Katogeri

Wednesday, 21 October 2015

BUKAN CIPTAAN TUHAN?


Disebuah pinggir bandar, terdapat seorang ustaz muda yang sangat disenangi dan berpengaruh dikalangan anak muda. Beliau merupakan siswa jurusan syariah Universiti Al – Azhar di Mesir. Beliau merupakan pemuda contoh, namun beliau tidak sombong dan suka berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang beliau dampingi.

 Oleh kerana sikapnya yang “low profil” dan suka bergaul dengan semua golongan lapisan masyarakat, dia sering didampingi golongan anak muda. Tambahan pula beliau bukan sahaja pandai mengaji, memberi ceramah dan berzanji. Malah beliau juga pandai bermain gitar dan pandai menyanyi.

Beliau juga sering menghabiskan masa bersama anak – anak muda yang suka bermain gitar dikampung itu. Oleh kerana sikap dan perwatakannya yang bersahaja, beliau telah mendapat nama jolokan sebgai “Ustaz Rock”.

Biasanya, selepas waktu Isyak, Ustaz Rock pasti akan mengisi masa bersama anak – anak muda yang gemar bermain gitar disebuah pondok. Sekurang – kurangnya, setengah jam beliau akan bersama – sama dengan anak – anak muda ini.

Pada suatu ketika, Ustaz Rock bersama sekumpulan remaja yang bermain gitar disebuah pondok. Sambil bermain gitar, Ustaz Rock mengambil kesempatan untuk menyampaikan tazkirah kepada mereka. Seorang remaja bernama Remy yang sangat aktif dan petah berbicara telah mengajukan soalan kepada Ustaz Rock.

Remy :    Apa hukum main gitar Ustaz? Adakah dibolehkan dalam agama Islam?

Ustaz Rock : Hukum bermain alat muzik adalah harus.Tetapi jika terlalu lalai sehingga meninggalkan solat,ia boleh menjadi haram.Kita mesti berpada – pada dalam mengisi masa lapang kita dengan hobi.Lebihkan masa untuk akhirat. Kerana kehidupan di Akhirat adalah lebih penting dan lebih panjang.

Remy  : Owh begitu... InsyaAllah Ustaz. Kami main gitar pun bukan lama. Paling lama pun sejam dua aje.

Remy menyampuk sambil tersenyum. Manakala anak muda yang lain hanya tersenyum mendengar perbualan ringkas itu. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kerana hanya Remy yang banyak bertanya. Yang lain pula agak segan untuk bertanya. Jika ada soalan yang ingin ditujukan kepada Ustaz Rock, pasti Remy yang akan jadi “ Volinteer” kepada mereka.

Ketika mereka sedang asyik bermain gitar, tiba – tiba mereka didatangi oleh seorang lelaki yang berpewatakan pelik. Tinggi lampai, bertubuh kurus dan berkulit agak gelap. Dia berbaju pagoda, berseluar yenki dan menaiki basikal tua. Basikal tua yang sudah buruk. Basikal itu sangat berkarat. Manakala wajah lelaki itu juga kelihatan sangat comot. Kelihatan giginya yang kuning kehitaman disaat dia mengukir senyuman tawar kepada Ustaz Rock dan anak – anak muda itu.

Belum sempat Remy bertanya akan tujuan kehadirannya, lelaki pelik itu terlebih dahulu menegur mereka dengan suara yang sangat garau.

Lelaki Pelik : Maaf menggangu kamu semua. Siapa dikalangan kamu semua ini yang  dipanggil Ustaz Rock? Aku dapat tahu dia belajar di Mesir. Tentu ilmu dia tinggi. Aku mahu tanya satu soalan kepadanya.

Ustaz Rock dan semua anak muda yang berada disitu terdiam seketika. Ustaz Rock terus bangun dari bangkunya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki pelik itu,namun salamnya tidak bersahut. Ustaz Rock memulakan perbualan dengan punuh sopan dan ketenangan.

Ustaz Rock : Sayalah yang dipanggil Ustaz Rock oleh semua penduduk kampung disini. Saya baru sahaja habis belajar di Mesir. Tapi saya masih terus belajar. Mencari ilmu takkan habis sehingga akhir hayat. Saya tidaklah pandai sangat. Tapi jika kamu ingin bertanya, insyaAllah saya akan cuba menjawabnya selagi mampu. Tapi kamu ni dari mana? Siapa nama kamu? Belum pernah saya tengok orang seperti kamu sebelum ini.
                       
