Katogeri

Wednesday, 17 June 2015

Malaysia Saat Ini....


Tahun 2015, merupakan tahun yang penuh mencabar bagi rakyat Malaysia. Satu persatu masalah n konflik yang berlaku didalam negara.

1. Isu yang paling panas ketika ini, konflik melibatkan TMJ dan Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan mencabar kerabat Diraja. Kenyataan yang melampau dan memalukan bagi seorang menteri.

2. Isu gempa bumi di Sabah yang mengejutkan keseluruhan rakyat Malaysia. Malapetaka ini seolah gambaran menunjukkan petanda awal, bahawa Malaysia bukan lagi zon selamat daripada bencana alam. Alam juga sudah makin tidak serasi dengan kita.

3. Isu kapal minyak hilang. Isu kehilangan bukan lagi perkara asing di Malaysia. Setelah peristiwa kehilangan MH 370, kehilangan kali ini juga agak misteri, walaupun ada dakwaan ia dirompak oleh lanun.

4. Isu matawang yang makin menjunam. Nilai ringgit susut dengan begitu pantas. Kejatuhan ringgit ini sangat membimbangkan kerana kejatuhan ini menyamai kejatuhannya pada tahun 1997. Kejatuhan nilai ringgit ini telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap pucuk pimpinan semakin kritikal.

5. Isu persengketaan anatara Tun M dan PM Najib masih belum berpenghujung. Kritikan Tun M terus menular selepas PM Najib gagal hadir dalam suatu perjumpaannya bersama NGO. ‪#‎Nothing2Hide‬ menjadi trademark dikalangan para pengguna media sosial. Tetapi setelah kegagalan PM Najib hadir pada perjumpaan tersebut, trademark itu bertukar menjadi‪#‎Najib2Hide‬ dikalangan para penggununa media sosial.

— feeling pray.






Farah Ann Seksi Bikin Panas


Isu Atlet Gimnastik yang dianggap terlalu seksi telah menjadi kritikan panas dilaman sosial. Hakikatnya, isu ini sudahpun lama wujud didalam dunia sukan.

Penglibatan gadis muslim dalam gimnastik bukanlah perkara baru. Namun, sejak akhir-akhir ini barulah dikritik hebat oleh masyarakat kita.

Menghairankan, apabila melibatkan sukan, seolah-olah semuanya "halal'. Walaupun berpakaian seperti bertelanjang dianggap perkara normal. Apatah lagi, apabila atlet tersebut menyumbangkan pingat emas untuk negara.

Mereka dijulang dan disanjung seperti wirawati negara yang berjuang di medan perang. Adakah kita melebihkan pingat emas daripada maruah gadis Melayu Islam?

Zahirnya, kita nampak seperti menang namun hakikatnya kita sudahpun kalah teruk. Kalah apabila gadis kita hampir bertelanjang di mata dunia.
— feeling meh.

Monday, 8 June 2015

Musibah Di Sabah Peringatan Untuk Semua


Pada 6 Jun 2015 kita dikejutkan dengan gegaran yang berlaku di Sabah yang mengakibatkan kematian disana. Gegaran seumpama ini boleh dikatakan pertama kali berlaku di Malaysia. Gegaran ini bukan sahaja mengejutkan ramai pihak. Namun telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dan spekulasi dikalangan rakyat Malaysia. 

Apa yang berlaku di Sabah adalah untuk peringatan bagi kita semua. Bukan hanya rakyat Sabah. Jangan kita berasa selesa, bahawa ia tidak akan berlaku kepada kita. Bila - bila masa ia boleh menimpa kita juga nanti.

Apa yang lebih mengecewakan, ada pula dikalangan kita yang menyindir dan menghina rakyat Sabah. Bukankah Sabah adalah sebahagian daripada kita? Malah, musibah itu adalah peringatan daripada Allah agar kita saling menbantu dan mengambil berat.

