Katogeri

Saturday, 31 May 2014

Langkahanku Di Darussalam



Trip ini melibatkan dua destinasi di dua buah negara yag berbeza. Iaitu Miri, Sarawak dan juga Brunei. Rombongan yang terlibat adalah para guru dan ahli keluarga. Tujuan trip ini adalah semata - mata mahu bercuti, sambil mengenali negara Brunei yang akan melaksanakan hukum Hudud pada ketika itu. Suasana, cara hidup masyarakat dan taraf hidup rakyat Brunei yang berbeza dengan negara asean yang lain menjadi tarikan utama, walaupun Brunei bukanlah sebuah negara pelancongan. Aku dapat mempelajari sesuatu yang baru didalam trip ini. Bukan sahaja pengalaman yang dapat aku ambil, tetapi ilmu juga kian bertamabah. Keadaan ekonomi dan suasana masyarakat Brunei, sangat mengkagumkan. Bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk aku mengembara sambil bekerja. Trip ini sangat bermakna walaupun Brunei bukanlah sebuah negara pelancongan, namun Brunei mempunyai tarikan yang tersendiri dan mengkagumkan.

Brunei merupakan sebuah negara Islam yg berkebajikan. Majoriti besar rakyatnya bekerja kerajaan @ dgn Istana. Tiada rakyatnya bekerja sbg buruh kasar, pelayan kedai makan, tukang sapu mahupun penjaga tandas. Bagi rakyat yg sudah berkhidmat selama 12 tahun, akan diberi ganjaran menunaikan Haji. Kouta Haji ini utk pasangan suami isteri. Jika kedua2nya bekerja kerajaan, mereka mempunyai dua kouta Haji. Anak2 mendapat pendidikan dan perubatan yg percuma. Setiap warga tua akn diberi rawatan kesihatan percuma dan elaun makan sbyk 250 dolar setiap bulan. Tambah menarik, rakyatnya tidak menggunakan motosikal. Kereta yg menjadi kenderaan rakyatnya kerana harga kereta yg murah. Motosikal hanya digunakan oleh budak pizza dan warga asing. Kadar jenayah adalah serendah 0.1%. Hukuman sangat berat menanti kpd pencuri, perompak dan peragut. Tambahan pula, Hudud sudah terlaksana. Potong tanganlah jawabnya. Selain itu Brunei merupakan negara yg sangat bersih dan jauh dari kebisingan dan kesesakan jalan raya. Kadar kemalangan juga sangat rendah. Orang2 nya pun ramah mesra dan sangat menghormati orang lain, apatah lagi para pelancong. Tidak lupa, gadis2 nya juga sangat manis, sopan dan islamik. Brunei sebuah negara Islam yg kaya lagi indah... Rajanya sangat berdaulat dan rakyatnya sangat bertuah.

Al-hamdulillah... siri penjelajahan Brunei berjalan lancar dan sempurna... Rombongan melawat ke Masjid Hassanal Bokiah, Muzium Nasional Brunei, Pusat Ragalia DiRaja Brunei, Kampung Air@ Water Village & shopping di Brunei Sourvenirs and Gift Sri Begawan... Suasana ceria dgn telatah guru2 yg mesra & mencuit hati..

Al-hamdulillah... Siri penjelajahan Miri berjalan lancar, sempurna & lebih meriah... Lawatan bermula di Taman Negara Niah National Park. Semasa didalam perjalanan, Rombongan singgah di Pasar kg Niah untuk membeli belah disana. setelah itu, Rombongan melawat di Rumah Panjang Sungai Ukong. Kami disambut dengan baik dan mesra oleh penghuni rumah panjang. Selepas lunch, Rombongan shopping di Pasar Bandar Miri. Sebelum dinner, Rombongan shopping pula di Kedai Kek Lapis Siti Payung. Lebih meriah apabila Rombongan berkesempatan untuk menyaksikan sesi latihan konsert hari Gawai....