Lelaki Pelik : Tak perlulah kau tahu aku dari mana dan siapa nama aku. Aku cuma ingin bertanya satu soalan kepada kau. Samada kau mampu jawab atau tidak. Atau aku berpuas hati atau tidak. Aku akan beredar dari sini selepas kau menjawab soalan aku nanti.

Semua yang berada disitu kehairanan apabila lelaki pelik itu berbicara. Ada yang kebingungan, ada yang tersenyum dan ada yang takut. Takut seperti melihat hantu jembalang dihadapan mereka. Namun Ustaz Rock tetap tenang berhadapan dengan lelaki pelik itu. Beliau menyambung bicara sambil memandang wajah lelaki pelik itu dengan tenang.

Ustaz Rock :   Baiklah, apakah soalan yang ingin kamu tanya itu? Saya sedia menjawabnya.

Lelaki Pelik : Dalam banyak – banyak makhluk didunia ini... Apakah bukan ciptaan daripada Tuhan?

Semua yang berada disitu sangat terkejut dengan soalan yang dikemukakan oleh lelaki pelik itu. Ada yang naik darah. Tertamanya Remy. Dia mula menggengam erat buku lima dan memandang tepat kemuka lelaki pelik itu.

Namun, Ustaz Rock sempat menenangkan keadaannya dan menyuruhnya beristigfar. Ustaz Rock berpaling kearah semua anak muda yang berada dibelakangnya. Beliau berpesan supaya semua beristigfar, bersabar dan jangan bertindak melulu.

Lelaki pelik itu pula masih menunggu dan raut wajahnya lansung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Cuma cara duduknya diatas basikal tua buruknya itu sedikit berubah. Dia menungkatkan dagu dengan tangan dan siku menungkat pula dilututnya. Lagaknya itu seperti warden penjara yang sedang memerhati pesalah banduan yang dikurung ketat.

Setelah keadaan kembali tenang, Ustaz Rock mula bangun dan mendekati lelaki pelik itu. Dengan wajah yang jernih dalam ketenanagan, Ustaz Rock mula berbicara semula.

Ustaz Rock :   Saya akan menjawab soalan kamu. Tapi dengan syarat kamu jangan sesakali menjampuk sewaktu saya bercakap. Jika tidak, saya tidak akan menjawab soalan kamu. Setuju?

Lelaki Pelik :    Baik... Aku setuju.


Ustaz Rock :   Saya akan ceritakan sebuah cerita kepada kamu. InsyaAllah, dengan cerita ini akan menjawab pertanyaan kamu itu nanti.

Lelaki Pelik :    Baik....  Aku sedia mengarnya.

Lelaki pelik itu menjawab dengan nada yang perlahan sambil terseyum sinis. Dia seolah – olah memperlekeh akan cerita yang akan didengarinya itu. Ustaz Rock memulakan bicaranya dengan tenang dan nada suaranya didengari oleh semua orang yang berada disitu.

Cerita Ustaz Rock bermula :

            Pada suatu ketika, terdapat seorang ulamak yang berdakwah sambil mengembara. Ulamak ini akan berhenti disesebuah kampung atau penempatan untuk berteduh dan beliau akan mengambil kesempatan untuk berdakwah. Ulamak ini berdakwah mengenai tauhid. Supaya orang ramai tahu dan faham siapa itu Tuhan, sifat – sifat Tuhan dan peranan kita sebagai hamba kepada Tuhan.

            Ulamak ini telah menjelajah dari segenap kampung dan kota. Setiap kali dia terjumpa kelibat manusia walaupun didalam hutan belantara, pasti beliau akan menyampaikan dakwahnya. Beliau tidak pernah kenal akan putus asa. Kerana bagi beliau, hidup dan matinya adalah untuk agama Allah semata – mata.

            Sehinggalah pada suatu hari, Ulamak ini telah sampai disebuah perkampungan ditepian pantai. Kampung itu sangat cantik dan indah. Orang – orangnya juga sangat baik dan peramah. Ulamak ini sempat berdakwah kepada penduduk kampung disitu. Mereka bukan sahaja menyambut kedatangan Ulamak, malah mereka menerima agama Islam dengan hati yang terbuka.