Setiap musibah yang berlaku adalah sesuatu ketetapan daripada Allah sejak azali lagi. Jangan kita asyik menunding jari kepada orang lain apabila berlaku sesuatu musibah.
Sebaliknya, kita seharusnya muhasabah diri akan setiap musibah yang berlaku didalam mahupun diluar negara di bumi yang kita sama - sama menumpang ini.

Jika gempa bumi boleh berlaku di Sabah, tidak mustahil boleh juga berlaku di Seluruh Malaysia. Musibah ini adalah teguran daripada Allah untuk kita semua. Bahawa, hari yang dijanjikan sudah kian hampir dengan kita. Iaitu hari kiamat yang akan menghancurkan bumi ini seluruhnnya.
— feeling emotional.




Tok Guru & Tok Sami


Disebuah desa, terdapat seorang guru agama yang sangat dihormati dan disayangi oleh penduduknya. Beliau menjadi bahan rujukan tentang agama oleh semua penduduk kampung yang beragama Islam disitu. Tok Guru adalah panggilan terhadap dirinya oleh semua penduduk kampung tanpa mengira peringkat umur mahupun kedudukan.

Namun, pada suatu ketika, terdapat seorang sami tua yang juga merupakan ketua daripada kalangan sami Buddha. Dia sangat dihormati oleh penganutnya. Dia telah mendatangi Tok Guru. Tujuan Tok Sami ini adalah ingin bertanyakan sesuatu perihal agama kepada Tok Guru itu.

Setelah tiba dirumah Tok Guru itu, dia disambut dengan baik dan dijemput ke ruang tamu dirumah Tok Guru itu. Tok Sami berasa senang hati apabila dia disambut dengan baik oleh Tok Guru. Setelah mereka berdua duduk dan bertentang mata, maka berlakulah dialog diantara mereka berdua.

Tok Guru : Alhamdulillah, sudah agak lama kita tidak berjumpa. Nampaknya kamu semakin sihat dan tubuhmu semakin berisi.

Tok Sami : Eh, Tok Guru pun apa kurangnya... Saya tengok wajah Tok Guru pun semakin cerah dan manis... Tenang sekali saya melihatnya. Apa rahsianya ya...?

Tok Guru tidak menjawab pertanyaan itu. Beliau hanya tersenyum dan meneruskan perbualan diantara mereka dengan penuh tertib dan saling menghormati.

Tok Guru : Apa hajat yang sebenarnya ni.... Nampak seperti ada perkara penting dan mustahak aje? Biasanya kamu akan ke pondok saya aje. Tapi hari ini kamu terus datang ke rumah saya.

Tok Sami : Sebenarnya saya datang ni mahu melawat dan bertanya satu soalan penting kepada Tok Guru. Dah lama saya mahu tanya. Tapi kebetulan Tok Guru tengah sibuk dan selalu dikelilingi anak murid semasa dipondok. Sebab itulah saya datang kerumah. Barulah lebih “privacy” kata orang putih. 

Mereka berdua sedikit tertawa dan tersenyum apabila Tok Sami berkata sedemikian. Setelah itu, isteri Tok Guru telah menghidangkan kopi dan setandan pisang untuk mereka berdua. Perbualan mereka terus bersambung sambil menghirup kopi.

Tok Guru : Terima kasih kerana sudi bertandang. Saya sangat menghargainyaApa yang ingin kamu tanyakan kepada saya?

Tok Sami : Sama – sama Tok Guru. Soalan saya mungkin agak sensitif. Saya harapTok Guru tidak akan memarahi saya nanti. Sebab itulah saya terus bertandang ke rumah Tok Guru, tidak ke pondok Tok Guru itu.

Tok Guru : Macam serius aje bunyi nye... InsyaAllah saya tidak akan marah jika soalan kamu itu tidak keterlaluan. Saya akan cuba jawab setakat yang termampu. Rasulullah kami sering menesihati kami umatnya supaya jangan cepat marah. Tetapi mesti berhikmah. Jadi, apa yang ingin kamu tanyakan kepada saya sebenarnya?

