesiapa
yang Dia kehendaki. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai
hamba Allah dan umat Rasulullah S.A.W.
Orang Tua : Oh ya tuan, apa kata tuan pergi berdakwah disebuah pulau. Pulau
ini didiami oleh
penduduknya yang tidak mempercayai akan Tuhan. Bagi mereka, semua yang
ada dibumi.... Manusia, haiwan, tumbuhan dan alam ini terjadi dengan sendirinya.
Manusia dilahirkan oleh ibu bapa, haiwan terjadi melalui persenyawaan,
tumbuhan hidup kerana air dan cahaya matahari.
Ulamak : Allahhurabbi... Sampai begitu sekali sesatnya mereka? Dimana
pulau itu? Saya
bersedia untuk pergi berdakwah kepada mereka.
Orang Tua : Tidak jauh dari sini tuan. Hanya didepan mata kita sekarang.
Tuan hanya perlu
menyeberang untuk ke sana. Saya akan sediakan perahu dan pembantu
untuk tuan ke sana nanti.
Ulamak : Terima kasih wahai pakcik yang dimulikan Allah. Tapi rasanya
tidak perlulah pembantu.
Saya lebih selesa bersendirian. Lagi pun, sudah hampir 2/3 dunia saya
mengembara bersendirian.
Orang Tua : Baiklah, jika itu kehendak tuan. Semoga Allah permudahkan urusan
tuan.
Keesokan
harinya, selepas waktu subuh ulamak itu terus menyeberangi lautan untuk sampai ke pulau itu. Sesampainya
Ulamak disitu, beliau disambut dengan baik. Sepertimana dikampung tepian pantai sebelum ini.
Ulamak memperkenalkan dirinya seperti kebiasaan ditempat lain yang pernah
dikujunginya.
Salah
seorang pemuda terus membawa Ulamak ini ke sebuah rumah. Rumah itu adalah
kepunyaaan ketua kampung. Segerombolan penduduk kampung terus mengikuti Ulamak
dan pemuda yang ingin menuju ke rumah ketua kampumg itu.
Kerana mereka merasa pelik
dengan penampilan Ulamak itu dan ingin mengetahui apakah hajat Ulamak itu
datang ke kampung mereka. Sesampainya di rumah ketua kampung, Ulamak disambut
dengan baik. Ketua kampung sangat arif akan kedatangan Ulamak itu. Kerana bukan
sekali dia pernah dikunjungi oleh orang asing.
Ketika itu, Ulamak bukan
sahaja berdepan dengan ketua kampung tetapi segerombolan penduduk yang ingin
tahu tujuan ulamak itu. Ulamak telah menyampaikan hasrat murninya kepada ketua
kampung dan hadirin yang berada disitu. Lalu terjadilah perbualan diantara
mereka.
Ketua Kampung : Kami tetap dengan pendirian kami. Bahawa didunia ini tidak
ada Tuhan didunia ini. Semua yang ada didepan mata kita terjadi dengan sendirinya.
Termasuk diri kita sendiri. Adanya kita kerana ibubapa kita yang melahirkan
kita.
Ulamak : Baiklah jika begitu. Tetapi, jika benar daripada ibubapa...
Kenapa ada anak yang cacat dan tidak sempurna anggota selepas lahir? Malah ada
juga dikalangan kita dilahirkan elok rupa parasnya. Ada juga yang hodoh
rupanya. Itu menunjukkan ibubapa kita tidak punya kuasa. Ada kuasa lain yang
menentukan sama bayi itu akan lahir dengan sempurna ataupun tidak. Malah ada
juga anak – anak yang mati sebelum lahir lagi. Bukankah itu semua bukti...
Bahawa kita bukan dicipta oleh ibubapa kita?
Ketua Kampung dan semua
hadirin yang berada disitu membisu seribu bahasa. Ada dikalangan mereka mula
memahami apa yang disampaikan oleh Ulamak. Ada yang kebingungan dan ada juga
yang berasa marah kerana ulamak itu mula menggugat kepercayaan turun temurun
mereka selama ini.
Ketua Kampung kelihtan seperti
tidak puas hati. Kerana dia tidak mampu untuk meneruskan debat dengan Ulaamak
itu untuk mempertahankan kepercayaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang
mereka. Dia mula berbicara untuk mencadangkan sesuatu kepada Ulamak itu.