Ulamak berasa senang hati dan bersyukur kepada Allah. Kerana disepanjang perjalanannya berdakwah disetiap genap penempatan, inilah kali pertama dia disambut dengan baik dan paling ramai memeluk Islam. Ulamak itu telah didatangi oleh seorang yang paling tua dikampung itu. Berlakulah perbualan diantara mereka.

Orang Tua :     Terima kasih kerana tuan sudi datang ke tempat kami dan menyampaikan
sesuatu yang sangat mahal lagi indah untuk kami. Jasa dan budi tuan, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Jika bukan kerana tuan, kami tidak akan kenal siapakah Tuhan yang sebenar – benarnya.

Ulamak :     Bersyukurlah kepada Allah. Kerana Allah lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah S.A.W.

Orang Tua :    Oh ya tuan, apa kata tuan pergi berdakwah disebuah pulau. Pulau ini didiami oleh penduduknya yang tidak mempercayai akan Tuhan. Bagi mereka, semua yang ada dibumi.... Manusia, haiwan, tumbuhan dan alam ini terjadi dengan sendirinya. Manusia dilahirkan oleh ibu bapa, haiwan terjadi melalui persenyawaan, tumbuhan hidup kerana air dan cahaya matahari.

Ulamak :         Allahhurabbi... Sampai begitu sekali sesatnya mereka? Dimana pulau itu? Saya bersedia untuk pergi berdakwah kepada mereka.

Orang Tua :    Tidak jauh dari sini tuan. Hanya didepan mata kita sekarang. Tuan hanya perlu menyeberang untuk ke sana. Saya akan sediakan perahu dan pembantu untuk tuan ke sana nanti.

Ulamak :    Terima kasih wahai pakcik yang dimulikan Allah. Tapi rasanya tidak perlulah pembantu. Saya lebih selesa bersendirian. Lagi pun, sudah hampir 2/3 dunia saya mengembara bersendirian.

Orang Tua :     Baiklah, jika itu kehendak tuan. Semoga Allah permudahkan urusan tuan.

      Keesokan harinya, selepas waktu subuh ulamak itu terus menyeberangi lautan untuk sampai ke pulau itu. Sesampainya Ulamak disitu, beliau disambut dengan baik. Sepertimana dikampung tepian pantai sebelum ini. Ulamak memperkenalkan dirinya seperti kebiasaan ditempat lain yang pernah dikujunginya.

            Salah seorang pemuda terus membawa Ulamak ini ke sebuah rumah. Rumah itu adalah kepunyaaan ketua kampung. Segerombolan penduduk kampung terus mengikuti Ulamak dan pemuda yang ingin menuju ke rumah ketua kampumg itu.

Kerana mereka merasa pelik dengan penampilan Ulamak itu dan ingin mengetahui apakah hajat Ulamak itu datang ke kampung mereka. Sesampainya di rumah ketua kampung, Ulamak disambut dengan baik. Ketua kampung sangat arif akan kedatangan Ulamak itu. Kerana bukan sekali dia pernah dikunjungi oleh orang asing.

Ketika itu, Ulamak bukan sahaja berdepan dengan ketua kampung tetapi segerombolan penduduk yang ingin tahu tujuan ulamak itu. Ulamak telah menyampaikan hasrat murninya kepada ketua kampung dan hadirin yang berada disitu. Lalu terjadilah perbualan diantara mereka.

Ketua Kampung :        Kami tetap dengan pendirian kami. Bahawa didunia ini tidak ada Tuhan didunia ini. Semua yang ada didepan mata kita terjadi dengan sendirinya. Termasuk diri kita sendiri. Adanya kita kerana ibubapa kita yang melahirkan kita.

Ulamak :         Baiklah jika begitu. Tetapi, jika benar daripada ibubapa... Kenapa ada anak yang cacat dan tidak sempurna anggota selepas lahir? Malah ada juga dikalangan kita dilahirkan elok rupa parasnya. Ada juga yang hodoh rupanya. Itu menunjukkan ibubapa kita tidak punya kuasa. Ada kuasa lain yang menentukan sama bayi itu akan lahir dengan sempurna ataupun tidak. Malah ada juga anak – anak yang mati sebelum lahir lagi. Bukankah itu semua bukti... Bahawa kita bukan dicipta oleh ibubapa kita?