Tok Sami : Mmmm... Begini Tok Guru. Kenapa didalam agama Islam banyak sangat larangannya? Itu tak boleh, ini tak boleh... kenapa sampai begitu sekali Tok Guru? Tidak seperti agama kami... Semua boleh aje.. Tak banyak larangan kepada penganutnya.

Tok Guru hanya tersenyum dan menghirup kopinya dengan tenang. Manakala Tok Sami tadi terus menatap dan menanti jawapan daripada Tok Guru dengan penuh kesungguhan. Perasaan Tok Sami bercampur baur antara takut, pelik dan ingin tahu. Namun perasaan takutnya hilang apabila melihat wajah Tok Guru yang tenang itu. Tok Guru pun memulakan percakapannya dengan penuh hikmah dan ketenangan.

Tok Guru : Sebelum saya jawab soalan kamu, apa kata kamu makan dulu pisang yang isteri saya hidangkan. Sejak tadi asyik minum kopi saja.

Tok Sami : Baiklah Tok Guru....

Tok Sami terus mengambil pisang yang berada diatas meja diruang tamu itu. Dia mengoyak kulit pisang itu dengan penuh tertib. Ketika itu jugalah Tok Guru menegurnya sambil tersenyum.

Tok Guru : Kenapa kamu mengoyak kulit pisang itu? Makan terus aje lah...

Tok Sami : Makan terus??? Mana boleh Tok Guru... Kalau mahu makan pisang mesti la koyak kulitnya dulu, takkan mahu makan dengan kulitnya terus Tok Guru....

Tok Guru : Hah... Tahu pulak kamu... Tadi kamu kata... Agama kamu semuanya boleh? Dah semuanya boleh kan...? Jadi, kamu makanlah pisang itu tanpa mengoyak kulitnya. Ingat... Dalam hidup ni tidak semua perkara kita boleh buat sesuka hati kita. Nak makan pisang pon kamu mesti koyak kulitnya. Inikan pula perkara lain yang lebih besar. Sebelum kamu datang kerumah saya, tentunya kamu minta izin dahulu bukan? Apabila kamu masuk rumah saya, kamu juga duduk dengan sopan... tidak pula kamu meniarap sesuka hati... tidak pula kamu membuka pakaian kamu sesuka hati kan..? Begitu juga hidup didalam dunia ini... Dunia ini punya tuannya sendiri... Kita mesti ikut pantang larang yang tuan empunya dunia ini tentukan.

Tok Sami itu terus membisu seribu kata. Dia sangat terkejut dengan jawapan Tok Guru. Jawapan itu sangat ringkas namun meninggalkan kesan yang sangat mendalam untuk dirinya. Dengan hanya seulas pisang, Tok Guru telah merungkai soalan yang bermain difikirannya selama ini. Jika sebelum ini, ramai muslim yang menjawab soalannya dengan pelbagai hujah yang panjang lebar. Malah ada yang bernada lantang seperti mahu mengajaknya berperang. Tetapi, jawapan – jawapan itu lansung tidak terkesan dihatinya. Namun, jawapan Tok Guru itu tadi telah menyedarkan dirinya akan hakikat seorang hamba dengan Tuhan yang menciptanya. Setelah itu, Tok Sami terus menyampaikan hasratnya kepada Tok Guru, bahawa dia mahu memeluk agama Islam dan mahu mendalami Islam dengan menjadi murid Tok Guru.

*Keadaan dan suasana kisah ini diubahsuai sedikit daripada kisah yang pernah diceritakan mengenai pertemuan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan seorang Tok Sami.

#‎AlFatihah‬ kepada Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang – orang yang beriman dan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. Amin.

*Gambar Sekadar Hiasan