Ketua Kampung : Kamu sememangnya pandai berbicara. Kami bukanlah orang yang
arif dalam
kepercayaan kami. Kami ada seorang guru yang paling bijak dan
arif dalam kepercayaan kami. Tetapi dia tidak ada di pulau ini sekarang.
Dia keluar mengembara. Seminggu lagi dia akan pulang. Apa
kata kamu datang seminggu lagi. Untuk berdebat dengannya.
Ulamak : Baiklah, jika itu kehendak tuan ketua, saya akan
datang seminggu lagi. Saya
cuma mahu menyampaikan sesuatu yang benar kepada tuan dan
semua orang kampung. Tiada niat yang lain.
Ketua Kampung : Saya faham. Tetapi lebih baik kamu bertemu dengan guru tua
kami ini. Saya
akan persiapkan pentas supaya semua orang kampung dapat mendengar
sendiri dialog diantara kamu berdua. Kamu datanglah pada
waktu tengahari. Disaat matahari terik. Kami akan menunggu kehadiran
mu. Jangan sesekali lewat. Guru tua kami pantang orang lewat
bila berjanji.
Ulamak : Baiklah. Saya akan hadir nanti. Lagipun sebagai
seorang muslim, berdosa
jika saya mungkir janji dan mesti menepati waktu.
Setelah itu, Ulamak pun pulang kembali ke kampung tepian pantai yang dia telah tumpang sebelum ini. Seminggu kemudian, saat yang dijanjikan pun tiba. Ketua Kampung telah menyediakan pentas dan telah menwar – warkan kepada semua penduduk kampung.
Setelah itu, Ulamak pun pulang kembali ke kampung tepian pantai yang dia telah tumpang sebelum ini. Seminggu kemudian, saat yang dijanjikan pun tiba. Ketua Kampung telah menyediakan pentas dan telah menwar – warkan kepada semua penduduk kampung.
Guru tua mereka berada di
tengah – tengah pentas. Manakala disekeliling pentas itu dikerumuni dengan
ratusan penduduk kampung yang tidak sabar untuk mendengar perdebatan antara
guru tua mereka dan ulamak itu.
Namun, Ulamak itu masih tidak
hadir pada saat yang dijanjikan. Iaitu pada waktu tengahari. Guru tua mula
keihatan marah. Penduduk kampung pula rimas dengan keadaan cuaca yang semakin
panas pada ketika itu. Namun, mereka semua terus menunggu Ulamak itu. Kerana
mereka mahu melihat dengan mata kepala mereka sendiri perdebatan antara dua
orang yang bijak pandai itu.
Setelah beberapa jam menunggu,
akhirnya ulamak itu tiba. Penduduk kampung mula bising apabila melihat kelibat
Ulamak itu. Malah, tidak kurang juga yang mencaci dan memaki hamun. Ketua
Kampung terus mendapatkan Ulamak itu. Dia terus berbicara dengan Ulamak.
Ketua Kampung : Kenapa kamu lambat? Bukankah kamu cakap sebagai muslim mesti menepati
waktu? Itu menunjukkan kamu dan agama kamu tidak betul.
Ulamak itu tidak menjawab soalan yang
ditanya oleh Ketua Kampung itu. Beliau hanya tersenyum dan terus naik ke
pentas. Setibanya di pentas, dia terus disambut oleh guru tua yang sangat
angkuh.
Guru Tua : Hah! Akhirnya sampai juga kamu! Sudah beberapa jam
kami tunggu! Aku
fikir kamu tidak akan datang. Adakah kamu takut untuk berdebat dengan
aku? Tentunya kamu sudah faham bahawa semua yang ada didunia
ini terjadinya dengan sendiri bukan? Bukannya seperti yang kamu
dakwa, bahawa ada Tuhan yang mencipta semua ini kan?
Ulamak : Saya minta maaf diatas kelewatan saya ini.
Sebenarnya, semasa saya mahu
menyeberang ke sini... Perahu saya telah dicuri. Saya terpaksa menunggu
jika ada perahu atau kapal yang lalu untuk saya tumpang. Namun
sayangnya, tidak ada satu perahu atau kapal yang lalu. Tapi saya
tettap menunggu. Sehinggalah dengan tiba – tiba, sebatang
pokok
yang berdekatan dengan saya tumbang. Lalu terebelah dengan sendiri.