Ketua Kampung dan semua hadirin yang berada disitu membisu seribu bahasa. Ada dikalangan mereka mula memahami apa yang disampaikan oleh Ulamak. Ada yang kebingungan dan ada juga yang berasa marah kerana ulamak itu mula menggugat kepercayaan turun temurun mereka selama ini.

Ketua Kampung kelihtan seperti tidak puas hati. Kerana dia tidak mampu untuk meneruskan debat dengan Ulaamak itu untuk mempertahankan kepercayaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Dia mula berbicara untuk mencadangkan sesuatu kepada Ulamak itu.

Ketua Kampung :    Kamu sememangnya pandai berbicara. Kami bukanlah orang yang arif dalam kepercayaan kami. Kami ada seorang guru yang paling bijak dan arif dalam kepercayaan kami. Tetapi dia tidak ada di pulau ini sekarang. Dia keluar mengembara. Seminggu lagi dia akan pulang. Apa kata kamu datang seminggu lagi. Untuk berdebat dengannya.

Ulamak :     Baiklah, jika itu kehendak tuan ketua, saya akan datang seminggu lagi. Saya cuma mahu menyampaikan sesuatu yang benar kepada tuan dan semua orang kampung. Tiada niat yang lain.

Ketua Kampung :    Saya faham. Tetapi lebih baik kamu bertemu dengan guru tua kami ini. Saya akan persiapkan pentas supaya semua orang kampung dapat mendengar sendiri dialog diantara kamu berdua. Kamu datanglah pada waktu tengahari. Disaat matahari terik. Kami akan menunggu kehadiran mu. Jangan sesekali lewat. Guru tua kami pantang orang lewat bila berjanji.

Ulamak : Baiklah. Saya akan hadir nanti. Lagipun sebagai seorang muslim,                         berdosa jika saya mungkir janji dan mesti menepati waktu. 

Setelah itu, Ulamak pun pulang kembali ke kampung tepian pantai yang dia telah tumpang sebelum ini. Seminggu kemudian, saat yang dijanjikan pun tiba. Ketua Kampung telah menyediakan pentas dan telah menwar – warkan kepada semua penduduk kampung.

Guru tua mereka berada di tengah – tengah pentas. Manakala disekeliling pentas itu dikerumuni dengan ratusan penduduk kampung yang tidak sabar untuk mendengar perdebatan antara guru tua mereka dan ulamak itu.           

Namun, Ulamak itu masih tidak hadir pada saat yang dijanjikan. Iaitu pada waktu tengahari. Guru tua mula keihatan marah. Penduduk kampung pula rimas dengan keadaan cuaca yang semakin panas pada ketika itu. Namun, mereka semua terus menunggu Ulamak itu. Kerana mereka mahu melihat dengan mata kepala mereka sendiri perdebatan antara dua orang yang bijak pandai itu.

Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya ulamak itu tiba. Penduduk kampung mula bising apabila melihat kelibat Ulamak itu. Malah, tidak kurang juga yang mencaci dan memaki hamun. Ketua Kampung terus mendapatkan Ulamak itu. Dia terus berbicara dengan Ulamak.

Ketua Kampung :  Kenapa kamu lambat? Bukankah kamu cakap sebagai muslim mesti menepati waktu? Itu menunjukkan kamu dan agama kamu tidak betul.

Ulamak itu tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Ketua Kampung itu. Beliau hanya tersenyum dan terus naik ke pentas. Setibanya di pentas, dia terus disambut oleh guru tua yang sangat angkuh.

Guru Tua :       Hah! Akhirnya sampai juga kamu! Sudah beberapa jam kami tunggu! Aku fikir kamu tidak akan datang. Adakah kamu takut untuk berdebat dengan aku? Tentunya kamu sudah faham bahawa semua yang ada didunia ini terjadinya dengan sendiri bukan? Bukannya seperti yang kamu dakwa, bahawa ada Tuhan yang mencipta semua ini kan?

Ulamak :       Saya minta maaf diatas kelewatan saya ini. Sebenarnya, semasa saya mahu menyeberang ke sini... Perahu saya telah dicuri. Saya terpaksa menunggu jika ada perahu atau kapal yang lalu untuk saya tumpang. Namun sayangnya, tidak ada satu perahu atau kapal yang lalu. Tapi saya tettap menunggu. Sehinggalah dengan tiba – tiba, sebatang
pokok yang berdekatan dengan saya tumbang. Lalu terebelah dengan sendiri. Kemudian kayu – kayu yang besaral daripada pokok itu menjadi perahu. Semuanya terjadi dengan sendirinya. Saya terus naik perahu itu. Sekali lagi berlaku perkara ajaib. Perahu itu bergerak dengan sendirinya tanpa perlu dikayuh. Akhirnya saya sampai ke pulau ini dengan selamat.

Semua orang yang ada disitu termasuk Guru Tua dan Ketua Kampung ketawa berdekah – dekah. Kerana bagi mereka, apa yang diceritakan oleh Ulamak itu tidak boleh diterima akal dan pembohongan semata – mata.

Sebahagian besar penduduk kampung yang berkumpul disitu beranggapan Ulamak adalah orang gila. Mereka bukan sahaja tertawakan Ulamak itu, malah ada yang mencaci dan menghina. Namun, keadaan Ulamak itu tenang seperti tidak ada apa – apa yang berlaku.

            Guru Tua dan Ketua Kampung menenangkan keadaan yang sedang bingit itu. Setelah keadaan tenang, Ulamak itu mula berbicara semula. Dengan nada suara yang sedikit lantang. Agar semua orang yang berada disitu mendengar apa yang diucapkannya.

Ulamak :    Saya baru saja mengatakan sebuah perahu terjadi dengan sendirinya. Tetapi kamu sudah bising dan marah. Kamu semua sudah paling aku orang gila. Tetapi kamu semua beranggapan dunia dan alam ini berlaku dengan sendiri tidak gila pula? Apalah sangat sebuah perahu jika dibandingkan dengan dunia dan alam yang besar lagi luas ini? Jika sebuah perahu yang kecil sudah ada pembuatnya... Apatah lagi dunia dan alam ini??? Mana mungkin ia boleh terjadi dengan sendirinya bukan???

Semua penduduk kampung termasuk Guru Tua dan Ketua Kampung itu terdiam dan membisu seribu kata. Kata – kata Ulamak itu telah mengejutkan mereka. Mereka seolah – olah  baru sahaja telah disambar petir. Keadaan menjadi senyap sunyi seperti didalam gua yang tidak berpenghuni. Ulamak itu terus turun dari pentas dan meninggalkan semua orang disitu dengan sibu tanda tanya.

            Lelaki Pelik tadi ternga – nga mulutnya apabila mendengar pengakhiran cerita daripada Ustaz Rock. Dia sangat terkejut dan terkesima. Anak – anak muda yang berada disitu tersenyum puas. Kerana Ustaz Rock telah menyampaikan sebuah cerita yang dapat merungkai persoalan Lelaki Pelik itu tanpa menjawab secara lansung.

Ustaz Rock :  Awak faham dengan apa yang saya ceritakan tadi kan? Jika sebuah perahu pun sudah ada pembuatnya... Apatah lagi benda lain. Boleh awak beritahu saya, apakah yang awak maksudkan dengan makhluk bukan dari ciptaan Tuhan itu?

Lelaki Pelik itu kelihatan teragak - agak  untuk menjawab. Peluh dingin mula membasahi dahinya. Perasaan takut dan serba salah telah menguasai dirinya. Sebelum ini, tidak ada orang yang mahu atau layan soalannya itu. Kerana orang lain beranggapan dia mengalami masalah jiwa.

Lelaki Pelik itu pula merasakan bahawa orang yang tidak mahu dan layan pertanyaannya adalah bodoh, jahil dan tidak cukup ilmu. Tetapi kali ini dia diibarat seperti direjam dengan batu yang besar dikepalanya. Dia sangat terkejut, terkesima dan malu.

Sebelum dia lari dari pondok itu dengan mengayuh basikalnya dengan laju. Dia sempat menjawab soalan Ustaz Rock dengan begitu kuat sekali. Jawapan daripadanya ialah “PERKATAAN!!!”. Setelah menjawab soalan itu dan memgayuh baikalnya sekuat hati tanpa menoleh kebelakang.

Semua anak muda yang berada disitu ketawa terbahak – bahak apabila melihat gelagat Lelaki Pelik Itu. Manakala Ustaz Rock pula hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.