Kemudian kayu – kayu yang besaral daripada pokok itu menjadi
perahu. Semuanya terjadi dengan sendirinya. Saya terus naik perahu
itu. Sekali lagi berlaku perkara ajaib. Perahu itu bergerak dengan
sendirinya tanpa perlu dikayuh. Akhirnya saya sampai ke pulau ini
dengan selamat.
Semua orang yang ada disitu
termasuk Guru Tua dan Ketua Kampung ketawa berdekah – dekah. Kerana bagi
mereka, apa yang diceritakan oleh Ulamak itu tidak boleh diterima akal dan
pembohongan semata – mata.
Sebahagian besar penduduk
kampung yang berkumpul disitu beranggapan Ulamak adalah orang gila. Mereka
bukan sahaja tertawakan Ulamak itu, malah ada yang mencaci dan menghina. Namun,
keadaan Ulamak itu tenang seperti tidak ada apa – apa yang berlaku.
Guru
Tua dan Ketua Kampung menenangkan keadaan yang sedang bingit itu. Setelah
keadaan tenang, Ulamak itu mula berbicara semula. Dengan nada suara yang
sedikit lantang. Agar semua orang yang berada disitu mendengar apa yang
diucapkannya.
Ulamak : Saya baru saja mengatakan sebuah perahu terjadi dengan
sendirinya. Tetapi kamu
sudah bising dan marah. Kamu semua sudah paling aku orang gila. Tetapi
kamu semua beranggapan dunia dan alam ini berlaku dengan sendiri tidak
gila pula? Apalah sangat sebuah perahu jika dibandingkan dengan dunia
dan alam yang besar lagi luas ini? Jika sebuah perahu yang kecil sudah ada
pembuatnya... Apatah lagi dunia dan alam ini??? Mana mungkin ia boleh terjadi
dengan sendirinya bukan???
Semua penduduk kampung
termasuk Guru Tua dan Ketua Kampung itu terdiam dan membisu seribu kata. Kata –
kata Ulamak itu telah mengejutkan mereka. Mereka seolah – olah baru sahaja telah disambar petir. Keadaan
menjadi senyap sunyi seperti didalam gua yang tidak berpenghuni. Ulamak itu
terus turun dari pentas dan meninggalkan semua orang disitu dengan sibu tanda
tanya.
Lelaki
Pelik tadi ternga – nga mulutnya apabila mendengar pengakhiran cerita daripada
Ustaz Rock. Dia sangat terkejut dan terkesima. Anak – anak muda yang berada
disitu tersenyum puas. Kerana Ustaz Rock telah menyampaikan sebuah cerita yang
dapat merungkai persoalan Lelaki Pelik itu tanpa menjawab secara lansung.
Ustaz
Rock : Awak faham dengan apa
yang saya ceritakan tadi kan? Jika sebuah perahu pun sudah ada pembuatnya...
Apatah lagi benda lain. Boleh awak beritahu saya, apakah yang awak maksudkan
dengan makhluk bukan dari ciptaan Tuhan itu?
Lelaki Pelik itu kelihatan
teragak - agak untuk menjawab. Peluh
dingin mula membasahi dahinya. Perasaan takut dan serba salah telah menguasai
dirinya. Sebelum ini, tidak ada orang yang mahu atau layan soalannya itu.
Kerana orang lain beranggapan dia mengalami masalah jiwa.
Lelaki Pelik itu pula merasakan
bahawa orang yang tidak mahu dan layan pertanyaannya adalah bodoh, jahil dan
tidak cukup ilmu. Tetapi kali ini dia diibarat seperti direjam dengan batu yang
besar dikepalanya. Dia sangat terkejut, terkesima dan malu.
Sebelum dia lari dari pondok
itu dengan mengayuh basikalnya dengan laju. Dia sempat menjawab soalan Ustaz
Rock dengan begitu kuat sekali. Jawapan daripadanya ialah “PERKATAAN!!!”.
Setelah menjawab soalan itu dan memgayuh baikalnya sekuat hati tanpa menoleh
kebelakang.
Semua anak muda yang berada
disitu ketawa terbahak – bahak apabila melihat gelagat Lelaki Pelik Itu.
Manakala Ustaz Rock pula hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
No comments:
Post a Comment